Wednesday, May 27, 2009

Karaoke bersama Jaclyn Victor


Last week, aku, Saz, Nadia & Intan layan karaoke dekat RedBox Pavilion. Walaupun diri ini sedar suara memang tak berapa nak sedap, tapi tetap kompiden nyanyi lagu Jaclyn Victor duet dengan Misha Omar berjudul Cinta. Siap request ngan Nadia, 'Babe, this time let me sing Jac punyer part'. Salute kat diri sendiri kerana akhirnya off tune nak mampus, tapi mak tetap tak lepas mic. Tanak kalah ok? Hahaha

Yang paling besh ialah semestinya Tunangku tersayang tak cakap apapa pun walaupun aku sendiri sedar kekadang suara memang tak masuk langsung dengan lagu tapi dia tetap tepuk2 tangan. Kekadang kesian dengan dia pasal terpaksa hipokrit tunjuk eksaited. U ingat i taktau ker ha??? Haha

Cuma dia akan cakap macam ni. Adjust kasik suara dia slow sikit, music kasik kuat. Time Nadia dia tak cakap pun cam tu. Cis! Oleh itu sayangku, terima kasih kerana tetap tak cakap suara I kurang lazat walaupun I paksa U nyanyi lagi sekali lagu 'Ceritera Cinta' pasal masa first time U duet ngan Nadia, Intan sampai bangun kasik standing ovation. I masa tu buat2 bizi dengan camera dalam separa sebak. Adakah kerana jeles? Ye sayang. I jeles2 taik ayam pasal U tak duet dengan I lagu kiter tu... Hukhuk.

Kitorang nyanyi start pukul 11.00am sampai pukul 3.00pm. Suppose 1 pax harga dia Rm28 jerk (termasuk makan sampai muntah), tapi pasal Kevin Zahri kensel last menet pasal dia ngantuk and bangun kol 1.00pm so kena la bayar lebih. So, sebagai balasan, next time I paksa U belanja plak. Rela atau paksa U have to! :p

Sayang, orang sebok nyanyi.. U tetap nak layan makan, tapi pasal U nyanyi lagu Rahim Maarof sangat lazat sampai I stim sekejap tadi, jadik I maafkan U la..

Intan, ni last Kaksu bawak Intan karaoke. Pasni Intan layan karaoke jamban sorang2 jerk ok? Lagipun Intan nyanyi lagu Zombie tu sangat mentakotkan sama cam Zombie itu sendirik.


Jac, I peminat setia U tau? Kalau boleh semua lagu U I nak bawak walaupun part tarik tu, I sampai tonggeng2 kat lantai dan hampir putus urat kentut


Yang paling banyak giler babi nak mampos menyanyi tentulah Intan payung kembang semangkuk yang dah buruk, jadi kaler dia ialah hitam. Semua lagu dia belasah. Dari lagu Zombie, Dangdut, Rock Rempit sampai la lagu Farhana Puteri Kenyalang. Dah la nyanyi straight 4 lagu, pastu time turn orang tak reti-reti nak lepas mic. And ada hati nak buat sound check test 1 2 3 dengan jadik penyanyi latar ok? Sangat annoying dalam erti kata sebenar. Sumpah rasa nak luku dia. Grrrr....

Pas nyanyi terus keluar Pavilion dan tersenyum bangga kerana parking kena charge RM12. Nice. Owh btw, tadi tajuk ada nama Jaclyn, tapi gambar tadek. So, ni la Jaclyn Victor version RedBox Pavilion. Nama dia Nadia.



Dia lagi 'kacak' dari Jaclyn aku rasa. Korang rasa?

-EnD-

3 comments:

nadialyna said...

yer Intan..i ingat u nyanyi Zombie. x reti2 sebut betul2 even tho dah bgtau 10kali..n please next time sila JANGAN HOG THE MIKE..itupun kalau ada next time bersama Intan.

hahahah jahat x?

just kidding:)

Suraya: dgn Jaclyn yang buruks itu u compare kan i? hakkptuii

Chooyaya! said...

Ko agak jahat la.. Tapi takper, kiter 2 jahat sama2. u got company.

Intan suka kongker mic ok? patut dia bayar lebih.. Hahahahah

nadia : of coz u way way way cantik dari dia. i nak cakap suara u mantap cam dia. i jeles ok? dah la u cantik, pastu u nyanyi sedap. kenapa u tak jadik artis jerk?

Anna Dayana said...

kak jaclyn...nk sain..."wink..wink"
they'reeeeeeeeeeee fighttthingggg..
test mic.123..hello..hello....