Monday, May 18, 2009

Sabtu aku yang hebat - Part 1

Hari Sabtu aku sangat pack sampai tetiba terasa macam Wakil Rakyat jerk. Siang aktiviti melawat peniaga-peniaga kecil di Butik TAR. Malam pulak menghadiri Jemputan Makan Malam di UK - United Kingdom atau di Malaysia dikenali sebagai Ulu Kelang sahaja.

Ok, tanpa membuang masa marilah kita bersama-sama mendoakan supaya semua penyakit selsema vavi selamat sejahtera dan bebas dari jangkitan penyakit tersebut. Pasal pelik jugak kan, macam mana penyakit tu boleh sampai dekat Malaysia. Padahal orang Malaysia tak tidur atau bercakap dengan vavi, jadi kenapa nak salahkan vavi kalau kena selsema? Mentang-mentang la vavi tu haram, sikit-sikit nak tuduh beliau, sikit-sikit nak cakap beliau punca penyakit... Dia kan juga makluk Allah? :

Iklan : Mungkin sekarang Yatie terasa macam nak lempang muka aku sekarang. Haha. Awak cakap kiter apa Yatie? Kalau tulis blog suka merepek2? Jawapan kiter : Suka hati jiran kiter la kiter nak merepek macam kerepek pon. Orang kata I buat lawak bodoh.. I peduli aper?????

Ok. Now back to the topic.. *Ngantuk la lepas lunch KFC tadi. Ketiak Kepak ayam KFC tak berapa lazat, sedap lagik Kepak Ayam Pizza Hut walaupun ada macam bau ketiak hangit sikit-sikit.

Siang : Melayan Kaklong & De carik kain lace

Lepas aku mengemas rumah dengan bersungguh-sungguh pagi Sabtu tu, aku dan Encik Tunang temankan mereka untuk ke Butik TAR. Suppose pergi pukul seblas, tapi pasal kemas umah tak siap-siap, maka terpaksa gerak pukul doblas setengah.

Kaklong dengan taik kude De nak carik Kain Lace. Melampau-lampau pulak tu. Nak yang glemer-glemer jerk. Padahal nak pakai time wedding aku jerk. Yang paling best ialah De la. Orang dah cakap my reception kaler hijau tua, nak jugak beli kaler merah. Tanak kalah.

Ni la first time aku ronda dekat Jalan TAR lama macam ni. Dari 1 kedai ke 1 kedai. Org yang menjual pun semua peramah-peramah dan siap boleh panggil Sazli dengan panggilan abang-adik. Sangat warm. Ok. Nice.

Hei perempuan penjual kain, kau jangan cobak-cobak untuk mengorat tunang I depan I ok? Pastu tiba-tiba aku buang-buang habuk dekat dahi Encik Tunang walaupun so obvious tadek apapa pun. Haha. Terasa kelakar sekejap pasal macam tanak kalah dengan kakak indon jual kain yang pakai suar jeans besar dekat bawah dengan lipstik pinkkkkkkkkkkkkkkkk giler. (Pastu kan baju dia singkat, rambut dia separuh rebonding dah habes, dia macam jongang2 sikit pastu ketiak dia basah) Kejam ko Suraya. Pasni sure ramai orang benci I. Haha

Owh, btw, aku dapat jugak beli kain untuk pengapit both side. Lelaki & Perempuan. Eksaited sangat sampai lupa nak amek gambar. Belah perempuan aku belikan kaler gold. Pasal ada orang tu kan demand. Tanak kaler hijau, pasal dia cakap kulit dia gelap. Belah lelaki beli kaler baby blue. Simple but nice.

Yang kelakarnya, Encik Tunang takot sangat nanti baju pengapit lagi glemer dari pengantin. Haha... Jangan risau la sayang oi, baju kiter nanti, sah-sah meleret2 dengan manik labuci bagai. I akan pantau dan makesure baju mereka nanti tak glemer. Jangan risau k?


De ngan Kaklong tetiba seronok mencarik kain pasang dan beli banyak-banyak sampai boleh bukak kedai. Dorang sebok pilih kain, Encik Tunang suruh posing (padahal aku yang paksa dia snap pix)

Cam ni eh korang kalau mencarik barang. Kalau pasni I tanak ikut boleh tak? Mungkin ini la yang Encik Tunang pendamkan didalam hati sepanjang hari ni. Tapi dia cakap dia seronok. Korang rasa?


See? Dia jugak yang kena jadik tukang pegang barang. Aku? Aku asal jumpa kerusi jerk, musti nak duduk dan membesarkan muntot


OMG! So obvious gambar ini lakonan ok? Paling poyo tentulah Kaklong. Macam tengah melakunkan drama sebabak dalam Astro Ria


De ngan Encik Tunang yang berlakon sebagai tokei kedai


Inilah hasilnya pada hari tersebut. De punyer kain lace. Biru untuk KL dan hijau untuk Pahang

Ni pulak Kaklong punyer. Dia cakap, yang dia tak boleh glemer-glemer, pasal dia dah tak berapa muda


Lepas dah carik kain, terus menuju ke Medan Mara, tempah. 15hb ni siap




-End-

1 comment:

man said...

Cantik warna dan design baju tu. pandai mengenakan dgn orgnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...