Monday, May 18, 2009

Makan ni pun, pasal Farah yang teringin nak makan seafood

Ada yang komplen. Pesal blog Suraya tu dah jadik macam blog makan-makan? Hehe. Jawapannya ialah kerana diri ini sangat enjoy makan dan suka kalau ada orang bawak makan dekat tempat-tempat yang sedap.

Janji pada diri sendirik untuk kurang another 5kg menjelang wedding nampaknya kurang berjaya kalau kawan-kawan tersayang selalu ajak makan-makan di restoran, atau dirumah atau lepak-lepak karaoke yang ada buffet yang lazat-lazat, macam mana nak kurus? Jadik, ini semua bukan salah diri sendirik kalau gemuk. Ni semua salah mereka. <- tetap tanak salahkan diri sendirik kalau jadik gemuk. Haha. Dulik!
Yang paling merisaukan tentulah Encik Tunangku tersayang yang buat muka budus jerk, walaupun aku dah jeling-jeling kasik signal suruh stop makan. Dia buat derk jerk sambil tanya kiter kot-kot nak rasa ketam dia sikit ker? Siap suap. Rasuah suruh senyap.

Ok sayang. Takper. I kasik U chance kali ni. Tapi untuk minggu ni jerk ok? Next week no more makan-makan party. Nanti baju kawen kiter tak muat pulak. Kalau tak muat, macam mana I nak kawen dengan U, mungkin I kena kawen dengan Ronaldo. U tak suka Man U kan? So kalau U taknak I kawen dengan pemain Man U, U kena la kuruskan perut. OK? Deal?

Aktiviti makan-makan kali ni berikutan last week punya meeting dengan Farah, Khairi, Suraya & Farok. Kebetulan Encik Tunang memang suka seafood, so seperti orang mengantuk disorong bantal, dia terus jerk setuju tanpa banyak soal. Restoran nama La La Chong Wei dekat dengan Terminal 3 Subang.

Serius restoran ni nampak sangat sedikit hina dari luar. Tapi bila dah makan, memang tak menyesal dan harga dia boleh tahan la. Tak la mahal sangat. Janji puas hati dan sedap. Lagipun service bagus. Tengah jalan menuju ke meja mereka dah tanya nak makan apa. Punya la hebat!

Cuaca malam tu sangat-sangat la panas. Tu pasal kena order ketam sampai 2 kg. Kalau order 1 kg jerk, mungkin akan tambah panaas (apa kena mengena ntah)


Order kami pada haritu, kalau tak silap la.. Pasal dah lupa la. Banyak sangat. Semua jenis seafood ada, kecuali sotong jerk. Farah kalau boleh nak order semua. Sangat gembira dia mengorder. Suka jerk tengok.


1. 1 kg ketam yang garang kaler merah yang ketip dia macam gergasi gorgon tu masak butter


2. 1 kg ketam masak sour & spicy ker menda ntah



3. Udang masak pedas+belacan. OMG this food r rili2 nice ok? I bangga order ni pasal mereka semua cakap yang paling sedap ialah masak sambal+belacan. I mmg hebat la. Haha

4. Scallop + asparagus masak butter jugak


5. Lala masak hitam (sebenarnya ada kaler merah-merah jugak, taktau kenapa nama dia mesti masak hitam)


6. Nasik putih untuk Encik Tunang & Nasik Goreng Cina untuk Khairi & Roti kukus dengan roti goreng untuk semua orang. Apa menda ntah nama roti simpul2 ni. Nama tak kisah la, janji sedap.

7. Air kelapa laut + longan

8. Kacang-kacang yang kurang kacak berharga RM3 sepiring kecik. Next time tolang jangan tertipu dan jangan ambik kacang nih. Tak mintak pun dia kasik. Dah kasik, kiter semua makan jerk la. Skali kena charge. Padan muka nkorang.



9. Kangkong goreng belacan 2 pinggan. Sepinggan harga RM12. Kami order dua pinggan pasal pinggan pertama tu sangat lazat, yang kedua macam kurang sikit rasa.

Dialog

Sazli : Kangkung goreng belacan ni sedap kan? Tapi pinggan yang pertama sedap, yang kedua kurang sikit la

Suraya Farok : Pertama?

Sazli : Ha ah, yang pertama

Suraya Farok : Pertama Komplek?

Gelak ramai-ramai. Ya Allah Suraya, camner la U boleh cakap pasal hal Pertama Komplek sedangkan kita semua cerita pasal kangkung?

Dinner that nite memang seronok. Seronok pasal semua enjoy the food. The food is nice. Service is good. Tak rushing. Cuaca baik. Mood baik dan ada jerk peristiwa-peristiwa kelakar jadik masa tengah makan.

Semua orang jadik blur and ada jerk salah cakap. Pastu Farah cakap, pasal dalam air dia ada bubuh dadah. Tu pasal semua lalok. Aku mati-mati jerk percaya, padahal semua dah kenyang, pastu cuaca sejuk dan jadik mengantuk. Tu yang jadik merepek sorang-sorang.

Yang paling banyak makan tentulah Farok si gagak hitam , diikuti dengan Encik Tunang dan Suraya Farok. Aku, Khairi & Farah relex2 jerk. Pasal kami diet. Diet tahik kucing! Haha

Untuk semua-semua yang kami makan tu termasuk tissue wangi RM0.50/pcs adalah lebih kurang RM270++ jerk. So seorang kena charge RM45.00. Puas hati ok? Pasal makan yang semua sedap-sedap sampai terasa macam kurang udara untuk bernapas.

Next time harus diteruskan aktiviti ni except for, plz guys... After my wedding ok?


Tengok muka Farok yang tengah bersungguh2 makan



Ok Khairi, kali ni I taruk gambar U ok?



Punya la nikmat kangkung tu, sampai pejam2 mata makan. tu baru kangkung dah feel mcm tu, tak menda lain lagik. hikhik


Suraya tengah berfikir, macam mana dia boleh menghabiskan semua makanan ni. Nampak macam mustahil jerk...



Malas nak bagitau, tapi i kurang selera la kalau alas meja kaler kuning. I hate kuning very much!


Habis licin... Saper la yang punyer angkara ni.. (Suraya & Farok)

-EnD-


4 comments:

redghost said...

aku 1st..aku 1st...
tros scroll bawah ke bahagian komen tanpa perlu membaca isi kandungan.hanya membaca tajuk sebab macam baca paper kosmo je.

*sila publish komen ini

Chooyaya! said...

pawie.. ko mmg nak carik pasal ngan aku lagi dan lagi... siap ko kalau aku jumpa kat mana2... pasni aku block ko dr baca blog aku. wakakakaka

yatiyahya said...

hahahahahha..pawie..aku rasa nk kibar bendera kuning..kerana kiter berjaya menyakat cik suraya sampai dia emos!..ngeh ngeh..
opps..cik suraya..jangan mencarut lagik..nanti masuk neraka!

tolong siarkan gmbr makanan ini dgn lebih dekat & jelas!

Chooyaya! said...

Kuning kuning kuning! Kan kiter dah cakap, kiter benci kuningg..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...