Friday, May 15, 2009

Satay Bulat Tu Satay Keropok Ke?

Sekarang ni macam ada perasaan suka makan makanan yang dicucuk pada batang lidi la... Naper erh? :setan:

Intan bengkak jerk hati bila aku citer ngan dia yang aku makan Satay Indon last week. Dia pun suka sangat Satay Indon dan boleh menghabiskan 15 cucuk satay dengan muka yang hensem tanpa rasa takot dan alah pada kegemukan.

Jadinya, pada satu tengahari yang damai, aku ajak Intan makan satay.

Aku : Intan, lunch ni kiter makan satay ok?

Intan : OK! Kat tempat satay tu ada Nasik Padang jugak kan kaksu?

Aku : Ada... (Refer pada Satay Indon Bukit Antarabangsa)

Berjalan menuju ke lift dan lobi opis

Intan : Kaksu, pakai selipar jerk ker?

Aku : Yer la, malas Kaksu nak pakai heels. Bukan pergi mana pun

Intan : Kaksu tak bawak kunci kereta?

Aku : ......... (malas nak jawab, pesal plak aku nak bawak kunci kereta, bukan nak jalan jauh)

Jalan kaki melalui Jalan Gurney 2, depan opis aku

Intan : Hahahahahahhahaha. Makan satay ikan ni ker? Haha. Mati-mati Intan ingatkan Kaksu ajak makan satay kat Bukit Antarabangsa tu.

Aku : Hahahahah gelak sampai nanges

Patut la Intan tanya macam-macam tadi. Sebok suruh bawak kunci kereta la, tanya kenapa pakai selipar jamban la.. Rupanya dia ingatkan aku nak makan dekat Bukit Antarabangsa rupanya. Padahal cuma nak makan satay ikan bulat yang dijual RM0.20 secucuk depan skola dekat dengan opis aku.

Masa ni memang kelakar la. Kami yang besar ni berebut-rebut beli satay ikan comel tu dengan budak-budak skola yang boleh tahan wanginya itew. Ada yang gemuk, yang kurus, tinggi dan pendek.

Aku sian kat sorang budak gemuk tu, dah la gemuk, tapi dia cuma beli secucuk jerk, mana la nak cukup, so aku kasik dia duhet suruh beli 3 cucuk lagi. Yang kurus-kurus aku kasik doposen jerk.. Sampai habes syiling aku. Sian plak tengok dorang beli secucuk, sedangkan aku siap beli 3 hengget.

Yang budak gemuk lelaki tadi tu usha-usha jerk satay aku. Pastu aku tanya, 'hei budak gumuk, ko nak I punya satay ker?' Pastu dia angguk2. Comel sangat sampai rasa macam nak lempang muka dia. Nasib baik dia gumuk, maka terpaksa give him 3 cucuk lagi. Pastu cepat2 lari pergi beli buah betik pasal takut aku, kang dia paw lagi. Tadi dah kasik nam posen, pastu tak cukup, paw lagi 3. Pastu makan laju2 dan jeling2 senyum macam nak lagi. Larik..!!!!

Serunut jugak kat sini tau? Ada Abang buah jual buah epol, buah lemon (tipu), buah betik, nenas ngan kuah kicap pedas + kacang. Air sirap tigaposen pon ada. Cumil...!!!! Ada jugak air harga tigaposen sekarang ni. OMG I cant believe it ok! Bubuh dalam plastik yang ada tangkai.. Tsssk Tsskkk macam nostalgia zaman-zaman kecit dulu.

Dah 2 kali layan satay ikan, nampak plak Pawie si Pengantin Baru jalan menuju ke kedai makan kat depan-depan sana tu sambil melambai-lambai macam ala-ala Miss World. Tak sker la makan kat sana. Kena jalan kaki jauh. Nanti ketiak basah pastu bau apa? Ya betull....!!! Bau kepak ayam pizza hut and I hate it very2 much.

Ok bye.




Ni la rupa satay ikan comel yang berharga doposen secucuk. Sebatang ada 4 cucuk jerk. Ok la. Yang nak tamak-tamak buat apa?




Intan belanja aku buah betik ni. Sangat lazat. Nampak budak skola yang pempuan gumuk pakai beg pink tu tak? Dia anak kacukan Arab yang mungkin akan jadik cantik kalau dah besar nanti dia tak makan banyak-banyak sangat


Intan dengan budak skola pun nak rebut beli buah. Nasib baik dia selalu beli buah epol. Jadik Pakcik tu layan dia jerk. Pasal buah epol mahal sikit mungkin




Wajah gembira pasal dapat satay ikan tiga hengget dan buah betik. Bagus makan buah betik, pasal kalau nak pupu laju jerk keluar. Haha. SIla tutup idung sekarang.


OMG! Satu motor naik 4 orang! Sila jangan tiru aksi ini



Ni orang jahat nih, ada hati nak mintak number tepun aku. Dia jahat ok? Dia flasher yang kurang kacak. Kalau nampak nkorang jalan sorang-sorang nanti dia secara sengaja londehkan kain dia. Aku & Intan pernah lari tak cukup tanah dulu masa dia buat tiger show depan kitorang. Dah la belakang opis tu sunyi. Tu la, lain kali jangan balik lewat-lewat. Tapi kalau yang teringin nak tau macam mana rupanya 'menda' itu, boleh la berbuat demikian dengan cara datang ke opis aku dalam pukul 7.00pm dekat parking belakang. OK?



Sian budak ni... Kena tunggu mak dia datang ambik agaknya. Bila sedar aku tangkap gambar dia, lekas2 jeling camera

Lepas tapau, lepak makan dekat Receptionist Opis. Pastu buat-buat aksi macam dalam AF. Cakap depan CCTV kunonnya peserta AF la...



-EnD-

1 comment:

Asma said...

haha
cik suraya nih ada prospect of being a very loving ibu...
siap belanja budak2 beli satay lagi...
baru tak bukak blog nih seminggu dah banyak gler miss hehe :)