Wednesday, May 20, 2009

Sudah Kalah Lebih Dari 5 pun Masih Gembira? Hebat!!

Tarikh : 16 May 2009
Waktu : Janji jerk pukul 5, tapi dekat pukul 6 baru main
Tempat : Padang Bola Sepak terajang Taman Shamelin, Cheras
Nama Team : Dan Dan KFC, eh silap DanDan FC

Kesinambungan daripada pengkeselan untuk main bola yang last week tu (Hahaha) sehingga terpaksa drive kereta balik Pahang sendiri - Secara sengaja bagitau banyak2 kali, maka perlawanan itu telah di postpone ke tarikh ini.

Akibat dari ketiadaan pemain untuk posisi Penjaga Gol telah membuatkan pasukan DanDan hanya mampu berpuas hati dengan jaringan 1 gol berbalas 8 (atau 9 mungkin) daripada pihak lawan. Senario ini membuatkan mereka err.... Sekarang kenapa bunyik macam pembaca berita TV 1 plak ni? OK. Sila jangan boring lagi. Teruskan membaca.

Tapi wa cakap lu babe, walaupun kalah yang boleh dikatakan agak teruk jugak, yang paling I respek ialah semua pulang dan ceria dengan hati yang gembira jerk.... Tanpa rasa bersalah dorang main dalam padang sampai 12 orang hingga ke masa ke tiga. Sesuka hati kekanak ribena jerk nak main ramai-ramai. Kalau menang tak per jugak, ataupun kalau kalah dalam 1 2 jaringan mungkin boleh diterima. Tapi.....Hahaha

sumpah Acap akan palang blog I lepas ni

Menang kalah tu tak penting, yang penting semangat setiakawan dan seronok dapat kumpul ramai2 macam ni (Alasan wajib kalau kalah teruk). Yang ada wife, bawak wife.. Ada tunang bawak tunang... Ada gf, bawak gf... Dah jadik macam kelab muhibbah suami isteri DanDan FC jerk. Memang seronok!

Rugi la Hadry dengan Kid tadek. Untuk korang berdua, lekas2 pindah KL ok? Seiring dengan peningkatan usia, maka sila manfaatkan hari untuk kiter semua bergembira bersama-sama. Jangan sampai terlewat.

Yang ada haritu ialah Acap tauke roti, Sayangku Sazli (sayang, nak uweeeettt), Gorilla, Skaters, Harapkan Pagar Pagar Makan Padi, Suki OIAM, Dafi AF (Amek ko, semua peserta realiti show ada), Zareef - begini kan ejaan nama U?, Yash - I heart ur hair, Apis, Fairuz fcuking memalukan, Fadh, Aris Ariwatan, Ajim dan 2 3 orang kawan Zareef yang tidak dikenalpasti identitinya sehingga kini.

Sumpah kalo ada Kid dengan Hadry mesti korang tak kalah teruk macam ni. I tau Hadry sangat sesuai jadik defender..haha

Pompom girl wajib la hot2 kan (Sila perasan sekarang) Semua kurus kecuali I jerk. Nasib baik I tak pakai baju kuning, kalau tak lagi nampak loser. Shikin sangat comel pasal dia pretnen. Dia jalan slow jerk. Sampai tetiba terasa diri perempuan melayu terkahir pasal terpaksa jalan slow2.

I biasa jalan sambil lari ok? Kekadang I jatuh bila jalan laju-laju, pastu akan pura-pura marah orang belakang pasal tolak I (tetapi mereka tidak sebenarnya) takpun pura-pura pengsan untuk kaver malu. Taktik ini berguna. Percaya la wahai wanita semua. Lagi2 kalau ada ramai lelaki kacak ternampak. I dah praktik ni dulu masa skola form 5.

Ada jugak Nadia tunang Fadh, Farah gf Apis yang suka sangat suruh teka antara dia dengan Nadia Fadh saper lagi kurus. Pastu I cuma senyum2 malu pasal terasa macam tak layak bertanding. Jahat ok? Pastu semua nak sedapkan hati I cakap peha I lazat la... Pastu nak tunjuk2 Skaters. Macam nak bagitau dalam malu-malu yang peha I sama besar dan setaraf dengan Skaters. Menci I!

Owh ada lagi. I bring my friend Nadia. (Nadia, Zareef suruh add dia dekat FB dengan segera pasal dia malu nak cakap kat U, dia suruh I bgtau)

Acap sunguh-sungguh suruh cakap yang mereka kalah pasal tadek Goal Keeper. Tu la, jual mahal. I nak main, korang tak kasik. Padahal I awal-awal dah ada strategi nak gunakan secret weapon I di pintu goal. Kamu semua amat kerugian pasal tak ambik I. Sekarang, sila la jangan menyesal. Nasik sudah menjadik bubur. Biar I pergi membawa diri.... *masukkan effet Neng Yatimah nanges ok? Kalau boleh, lap air mata dengan hujung lengan.

Owh, perlawanan kali ni tadek gaduh-gaduh. Cuma ada la orang cedera2 manja kat lutut.

Balik tu, kiter semua melepak minum pulak dekat Steven Pandan. I tak suka la mamak kat situ. Kerek semacam. Dah la order tak tulis dekat kertas, pastu bila nak kira berapa hengget nak kena bayar refer pada pinggan. Memang agak bodoh. Ok. Bukan agak bodoh, tapi bodoh... Err... bodoh banyak!

Adakah mereka mamak atau kel? I pun tak sure. Tapi pasal roti tissue dia sedap, I suka la Steven sikit2. Tapi persoalannya mengapa kedai mamak tapi nama Steven Corner? Kenapa bukan Rajoo korner atau Ali Mamak Corner?

Takper la guys. Korang kalah takper, tapi menang gaya dan gembira semuanya bukan? Baju juga kacak. Ada stripe V kaler hijau. Kalau kuning I benci. Tapi I tadek baju tu, jadik kepada Organiser sila cepatkan proses untuk jersi baru. I nak size S. Kenapa? Salah ker I nak size S? I gemuk sangat ker?

Game-game macam ni wajib di teruskan lagik. tetapi sebagai cadangan, baik la korang semua kumpul dulu, main futsal seminggu sekali untuk memantapkan stamina. Maklumlah, sekarang nih, semuanya tak larat dah nak bawak perut.

Sekian Laporan. Bye
P/s: Gambar jap lagi I taruk ok?
-EnD-

2 comments:

Unknown said...

bile plak ajim score ni.. dia try la.. channtek plak tuh.. nasib keeper diarg bagus.. kalau u keeper cam mana ek??.. pasal secret weapon tuh jgn tunjuk kat org.. i jer boyehh...

Unknown said...

lain mcm je bunyi..