Monday, May 18, 2009

Taktik pura-pura tido pun tak jalan, tetap kena pergi Nilai 3

Balik dari JAWI, aku dah tak larat nak angkat mata, terus tertido depan tv. Mak dengan Kaklong ajak pergi Nilai 3 nak survey bekas bunga telur. Adoi... Malasnya.....

Pastu mak cakap, ala ikut jerk la. Bukan nak suruh bawak kereta pun. Tidur jerk nanti, biar Abg Long yang drive. Yes lah! Itu yang anakanda nak dengar. Sangat hepi dan sedikit eksaited. Sampai meloncat-loncat macam monyet gatal dapat cencalok Melaka.

Tanpa rasa segan silu, dalam kereta duduk tengah pasal kalau duduk tepi tak dapat rasa aircond. Memula macam protes pasal tak dapat duduk depan. Haha. Wajib la duduk belakang pasal Abg Long yang bawak kereta, Kaklong duduk depan. Kaseh plak kitorang amek dia dari Taska. Budak kecik ni memang tak berenti bercakap la. Rasa macam nak solatep mulut dia suruh senyap. Makcik nak tido pun tak senang!

Survey punyer survey, mak berkenan dengan 3 jenis bunga pahar. Kaler merah untuk malam nikah. Theme : Merahnya Mak Ngah. Bunga telur ini sangat kacak kaler merahnya pasal kalau nengok mesti rasa macam nak migrain sikit-sikit. Pastu bunga telur kaler hijau lumut dan bunga telur jenis gantung kaler gold. Mak nak sangat bunga telur jenis ni. Kasik la dia chance nak apa yang dia nak pasal ni kan anak last mak. Lagipun kan guna duit mak, tu yang paling penting sebenarnya

Kalo korang tanya aku, Heh! Itu semua pembaziran. Bunga telur dengan door gift jek dah 3.5k++. Baik bagi aku duhet tu buat beli kasut atau makan sedap-sedap. Haha. Makan jugak yang nko ingat Suraya!

Owh btw, bunga pahar ni mak beli untuk 6 bekas. So semua ada 300 tangkai. Pastu bekas besi untuk tetamu biasa-biasa iaitu orang kampung aku, mak kasik dalam bekas besi ni jerk. Mak beli 600 pcs. Pasal dia nak isi dalam beg. Dalam beg tu nanti ada bekas telur, candy yang dibungkus dalam beg bunjut sup adabi, jeli, pot-pouri dan towel kecik yang cantik cumil siap ada sudu garpu tu.

Semua material ada kaler hijau. Kalau tadek, aku tak sokong. Tapi suka kaler hijau tak semestinya aku sokong PAS yer?

Untuk kawan-kawan dan sedara mara terdekat, mak cakap dia nak kasik bekas telur seramik yang beli dekat KK Home Deko tu. Sekali sama pulak dengan Encik Tunang punyer door gift. Tapi nasib baik dia punyer semua kaler biru. Tu la, kunon nak seperais sangat kan? Dah sama pulak. Seb baik kaler lain-lain.


Untuk table VIP (Makan beradap) semua sekali ada 30 pcs, mak nak kasik special sikit. Kaklong kata guna bakul hensem tu, tapi mak kurang gembira. Dia nak bekas bunga kaca. Suka ati korang la, malas aku nak masuk campur.. Janji cantik. Dah cukup.

Owh btw, kenduri kat kampung mak guna 100% katering. Siap dengan khemah macam masa bertunang dengan pelayan semua. Dah tak payah nak susah-susah masak dan kecah-kecah kat dapur. Cuma Abg Long cakap nak buat ayam golek dengan daging masak hitam. Pastu aku request nak buat sambal goreng jawa tapi semua macam tak layan jerk. Takper. Harus pujuk adakan menu tu sampai semua setuju. Kalau tak, nak nanges golek-golek depan pintu rumah.

Sambal tu sedap dan menyelerakan.... Orang Jawa memang suka sambal ni. Btw, ni resepi dia.. Untuk Suraya Farok & Farah Khairi, sambal ni berbeza dengan Sambal Besi. Dont get me wrong (tetiba Hahahaha)

Tajuk : Sambal Goreng Orang Jawa
Bahan-Bahan


1. Lada besar, lada kecik

2. Bawang merah, bawang putih

3. Belacan

4. Ikan bilis goreng yang rangup

5. Asam Jawa

6. Minyak

Cara-cara membuatnya

1. Goreng la lada besar, lada kecik, belacan, bawang merah dan bawang putih. Agak-agak jerk la. Jangan la sampai garing pulak.

2. Pastu tumbuk sampai lumat. Kalau malas, boleh jugak di blender, tapi tak sedap la kalau blender.

3. Rasakan dengan garam, serbuk perisa dan jugak air asam jawa

4. Bila dah siap semua, masukkan ikan bilis yang digoreng rangup dan ditumbuk manja-manja jerk. Jangan tumbuk sampai hancur sangat

Dah siap! Sambal ni ala-ala sambal belacan jugak. Tapi lagi lazat kalau disediakan dengan cara macam ni. Sedap kalau makan dengan nasik putih dan musti ada ulam-ulaman untuk awet muda macam mak nkorang.

P/s: Wajib ada selit pasal makan walaupun topik pasal kawen. Haha


OK

Sambung cerita pasal tadi balik

Banyak jugak la borong barang haritu, sampai penuh la satu kereta. So, memang kena pergi lagi sekali ke Nilai 3 pasal banyak lagi menda lain yang nak beli. Dalam kepala sekarang ada satu jerk. Macam mana nak angkut semua barang tu naik kereta. Sah-sah aku yang kena bawak kereta hantar balik Pahang. Dah la aku tak suka bawak kereta Tssk tssk.

Tips tigaposen dari aku

  • Kalau nak carik bekas bunga telur ni semua, mesti kena rajin ok? Kalau boleh pergi 2 3 kedai. Pasal aku jumpa bekas yang sama, dikedai yang berlainan tapi harga dia jadik double. Harus berhati-hati. Nanti jadik over spend kt menda-menda yang tak patut

  • Jangan carik barang awal sangat, lagi setahun nak kawen, dah beli siap-siap. Tak bagus tu. Pasal kekadang harga barang yang kiter beli tu boleh turun sampai half, pulak tu dah out dated. Rugi tahap gaban hijau

  • Jangan pakai heels, nanti rasa kaki macam nak patah pasal lengoh (tapi kalau nak manja mintak urut dengan tunang mungkin boleh la)

  • Bawak van kalau boleh, kalau lagi bagus bawak bas atau lori, so tak payah la nak sempit-sempit dalam kereta

  • Paling penting, jangan la bawak budak kecik. Banyak karenah weh! Dah la asyik nanges nak eskrem dengan rama-rama mati. Pastu pulak banyak hal. Rimas dan serabut dan potong mood

So, hari Rabu tu memang terisi dengan aktiviti yang berfaedah la dengan kata lain. Tadek la membuta jerk kat rumah. Punya la serunut sampai lupa nak makan. Pasal dah lapar sangat, aku cuma makan keropok jerk sepanjang hari tu...

Tiada menda lain aku makan sampai malam. Makan keropok sahaja? Tak percaya? Ok la.. Tapi keropok tu 15 pcs. :D



Bila dah tak larat nak berjalan dan melayan Kaseh, berehat sebentar di sini

Ini la bunga telur jenis gantung. Nampak lain dan simple tetapi kacak bergaya.



Bunga pahar merah untuk malam nikah

Ni pulak yang kaler hijau. Kacak tak kacak tak?


Mak sedang melakukan final inspection. Rajin dia kira bunga tu satu-satu padahal kat kotak dah tulis ada 50 pcs

Kaklong kata, bakul nih kalau bubuh kt main table mungkin menarik

Tapi mak lagi suka kalau yang simple macam ni jerk

Mak... Mak sangat baik.. Saya sayang mak! P/s: Mak, saper yang paling gelap? Mak ker saya? Tak sampai hati nak guna perkataan hitam dengan mak. Hehe


Kalau barang banyak nih, cukup ker nak angkut naik sebiji kereta eh?


Ini la bekas untuk sangkut bunga telur tu... Kalau pas kawen dan taknak guna dah, mungkin boleh angkut sependa. Sangat praktikal pasal banyak cabang. Lagi-lagi kalau hari hujan, lagi banyak guna sependa. Yer la... Nkorang jangan fikir yang bukan-bukan. Pasal hujan, sependa lambat kering. Bukan pasal menda lain ok?

Ayang, kalau boleh masa wedding makcik nanti, Ayang buat macam ni jugak ok? Tapi mungkin kena cukur ketiak la sikit, pastu makesure ketiak wangi. Boleh guna Ladystick yang perisa epal hijau. Kalau Ayang nak, makcik boleh belikan :) Baik tak makcik?

-END-

11 comments:

redghost said...

baik tulis buku je....aku tros scroll ke bawah tros sebab panjang macam buku teks matematik tambahan. sekian untuk cari pasal bulan mei ini

Chooyaya! said...

aku ada banyak amsa untuk merepek harini. lgpun aku suka... biar la aku...! :p

p/s : ko ada dpt hadiah wedding arinih kan?

ThinKtanK said...

okeh..the blog is on air again..bole la melayan masa bosan kat opis ni..hehe

ThinKtanK said...

kaksu..kalo nak cari brg2 utk tunang..kat kl mane ek..semua house ka?

Chooyaya! said...

adik thinktank, kalo kat KL ni kat semua house tu banyak jugak, kat jalan tar pun ada.. Kaksu kurang arif sangat. tp kalau kat nilai 3 tu, kaksu tau la kedai mana yg ada barang cantik2.

yatiyahya said...

meniyakan kata pawie....scroll smpai bawah....baca yang penting-penting..tgk gmbr....the end..hikhikhik...

Chooyaya! said...

tanak baca sudah, nama mak ko bedah, tetek ko sebelah

yatiyahya said...

aiyyooo!..suraya mencarut..ngehngeh!

redghost said...

aku tak setuju suraya mencarut...salah tu...itu namanya pantun 3 kerat. hidup pantun...

redghost said...

aku tak setuju suraya mencarut...salah tu...itu namanya pantun 3 kerat. hidup pantun...

yatiyahya said...

oklah..cik suraya...sila mencarut dan berpantun sekaligus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...