- Ayah saya sudah meninggal dunia
- Ayah saya cuma ada kakak perempuan, jadi saya tiada bapa saudara sekaligus tiada sepupu lelaki dari bapa saudara
- Saya tiada adik beradik lelaki
- Atuk saya sudah meninggal
- Atuk saudara sudah meninggal dunia juga
- Yang lain-lain waris untuk menjadik wali dikuatiri ikatan darah (tak kompiden)
- Tiada wali nasab
So, aku prefer guna Wali Hakim pasal aku takot kalau guna anak atuk saudara aku tu, nikah aku tak sah. Ntah yer ntah tak dia tu anak kepada atuk saudara aku yang sama bapak. Seram sey! Nanti sah atas paper, tapi hukum syarak tak sah. Berzina dan melahirkan anak haram sampai bila-bila. Aku taknak tu dan untuk menyelamatkan keadaan dan aku YAKIN so aku nak guna Wali Hakim jugak. Tak kira! Apa nak jadik, jadik la! Aarghhhh!!!!
:) Tetiba senyum tanpa alasan. Tak elok ni, nanti orang cakap ko giler Suraya
Masa dalam court, Hakim tu sajer jerk nak gertak-gertak aku. Dia cakap, dia sure pernah jumpa aku la, ada kes ngan aku la, kenal aku la. Giler. Pastu cakap aku ni janda and yang paling stwepid is, dia tanya aku, pesal aku tak kawen masa arwah ayah aku ada lagi? Da hell? Aku nak kawen ngan saper? Ngan ko ke? Giler.
Pas dapat kelulusan dari Mahkamah untuk menggunakan Wali Hakim, terus aku pergi ke JAWI untuk submit borang. Pilih tarikh untuk nikah and done! Alhamdulillah... Syukur sangat yang pasal dokumen nih dah setel semua. So, bagi saper-saper yang nak tau bagaimana proses untuk mendapatkan Wali Hamid, eh silap, Wali Hakim, dan berapa lama proses untuk semua ni, sila rujuk peta senarai dibawah.
Perempuan
- Kursus Kawen dulu
- Ambik borang nikah dekat JAWI
- Buat Ujian Kesihatan
- Pasal aku punyer IC kat Pahang so kena buat pengesahan bermastautin dengan Qariah Wangsa Maju (Bawak 2 orang saksi)
- Submit Borang Nikah (Aku + Encik Tunang) dan pergi JAWI lagi sekali untuk hantar borang dan sesi interview. Kena bawak diri sendiri dan 2 orang saksi
- Kalau ok, JAWI keluarkan surat sokongan guna Wali Hakim
- Pergi Mahkamah Syariah untuk angkat sumpah dan dapatkan tarikh perbicaraan. Tempoh 21 hari dari tempoh submit borang. Hambek kau!
- Bicara
- Kalau ok, dapat kelulusan dari Mahkamah Syariah pergi pulak ke JAWI dan submit borang
- Dapatkan tarikh nikah. Kalau OK semua, dah boleh kawen. Yahoo!!
Note : Semua urusan nih, kecuali Sijil Kursus Kawen, hanya sah/laku dalam tempoh tiga bulan sahaja. Tak payah la rajin-rajin dan buat semua menda awal-awal. Bukan laku pun kalau lama-lama. Expired ada la.
Lelaki
- Kursus Kawen
- Ambik borang kawen
- Buat Pemeriksaan Kesihatan
- Submit borang kawen dan serahkan kepada pihak Pengantin Perempuan (OMG! I dah nak jadik pengantin ok?)
So, nkorang nampak tak kat senarai ni, saper yang lebih banyak menguruskan hal dengan JAWI dan basah-basah ketiak nak panjat tangga JAWi yang tinggi giler tu? Yer betul, Perempuan ok? Kalau dalam tempoh nih tak bergaduh sebanyak 8 kali memang tak sah. Pressure memang ada, kalau tak, tak la adventure nak kawen, tapi jangan la sampai nak postpone pulak. Nak kawen memang macam nih. Mana ada hepi 24 jam. Yang dalam tv tu, semua tipu. Korang jangan la percaya. Kalau korang percaya, maka nkorang ialah kurang bijak atau dalam bahasa kasar, bodoh. OK. Bodoh giler.
Sekarang aku sangat hepi pasal dah boleh nikah. Dokumen ialah yang paling penting.
So, kena mengena tajuk diatas dengan cerita ni ialah, cuaca hari Rabu tersebut amatlah panas. Sampai terasa macam nak pura-pura pengsan pun ada. Dah la kena drive. I tak suka drive. When driving I feel like pathetic and I dun like driving. Driving dun like me also and I hate lipas very much.
Sekian laporan, kiter kembali ke Angkapuri. Eh silap. Angkasapuri.
Owh Mak, saya sangatlah nak gelak dalam sedih bila mak suruh berenti kejap untuk ambik gambar di tengah panas ini sebagai cara menggamit memori kita dengan arwah ayah ditempat yang sama 20 tahun lalu. Sob Sob. Tak sangka ayah dah tak ada..
Mak ni, suka tau nak tiru I kalau snap gambar ala-ala tak pandang kamera. Masa nih dia komplen, pasal cuaca panas, maka dia boleh jadik hitam. Padahal mak memang dari kecik dah kurang cerah. Itu dikira macam mana mak?
Sila cekidaout sendiri tangga-tangga yang berada di JAWI ini. Memang banyak. Kalau panjat ditengah hari buta dan jugak panas sampai ketiak basah dan berbau kepak ayam pizza hut, wajib bergaduh kalau ada salah sikit dengan bakal suami. Ini kisah benar. Dari kiri ialah Lela dan KakLong yang tengah check makanan dalam henbeg dia. Mak pulak jauh tertinggal kebelakang. Dia cakap, pasni dia dah taknak ikut dah pergi JAWI pasal dia malas nak panjat tangga lagi.
Gembira kan muka perempuan ini bila dah kompem boleh kawen?
-EnD-
No comments:
Post a Comment