Friday, July 10, 2009

Preparation Untuk Kenduri & Majlis Berinai Kecik

I setat balik dari Kehel ker Jengka pada hari Rabu 24 Jun 2009. Bapak dan Bonda yang hantar balik... Hurm... Bukan tak suka, tapi terasa macam menyusahkan jerk... KL - Pahang 2 jam setengah and dowang balik hari jerk.

Memula terasa macam nak merajuk ngan Saz pasal bocor rahsia I nak drive balik ke Pahang. Bapak ngan Bonda memang amat risau... Dia cakap I darah manis, takot kalau ada apapa terjadik. Nak pulak, my sister yang number 2 dulu meninggal selepas 2 hari kawen. Dah ajal.. Bagi I, kalau nak mati, kat mana-mana pun boleh mati...

Musti la I segan-segan ayam pasal masa tu, Saz tak join. Bapak ngan Bonda jerk yang hantar. Tapi I macam biasa la, malu sekejap jerk, lepas bangun tidur terus jadik hyper and paksa bapak beli durian jugak. Haha. Berbau satu kereta dia dengan durian.

So... Hari Rabu petang tu I lebih kepada aktiviti santai seperti makan dan jugak tidur. Pasal badan penat la... Penat sangat dan kalau boleh nak tidur sepanjang masa. The next day, mak cakap nak buat makanan sikit and hantar dekat surau belakang ni. Amek berkat and bacakan Yassin untuk arwah ayah dan arwah kak ngah...

Makanan haritu disediakan oleh Abg Long la. Dia cakap, takat masak nasik ayam untuk 50 orang tadek hal la. Sangat belagak statement dia. Tau la Ketua Chef dekat Dewan Perdana.

Ayam ni dimarinate dengan rempah rahsia. Eleh, poyo jerk. Padahal cuma dilumur ngan sos tiram, kot? Haha



Yang ni plak nasik ayam yang siap di pack. Abg long buat ala2 Hainan Chicken Rice. Guess what, yang tukang susun-susun bekas ini ialah kesayang Makcik, Aiman, Sasha & Kaseh. Sebok nak tolong jugak. Sasha especially, sangat rajin menolong tapi sama laju dengan mulut tanya macam-macam sampai terasa macam nak sumbat mulut dia dengan buah manggis yang banyak kat depan rumah tu.


Pada malamnya pulak, lepas orang dari Butik Pengantin pasang pelamin & bilik perantin, I kena pakai inai. Purposely mintak yang tak huru hara sangat pasal memang tak suka la, nampak shomot. Kalau boleh tanak pakai yang ukir-ukir tu tapi kena sound ngan makcik-makcik kat sini. Pasal tanak huduh sorang2 so paksa kakak-kakak kesayangan buat jugak. Maka inilah hasilnya... Tara..!!!



Hari Jumaat malam pulak, ada Majlis Berinai Kecik yang dibuat kat rumah I. Sazli datang ngan parents dia dari Bandar Jengka. Dowang dok kat Mercu View Resort. Dapat bilik suite yang siap ada hall, dining and 2 bilik dengan harga RM160 satu malam. Hebat-hebat. Owh sayang, kan I dah cakap, jangan la sengih sangat, nanti mata U boleh menjadik magis dan menghilang serta terlalu cepet seperti orang buta sahaja



Amboi, merahnya liptik. Nasib baik I cinta rambu pelsu tu...



My niece Ayang yang dipaksa menjadik jurugambar tak rasmi untuk snap photo masa sebelum wedding. Ni semua hasil kerja dia la. Orang suruh tangkap gambar suasana dia pi tangkap gambar bunga-bunga Atok Emah dia ngan gambar lalat serta katak yang I benci giler.

Spot the bulu mata yang macam penyapu tu


Sayang, pelamin kiter kaler hijau dan baju kiter kaler purple. Mungkin kiter sangat kreatif semasa memilih baju atau apa yer?


Half of my family and friend. Yang lain sebok kat dapur la.. Ngumpat la.. Gossip la... Dan jugak berkaraoke serta berpoco-poco kat bawah. Nanti kalo dapat gambar dari camera man, I letak aksi I dan keluarga yang berpoco2 secara hentam keromo yet sangat fun!



Nadia sangat cintakan karaoke. Tp Intan memang macam parasit. Pantang orang nyanyi, musti sebok nak nyanyi sama. Kalau teringat kes karaoke session last time, terasa sangat benci dan annoying la Intan ni... Bayangkan la, Intan sajer kalo pilih lagu sampai 7-8. Pastu tak kasik orang potong q dan pulak, kalau orang nyanyi, dia sebok nak pegang mic dan jugak cakap 'test 1 2 3' and sebok2 nak nyanyi sama.. Sabar Sue... Sabar... Sumpah takkan berkaraoke dengan Intan lagi kerana 80 % dia yang kongker tapi masih perlu membayar 60 hengget, sama macam yang dia bayar padahal dia yang banyak nyanyi. Sangat kagum keada kesabaran BF Intan melayan dia berkaraoke. Salute lu bro! *Tetiba emos kejap



Yang ni pulak siang Jumaat tu. Kena buat signboard atas kertas manilakad pasal canopy perantin di pasang di tengah jalan didepan rumah


Tengok ni. Korang pandai ker? Pandai, pandai??? Ha.. Jawab!!



Owh, Kasih pun nak tolong buat nasik impit segera. Sangat rajin dan merosakkan sahaja

Dorang tengah isi door gift ker menda ntah. Kurang pasti pasal tengah sebok buat menda lain waktu ni. Mak buat katering, so orang kampung cam tak banyak sangat nak buat kerja.


Ni bekas bunga telur untuk diberi kepada tetamu sekampung yang tak direbenkan lagik


Nampak tak Sasha yang sebok nak tolong jugak. Dah la banyak tanya dari buat kerja. Kasih kat blakang chill jerk. Layan minum oren sampai kembung.

Bunga-bunga yang ada disekitar rumah mak


Ni Ayang yang tangkap gambar semua pokok-pokok bunga ni... Mungkin kurang kerja atau nak menghabiskan masa atau test power untuk tangkap gambar nature. Ada jugak gambar katak. Tapi I geli la. Tak kuasa nak letak kat sini.























Ni pulak aktiviti sehari selepas kenduri

Bila guna katering, yang syoknya, petang tu, habes jerk kenduri mereka terus bukak canopy. Best sangat pasal rumah pun tak nampak semak sangat. Next day, kami sekeluarga main badminton ramai-ramai.


Pakai kemeja kaler pink kotak-kotak dan skinny jeans serta berselipar jepun dan tompok-tompok di leher dan dada pasal bubuh ubat kena ruam sambil main badminton. Pasal dengan budak darjah 2 pun kalah, terus jadik penonton jerk.


De membuat aksi seperti silat feng tau. Main-main dengan dia, nampak je lembut, tapi smash terus ke tetek dada I


Dan kanak-kanak boleh main syempu2 dan dan mandi sambil berbogel didepan rumah. Hanya berenti kalau bibir sudah bertukar menjadik biru dan lebam.



Ok, memula I syempu U, pastu u syempu I pulak.

Ok, ni sajer yang I dapat update, pasal masih tak dapat copy gambar dari Roland. Ni semua dari camera2 biasa jerk. Overall, kenduri went well, masa pukul 1.00pm mak dah panik pasal orang ramai berdiri tadek tempat duduk. Dia cakap, dia hampir nak pura-pura pengsan. Haha
-EnD-

2 comments:

Anna Dayana said...

mak kaksu berpura2 nak pengsan?
ingat intan jer yg boleh berlakon nak pengsan tapi mak kaksu pun sama gak pandai berlakon..
Makcik...kita geng lah...peace

man cb said...

Tahniah atas majlis itu. sayang juga tidak hadir meraikannya bersama.