Friday, August 14, 2009

Buah Dokong 10KG, Cempedak 2 Bijik

Semalam, Saz request nak makan garlic bread dengan wild mushroom soup. So, I pun dengan gigih, balik dari kerja terus pergi Max Valu nak carik Roti Perancis dengan Garlic Butter. Sampai jerk kar rumah terus la prepare mushroom soup tu. Ececeh, takat bukak tin and panaskan dengan secawan air pun nak cerita sungguh-sungguh. Haha. Poyo aku.

Tips : Kalau nak rasa mushroom soup dalam tin tu sedap dan lazat serta lemak berkrim disukai ramai, bubuh 4 sudu susu tepung yang dibancuh dengan air suam serta satu cube ayam. Kompem sedap setarap hotel 8 bintang.

Sementara tunggu Saz balik, I pun mandi, solat semua. Dalam pukul 8.00pm dia sampai rumah. Masa salam dengan dia, MasyA-Allah panasnya badan. Ah, sebak I sekarang. Risau plak kalau dia deman, sekarang kan musim H1N1. Mintak dijauhkan la dari kami sekeluarga.

Lepas dia mandi, dia turun bawah and bapak terasa bahang badan dia. Kami ingat nak pergi klinik senyap-senyap pasal taknak la susahkan hati mak dengan bapak, tapi bila bapak tau Saz demam, terus dia bawak anak lelaki dia yang seorang sahaja itu pergi klinik. Memang sah demam. Suhu badan dia 38 darjah celcius.

Tapi yang hebat pasal suami I ialah, dia tetap lalu jerk makan walaupun tengah demam. Haha. Entah la bila sayang I ni tadek selera makan pun I taktau. Tapi takper, makan la sayang... Makan selagi ada selera, kang U dah tak ada selera makan, I jugak yang risau.

Malam tadi, lepas dah lap badan dia dengan air sejuk dia pun tidur.. Bila I jaga, I tengok dia.. Kesian pulak bila dia demam ni. Teringat dulu masa zaman bercinta dia jaga I masa demam.. Dia letak ice dekat ketiak I. So, mungkin sekarang waktu untuk I balas dendam pulak amek ice letak dekat ketiak dia, untuk kasik suhu badan turun. Tapi ada jugak rasa nak balas dendam dalam hati tu. Ooo... Dulu aku sampai gigil-gigil tahan sejuk, now yur turn! Muahahahahahhaha.

Pagi tadi, badan dia tak la sepanas macam semalam. Dia pulak, ada urgent meeting yang dia kena attend jugak pagi ni. Adoi... Kesiannya.... Bila dia habes meeting, I nak paksa dia balik rumah and berehat jerk.

Suppose kami plan nak balik kampung esok, tapi since Saz dah demam ni nampaknya terpaksa la postpone ke minggu depan. Bila sampai opis, I got call from my mom.

Dialog

Mak : Dik, Mak dah beli buah dokong 10KG dengan buah cempedak 2 bijik. Jadik balik kan?

*Suara sangat ceria. Padahal dia dah 3 hari tak berapa sihat. Adoi... Macam mana nak cakap ni? Tak sanggup plak rasa nak kecewakan dia..

Adik, eh silap. I : Mak, Sazli demam la mak, taktau la boleh balik ker tak... Sian mak dah beli buah banyak-banyak.

Mak : Yer ker? Sian dia. Teruk ker demam? Kalau macam tu, mak naik KL jerk la esok.

I : Tak payah la mak, mak pun bukan sihat sangat. Sazli demam biasa-biasa jerk... Mak rehat jerk kat rumah, InsyaAllah minggu depan kitorang balik yer?

Mak : Ok la... Takper la, buah-buah tu mak sedekahkan kat surau ker... Yer? Ok.. Kirim salam Sazli, Mak Bapak semua. Assalamualaikum...

Sebak sebak.. Mak macam tu la kalau tau I nak balik kampung. Dari zaman anak dara lagi. Cuma bila dah kawen nih, lagi la dia eksaited kalau I cakap I nak balik. So, lepas ni kalau kami nak balik kampung, balik seperais jerk. Tanak cakap dengan dia. Mak tu bukan boleh. Dulu, kalau boleh, ayam dalam reban, kelapa semua dia suruh hangkut balik KL.

Mak mak... Sayang sangat kat mak! Rindu mak....!

Owh, ni zaman kami mula-mula nak bercinta dulu. Makan dekat Secret Recipe Melaka. Yang comel macam anak patung tu ialah Nuha Fateeha, anak Puan Yatie.

Inilah Mak! Kekadang terasa, macam mana la kalau Mak dah tak ada.. Rasa macam hilang semua menda dalam dunia ni.. Sejak arwah ayah dah meninggal, Mak la satu-satunya harta yang I ada... Walaupun kekadang dia macam cas semua yang dia cakap jerk betul, tapi takper. Memang dia bedagak sikit. Janji hati dia baik. Lagipun dulu, tiap-tiap bulan dia kasik duit belanja kat I. *Malu


Sazli, Mak. I love U both....!!


-EnD-

3 comments:

yatiyahya said...

i love u too...*wink*
mak awak kelakar...hehehhe...i pon rindu sama dia...
jangan sebut H1N1 sebagai penyakit Hini ok?

Chooyaya! said...

yati : i love u three.. ala, jgn la sebut pasal HINI tu, jap lagik kiter nak buat entry. Mak kiter kelakar eh?

• leesa • said...

kak sue, dh okay kew abg li? hehehe. :)