Thursday, August 13, 2009

Fruz Li & WakDan - I nak camera digital. TQ

Last Friday nite (7 Ogos 2009), macam biasa la, I musti ikut suami kesayangan I pergi main bola. Kali ni dorang main dekat Setia Alam Eco Park. Ok la, I tipu, sebenarnya Padang Bola Setia Alam. Mungkin sengaja letak Eco Park pasal nampak 'kewl'. Sengaja eja 'cool' as 'kewl' pasal nak kasik nampak 'kewl'. Sekarang sudah nampak kan game ini kewl?

Kali ni I ada kawan plak nak ajak borak-borak. Nieza ada datang teman Ariez main. Dorang pun baru kawen jugak. Tapi I lagi baru la.. Kira I menang lagi la sebagai pengantin baru. I tak kira, I nak menang dan awak orang semua musti vote I untuk menang pertandingan Saper Pengantin Baru Paling Kewl. Ok. Cukup merepek Suraya.

I dari rumah dah bakar-bakar Sazli cakap, 'Enuff la sayang, U confirm kalah punyer, tak pernah pun U menang kalau game dengan team mana-mana'. Hehe. Tak elok la cakap kat hubby macam ni, nanti semangat dia akan luntur. Tapi jangan salah sangka, I sengaja jerk cakap nak kasik dia semangat dan terus menang malam ni.

Kali ni dorang lawan dengan team yang I taktau nama team apa, dari Kajang tapi mereka ada seorang striker yang comel lagi boroi sedikit (padahal laki aku pun 2x5 lagi nak mengata laki orang. Haha) yang lari macam comel dan juga comel kerja bola out. Dia sangat bersemangat. Harus semua contohi ok?

DanDan FC bergadung dengan Wak Lu Fc = WakDan. Malam tu if I'm not mistaken, yang I kenal jerk I sebut ok? Yang I tak sebut namanya tu maknanya I lupa la. Atau i ilang ingatan atau kedua-duanya sekali.

Sazli, Fruz (Manager), Gafur, Ariez, Wan, Acap, Skaters (bakal artis), Ajim, Epin, Kale, Zack Pet, Zareef, Zareef kazen yang hyper giler pakai baju belang-belang kaler ijau yang cas Acap nak tackle I and bebudak Wak Lu yang sampai ke hari ni I masih taktau nama seramai mungkin 7-8 orang lagi kot?

Yang paling menggembirakan hati mestilah mereka menang dengan bergaya sebanyak 5-1. Clap clap clap. Mungkin akan dapat 7-1 kalau Kale tidak melatah dan malu-malu nak score depan pintu gol. Wei korang, next time lawan la dengan team-team macam ni baru la setaraf. Yang korang gi deal lawan dengan team Liga KL kenapa? Haha. Dah kalah 7-1 dulu.

Nasib malang, I tak dapat nak tunjukkan kehebatan mereka bermain kerana tiadanya Cameraman. Apa lah sangat gambar dengan camera phone I yang 7610 model yang jual cuma berharga 150 hengget jerk di Kedai Telefon Ah Weng. Wana pun tak datang pasal eksaited nak memancing ikan sampai sanggup biar Fruz sorang-sorang. Sian dia. Si Joe pun tak ada nak amek gambar. Dengar cerita dia sunat masuk hospital. Ntah.

Tapi tetap membanggakan Maklong, Moksu, Kaklong or what ever U guys call me except for, Wan, I hate when u wear that colour from top to toe ok. Please.... I serius ni. Haha.

Korang tengok jerk la gambar-gambar yang hina ni. I pun geli bulu ketiak nak letak, tapi I tak kira, I nak letak jugak. Dulik!


Ni apa la punyer gambar blur giler langsung tak nampak ni oi? Yang pasti malam tu mereka pakai Jersi baru kaler Ijau my fav kaler tu, di sponsor separuh oleh Ghafur. Mungkin semua orang sekarang mesti mendoakan dia murah rezeki supaya dia boleh sponsor kasut, stoken dan jugak kereta BMW sorang sebijik.

One things why dorang suka buat kat sini walaupun jauh giler dari KL yang sampai I semput-semput balik kerja terus kena paksa mandi and tak sempat nak makan pisang ni ialah semestinya padangnya sangat cantik dan mencintai. Apa la makin teruk bahasa yang I guna kat blog ni ntah.

Pesal semua orang nampak macam blur-blur eh? Mungkin dorang nak berubah menjadik resaksa gorgon.

Kale, is that U? Cara jalan macam Mak Limah Lenggang jerk. Mungkin iya. Mungkin....

Spot the baju belang-belang hijau si kazen Zareef yang sokong orang giler-giler punyer and mungkin annoying dan nyaris makan kasut pasal tersalah panggil team lawan as a abg botak. Padahal dia cakap kat Zareef, but kebetulan abang yang dekat Zareef tu pun botak. Nasib baik dia tak kecik ati tao?

Apa aku nak makan malam ni eh? Mungkin patut makan nasik dengan lauk yang meriah dan berlemak walaupun isteri menjeling-jeling manja. Nak kasik rasuah, pelawa I kot-kot nak rasa ayam dia sikit. Ceh!

Acap, U look like budak skolah with this kind of haircut. Think twice next time before U cut your hair. Haha. Padahal I dah janji nak puji Acap kat dalam blog I.


Tahniah la korang pasal buat pertama kalinya berjaya. Bangga I sangat.. Eh silap. I bangga sangat. Minggu ni mungkin kena lebih menang lagi banyak mungkin.. Eh, lagi banyak lagi. Senyap ah!


-EnD-


No comments: