Friday, August 7, 2009

Perbezaan Antara Zain Rambut & Zain Botak

Ishk, apa nih siap bersawang semua dah blog Kaklong. Nampak sangat dah 2 minggu tak update apapa dekat sini. Mungkin nkorang semua cakap I bizi agaknya pas kawen nih. Hehe. Anda semua tertipu, padahal I sendiri terasa macam tak ada mood nak cerita apa-apa dah. Wedding pun dah lepas, tu la klimaksnya kisah hidup mana-mana pun gadis dalam donia ni..

Life after marriage semestilah berbeza time zaman bujang-bujang dulu. Selain dari nak uruskan diri sendirik, sekarang tanggungjawab dah kena tambah lagi satu. Jaga suami pulak. Pada sesiapa yang asyik tanya, 'dah berisi ke belum', or 'bila lagi...???' Jawapannya ialah, bukan sekarang... Tunggu dulu, kasik semua hal setel satu satu, baru la kita fikir untuk dapatkan baby...

Kalau ikut Mak Pahang & Mak mertua memang dorang dah tak sabar-sanar dah nak timang cucu. Ayat stendet 'Sempat ker mak nak tgk cucu mak ni... Mak kan dah tua..' Terus I rasa bersalah and nak mengandung dan mengawan time tu jugak. Tapi bila memikirkan hal-hal lain yang tak selesai lagi, molek benar la kalau ditangguhkan dulu hasrat tu. Tapi kalau ikut plak, bulan 5 next year ready nak pretnen.

Dah la Mak I kat Pahang asyik tuduh2 I pretnen kalau dia loya2 muntah semua.. Bukan takat dia, Aiman & Sasha anak buah I muntah2 pun dia cakap I pretnen. Tuduh la... Tuduh la I nkorang semua... I rela...

Entry kali ni tidak merujuk kepada apa2 pun. Tiada spesifikasi, later I akan label kan dia sebagai 'Merepek & Kerepek'. Taktau la kena suka dengan perkataan kerepek. Perkataan tu macam redha jerk.. Macam yer la, kunyah jerk la kerepek pisang tu. Tapi kan, kalau nak makan kerepek pisang yang sedap. Nkorang kena guna pisang nangka, pastu sagat dia secara bulat-bulat. Tamao senget2. Dah tu, blender gula sampai halus and tabur dekat kerepk tadi. Memang I boleh habiskan sebanyak sebesen sahaja.

Dua minggu lepas, I & Saz attend wedding kawan dia kat somewhere at Pandan. Kawan dia tu nama Zain Rambut. Naper nama dia Zain rambut pasal kawan-kawan Saz banyak yang nama Zain. Pasal sorang dah nama Zain Botak, so dia kena redha dengan gelaran Zain Rambut.

Untuk Zain & Isteri, Selamat Pengantin Baru dan semoga sentiasa tabah menempuhi dugaan didalam rumah tangga. Sob sob. Ceh! Tetiba mood sentimental keluar tanpa sebarang sebab. Ok skarang, mari kita saksikan la gambar-gambar masa kat kenduri tu.

Macam biasa, dalam kereta akibat dari kurang kerja dan sifat berangan yang menebal, so take own pix memang tak dapat nak dielakkan. Cuaca haritu memang panas la.. Sungguh2 panas. Korang perasan tak ada satu pasu bunga berhantu yang dorang letak dalam kereta tu kan? Yang guna kuasa solar tu, dia boleh gerak-gerak daun dia kalau kena cahaya matahari. I nak yang tu. Apa ntah releven kisah pasu bunga tu dengan gambar ni pun I kurang pasti.

One of the thing I love about my hubby is dia tinggi. 182cm. Walau I gigih pakai kasut 4 inci, masih tak sama tinggi jugak dengan dia. Owh sayang, huw much I miss U this time... :(

Amboi... Kalau dah makan tu, tak pandang kiri kanan dah! Sampai kempis-kempis pipi sedut bubur jagung tu.


Tengok la lauk dalam pinggan Saz tu, melimpah-limpah. Dah tak larat dah nak suruh dia cut down dia punya portion makanan. Suka ati U la sayang... Janji U bahagia...

Kami bersama pengantin. Dorang pakai kebaya songket tabut colour pepel. Berdiri kat belakang tu ialah kawan Saz nama Celli, Mie & tak pasti... Tukang amek gambar plak Zain Botak. E, I rasa kejam ok panggil dia mcm tu, tapi budak-budak lain selamba jerk cakap macam ni... 'Botak, botak, meh makan kat sini. Giler kejam. Tau la dia botak, terasa tau.

Disebalik wedding nih, ada peristiwa yang kelakar I nak cerita... Kitorang kan dok tunggu pengantin habes makan pasal nak amek gambar. Pasal terlalu busan dan panas, I tetiba nak cupcake yang ada kat depan dorang tu. Dorang susun-susun skali dengan Kek untuk potong kejap lagi.

Si Zain Botak minta izin la dengan Zain Rambut nak cupcake tu. Siap bisik kat dia ok? Pastu Zain cakap, 'sabar la...' Terus buat muka garang. Kami tak kecik ati pun, terus kumpul buat bulatan dan fikirkan macam mana nak kidnap cupcake tu. Celli kasik idea, suruh kami serbu jerk kat situ and kidnap cupcake tu pastu lari, tapi idea kurang bernas. Nampak sangat macam jakun. dan mencurik serta pencurik.

Saz cakap, suruh singgah jerk Petronas beli cupcake, tapi Zain kata tak mencabar. Kiter kena lipat gandakan usaha supaya dapat jugak bawak balik cupcake tu. Tetiba Celli panggil adik Zain rambut.

Dialog

Celli : Adik Zain, Adik Zain... Meh sini kejap... (sambil lambai-lambai kat adik zain)

Adik Zain : Yer bang, kenapa?

Celli : Adik... Boleh tak kami nak cupcake tu satu... Kakak ni baru mengandung, dia ngidam nak cupcake tu

Pastu adik Zain pun kasik la 2. yeayyy..!!!! I got 2 cupcakes! Pastu tanpa melengahkan masa, terus kami blah. Keras jerk kepala semua pasal takot Zain Rambut hambat kami mintak balik cupcakes dia pasal dia tak potong cake pun lagi. Har Har Har Harun! Dah la fitnah I cakap I pretnen. Ceh!

Sekian, berita. terima kasih dan babai.

-EnD-

2 comments:

~ keary bakery~ said...

dah nandung blum???kui kui kui

Chooyaya! said...

ishk nak kena keary ni... :p