Tuesday, September 15, 2009

Anda pathetic bila....


A. Rakam gambar kucing tengah mengawan dengan handphone
B. Tengok 'Budak Sekolah Terlampau' dekat YouTube
C. Pura-pura bizi padahal tengah layan main tetris dengan pacman dekat PC
D. Google nama sendirik. Muahahahhaha. Aku ler tu..!!

Ok la.. fffineeeee... I tergolong dalam kelompok pathetic la.. Fine fine. Bukan apa, sebenarnya kisah bermula dengan Nuffnang add yang I baru dapat 0.25 sen setakat semalam tu la. Tengok kat statistik dia, apa yang orang search pasal blog I ni, skali yang paling tinggi result is 'Sazli & Suraya'.

Dan oleh kerana sifat curiosity yang melangkaui batasan alam semesta, terus masuk google and kompiden kodok type 'Suraya & Sazli', maka resultnya ialah gambar-gambar kat bawah ni la..

Mungkin Yatie dah muntah oren sekarang, pastu cakap I perempuan giler yang tak habes-habes berangan nak jadik perempuan cantik sepanjang zaman. Takper. I tak kisah. I nak jugak share gambar yang I jumpa ni. Tak kira tak kira!

Cakap la apa sahaja.. Pengantin perasan ker, perempuan yang tak boleh terima hakikat tak boleh guna 'Cik' lagi ker, atau perempuan gemuk berbuntot besar berpipi tembam ker, I tak kisah...

Haha.

Haha.

Haha.

Ok. Dah.


Pasal masa nikah haritu Roland bawak dalam 5 orang cameraman yang bekerja sukarela(tu pun pasal nak amek gambar Pojiah Gous - I tahu sangat dah) maka ini lah hasilnya. Korang check la website dia.. Mana la tau, terbekanan ker.. Not bad what hasil kerja dorang.

Nah hamek link dia. Maaf la, I tak reti nak buat kalo ada perkataan 'klik sini' pastu otomatik kuar url dia. Padahal Pawie dah ajar siap print screen, masih jugak tak dapat tangkap nak buat macam mana. Taktau la I yang bodo ker, or Sazli yang boroi. Apa kena mengena ntah.

Wah, kening sungguh kuntot la...

Pasal awning tudung terlalu kedepan, Sazli kena cium hangen jerk. Dah la muka Kaklong sejibik muka cina yang kerja cuci telefon kat office ni

Tengok gambar tu dari tepi macam Mek Saidah kan? Taktau nak bangga atau nak gelakkan diri sendiri. Haha. Ok la. Gelak la senang. Hahahhahahah

Hei perempuan buncit

Berangan manjang.. Eh, Saz nampak gemuk kan dalam gambar ni. Yes Yes! Macam tadek motif suka tengok laki sendirik gemuk. Yerla, semalam dia kecoh jerk cakap dia dah turun 2kg. Pastu nak tuduh I kuat makan dengan tido, tu pasal gemuk.

Getting ready. Tapi kenapa leher macam pendek eh? Macam kur-kura didalam perahu, pura-pura taktau.

Ok, Tok kadi pakai baju pink

Mungkin dah sms Nadia awal-awal. Oooo.. Baru aku tau, ko janji ngan Ustaz ni nak pakai baju kaler sama eh?

Duit mas kawen ni sampai sekarang ada dalam wallet. Kata mak nak belikan gelang kaki, tapi dia cakap, mungkin kena tambah duit barang seribu dua. Pastu masih berfikir, perlu ker beli, pasal I dah hilangkan 4 kot gelang kaki? Pastu mak suruh ikat cangkuk pakai benang, pahal??? ingat wa budak skolah rendah ker? tak rock la macam tu!

2 manusia berdagu empat selepas dinikahkan


Ok Pawie, sekarang aku mengaku hidung aku memang bengkok.


Felda Villa


Kenangan cinta taman astakona.. Biarkan semua itu berlalu sayang... (tetiba)

Ok la, dah. Ni last la I kasik gambar nikah ni. Pasni tadek dah. Janji... Janji lapan kali!

-EnD-

5 comments:

Filla said...

huiii aiii... mata ko... dasat sungguh..kelabu berkace-kace!!! aku pon kadang saiko google nama sendiri.. bukan aper.. konpem ex2 kiter or gf ex2 kita pon sibuk nak google2 nama kite kan? huahah.. aku tidak rela okeh 'mereka2' membaca blog ku!!!

Sharika Lincoln said...

su napa tok kadi tu nampak ala ala muda gitu......ke dari tepi mmg muda hihihiihi...

yatiyahya said...

ko memang perempuan psycho! wakakaka

Chooyaya! said...

filla - ala, kontek lens tu aku beli yg pakai buang 5 pair sekaligus. murah jerk. aku mmg tak reti la nak pakai menatang tu lama2, rasa dahaga. apa kena mengena ntah. haha. wei, ko pon gugel nama sendirik. yes yes. ada gengs

ika : memang muda lagi ka.. cool jerk ustaz tu. umur dia 34. bila cakap dengan dia terasa tenang jerk. pasal dia hebat dan cool sangat

yatie : yes i am. so?

shooter said...

+tok kadi+
gile muda kewl. tok kadi tu ade kenyit mata kat nadia tak? hahaha.

+senget+
ok aku terima kenyataan bunuh diri ko kali ni.

+google+
kalau nama stendet kampung, eh bukan, kalau nama biasa cam ko, dalam dunia ni aku rasa mau result kuar 200 juta. kalau unik cam aku...nama aku je kuar.lalalaala