Wednesday, September 9, 2009

Delicious - Sedap!

Last week Mak dengan bapak balik Kedah selama seminggu. So, I dengan Sazli mengambil kesempatan untuk menggunakan masa yang singkat ni untuk berbulan madu. Cheeewah. Mood bulan madu I tak habis lagi nampaknya.

Tapi bulan puasa kan? So, aktivit tu sangat la limited. Baru nak rapat-rapat Saz cakap, ‘Sayang makruh’, tak pon dia akan hembus nafas dia yang berbau kasturi tu and cakap ‘Sayang, bau syurga kan?’ Haha. Tapi ko silap Sazli, awal-awal lagi I dah tarik nafas time dia dah nampak macam ada hati nak membuat penghembusan udara yang seharum kesturi itu.

Korang jangan memain eh? Nafas yang bau cam soken tak basuh seminggu tu kerana berpuasa, nanti di akhirat, bau macam kesturi dan syorga tau? Tapi yang paling bodoh ialah, I dengan sungguh2 akan tahan nafas time jawab telefon pasal takot orang kat talian sana boleh bau. Pas letak tetiba terasa diri bangang pasal kalau guna telefon, mana bau masuk. Dush Dush!

Hari rabu jerk I merajin masak kat rumah. I masak mee hoon Singapore. Ala, kacang jerk nak buat. Blender bawang besar + bawang putih + halia. Pastu tumis sampai naik bau, pastu masukkan sos tiram, cube ayam, dengan lada hitam. Bila dah agak2 garing dan bau menusuk kalbu, masukkan la ayam ker, udang ker..

Pastu masukkan mee hoon yang dah direndam. Tapi pasal haritu I kekurangan masa, I rendam pakai air panas. Muahahahha. Nasib tak terlembik sangat. Pastu last skali masukkan daun kucai. Jangan mengada2 nak bubuh tauge ker haper.. Mee tu mesti kosong, putih lagi suci murni secuci embun pagi dan sesuci lebaran siti nurhaliza.

Gambar terlupa plak nak snap. Jadik tak boleh la nak berlagak yang yours truly pandai masak Mee Hoon Singapore yang sebenarnya tak perlu nak berlagak pun, budak darjah dua mungkin boleh masak dengan menutup mata. Miahahahhaha. Tapi tak kira, I nak berlagak jugak di blog I ni.

Hari Khamis, I paksa Sazli berbuka kat luar, eh silap, Sazli ajak I berbuka puasa dekat Delicious. Kami pergi yang dekat depan KLCC tu jerk. Dah la kena jalan kaki dari KLCC ke Delicious. Nasib baik I pakai deodoran jenama Lady Stick yang jenis apple tu. Walaupun dah petang, masih tak berbau apple masam.

Sumpah I sangat rindu nak kepit kepala Yatie, pastu paksa dia cium ketiak I yang berbau epal hijau. Pastu dia akan nanges betul-betul. Pastu nampak I jahat pasal buli dia. Walaupun Yatie potong lada tak pernah sama pasal dia cakap buang masa jerk nak potong cantik-cantik, nanti sudahnya makan jugak. Haih, tengok la I nih, kalau bercerita sikit, tapi merepek panjang berjela. Dah Dah.

Ok. Jom layan gambar blur dari handphone hina I yang jenis outdated, tapi berlagak dan kompiden nak mampos.


Cantik kan deco dalam estoran ni? (dengan sengaja eja restoran sebagai estoran) Bila tengok sarang burung tu terus berasa macam best jerk.. Macam boleh terbang ke awan. Ok. Start merepek dah.

Akibat kekurangan kerja dan busan tengok Encik Tunang, eh silap, hubby dok layan tengok video gf-gf dia di Utube seperti Mimie One Nation Emcee, layan amek gambar tissue dengan sudu dan gapru. Pastu bila I act macam merajuk-merajuk, dia cebik-cebik bibir kat I. Geram jerk rasa.


I minum mango apa ntah. Ice blended. Tapi dia letak mangga dengan laici and campur dengan daun limau purut. Sangat sedap dan segar. Tapi laki aku cakap, air ni rasa air kencing semut. Ceh!

Ceasar salad extra grilled chicken. Tambah nam hengget. Hamek ko, sebesar buntot Jlo pinggan dia ni. Selamba jerk rebut-rebut makan dengan Sazli. Serupa kambing makan rumput. Salad ni memang terbaik korang. Ni menu wajib kalau datang Delicious.

Pasal I lapar tahap gaban, I order nasik kerabu. Memula tingin nak makan pesto ciken. Tapi tetiba teringin nak makan spaghetti. Alih-alih mulut order nasik kerabu. Wadda???


Sayang I order Spagetti carbonara with wild mushroom. Pastu time dia makan, I jelling-jeling. Bila dia tanya nak ker taknak, I jual mahal. Time dia jadik naga sekejap kat luar, I rembat 3 sudu. Hehe. Dia taktau pun. Tapi sekarang dia dah tau pasal dia baca entry ni. Takper, I tau I jujur dan lurus budus

Tengok ni, kusyuk kan? Ah, dasar pendengki pada henpon Sazli. Tau la handphone I dah giler outdated. Plak tu yatie selalu komplen cakap I kenapa sangat kompiden bubuh gambar-gambar blur dalam blog? Haha. Biar la Yatie.. Awak pun kenal kiter sejak kiter pakai handphone ni lagi kan? Masih tak berubah sampai sekarang pun masih pakai handphone yang sama. I kan jenis setia pada handphone?

Ok. Muka sangat serius. Bila I tanya, kenapa U suka sangat kat Mimie tu? Pastu dia cakap pasal rambut Mimie tu curl. Nampak sexy. Oooo… Dulu masa memula ngorat I, U cakap rambut I cantik. So sekarang rambut Mimie lagi cantik la? Bila I cakap I tak pernah nak minat orang lelaki dengan sungguh-sungguh, terus dia cakap, ‘Dulu tu yang U jatuh cinta dengan lelaki dalam Twilight tu (Edward Cullen) I senyap jerk… Bila I deny, dia ungkit. Tak obsess apa? U tengok cerita tu 3 hari berturut-turut ok? Pastu paksa I tengok sampai 2 kali. Ok Fine!! Haha


Kat parking KLCC. Saz senyum macam tahan kentut. Macam ala-ala meneran nak berak tapi tak terkeluar yaik.Tanak eja t a I k pasal nampak busuk. So eja yaik, kasik nampak comel.


Perempuan ni wajib ada dalam setiap entry dia. Dasar giler glemer. Ptui! Haha


Balik tu kami singgah tengok Tok Che Amah dekat Cheras. Tok tengah makan. Bibik layan Tok macam princess. Baik Bibik tu. Dah la bila I kat pin tuterus tanya nak tea or coffee… Balik tu, tidur dengan cerita dan rasa macam sayang sangat kat Sazli. Bukan selalu kami nak berdua-duaan macam ni… Yang pastinya, tak sabar nak tunggu mak dengan de sekeluarga turun KL dan yang pastinya rindu nak dengar Sasha sebut Merdeka as Bedeka Bedeka Bedeka!!!

-EnD-

5 comments:

yatiyahya said...

*jahat!! nahe nahe...! suka kepit kepala aku..giler semput tahan napas...!
*sila tukar henpon lain...
*kem salam kat sazli..
*ceasar salad tuh sedap..tp paling sedap kat santini..(adakah betul nama tmpt ini?)

Filla ~ Kasih Aleeya said...

walopon gambo ko ala2 berasap2.. tetap menggoda okeh.. bukan ko..atau laki ko yg menggoda mak nie ha..tp food tu.. auwww.. nak delicious gak.. mak kampung.. xpenah try..len kali try nak makan gak salad tu!!!!

Chooyaya! said...

yatie : yatie, nanti awak dtg Kl tolong cium ketiak kiter ok? plz plz plz.. kiter suka tengok awak sampai nanges2... haha. ceaser salad kat santini tu sedap, dia bubuh udang. ingat tak? sama taraf dgn kat delicious yatie. awak dtg kl nanti, kiter belanja awak makan eh? tp guna duit sazli la

filla : gambar aku bukan berasap la filla, tp jenis macam blur2 pasal nampak cam kelabu2 ala2 kat oversea. ko blh buat ker? haha. aku tau ko usha baju lacoste laki aku. kan kan? huh? ko kata ko kampung? yang ko makan kat hutel tu, kampung ker? dah la ko pandai masak western. ciken grill la. aku ni takat spagetti jerk.

Sharika Lincoln said...

suz ko x yah lah buat rambut curl nanti nyesal baik lagi rambut ko lurus cm tu susah nak urus...tgk aku skg harap p saloon jer lawa kalu sendiri hampeh.....skg ni haslam siap tanya napa ah aku p wat rambut curl....menyusah jer...

Chooyaya! said...

ika : dah laki akunak sgt... kalo aku buat pon, maybe buat kat bawah jerk... 2 inci...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...