Tuesday, September 8, 2009

Rombongan Berbuka Puasa Cik Kiah ke Umbai

Assalamualaikum... Kom apa? Kombat. Bat apa? Bat man. Men apa? Mentol. Tol apa,? Tol lak. Lak apa? Laksa. Se apa? Sepak. Pak apa? Pak cik, Cik apa? Cicak. Cak apa? Cawan... apa yang mengong tetiba main sek sek tom tom ni?

Sabtu 2 minggu lepas (29 Ogos 2009 - Sabtu) , I join Saz pergi bukak puasa dengan kawan-kawan DanDan Fc buka puasa dekat Umbai Melaka. Kali ni baru la I rasa I part of them ok? Kalo tak, hanya mampu tengok mereka main bola dan I jadik penyokong yang selalu miss time dorang gol kan bola pasal dok sebok layan Acap dan Skaters bercerita nak kawen dengan artis. Pastu kalo ada masa senggang, ada la 2 3 orang yang baik hati layan I main netball guna bola sepak tsskk tssssk.

Rombongan kali ni disertai dengan ramai la jugak. Ada la 20 biji kereta kot? Diantaranya ialah Skaters (tengok, I sebut nama U number 1 tau?), Fairuz+Faresha, Acap, Farah + Khairi, Mamat, Linda + Hadry, Apiz Bangi, Zack Pet, Zareff, Ajim, Shikin + Gafur + Yusof, Ipin, Suki, Dafi, Yash + Nani, Hashim and ada lagi la yang I terlupa nama padahal dah lebih 4 kali jumpa.

Sian kat Kale pasal tak dapat join last minute. Dia accident, kena langgar dengan lori. Nasib la patah-patah manja jerk. Tak patah betul-betul. Kalo tak, pasni mungkin DanDan dah payah nak menang kalo main bola walaupun geng-geng pakcik yang owner stadium mini Shah Alam.



Otw ke Melaka. Kami bertolak dalam pukul 12.00 tengah hari. Yang nampak sipi-sipi cermin tingkap kaler pink tu, dalam dia ada Ipin, Hadry ngan Linda. Hadry bermati-matian nafi dia owner kereta pink tu pasal dia cakap, dia macho. Pehal plak nak pakai kereta kaler pink? dah la number plat patah pastu tambah sendiri guna liquid paper. comel comel


Tengok la jem ni... Adoi.... Tak pasal-pasal 3 jam perjalanan. Nasib baik tanak berak kencing ker. Kalo tak, mungkin boleh singgah dalam longkang besar jerk. Pastu tutup muka dengan paper nak cover muka.



Ni Linda. GF Tun Hadry. Dah la petite.. Sampai terus nampak dengan nyata perut boroi I. Tapi perut boroi pun, I tetap senyum dengan gembira walau mulut berbau syurga.


Masa nak solat, dorang ajak buat Jamak. Pastu Ipin sangat comel. Lompat-lompat ajak dorang solat yang 'jenis biasa'. Haha


Mari-mari main teka-teka jenis handphone. Mementang semua pakai Blackberry, terus I simpan handphone Nokia 7610 kesayangan erat-erat dalam beg, letak dalam almari. I dengan Sazli stay dekat hotel Ancasa MITC ni jerk. Dapat bilik suite free pasal Auntie dia owner hotel ni. Best best. Walaupun jauh dari Bandar Hilir, pasal free dan bilik besar terus jadik double best.



Acap muka sangat obvious tak tahan nak serang ikan bakar. Yash plak dah standby pegang udang goreng tepung. Bunyik azan jerk, terus masuk mulut. Yash puasa tau harini, siap mintak nak balik awal pasal tanak miss trawikh. *muka serius


Tengok la semua makanan ni, Mana la Nani I tak boroi. Time ni, half of rombongan Cik Kiah masih tak sampai.

Menu : Ikan bakar ada 2 jenis yang kurang pasti apa jenisnya. Pasal I cuma kenal Ikan Pelaling, Caru, Selar Kuning dan Ikan Jaws. Sayur kangkung goreng belacan, udang goreng tepung, kuih kasuwi, air sirap bandung yang sangat menggodakan dan macam-macam lagi la.

Kata Farah, kat Umbai ni kalau makan Ikan Bakar kena makan dengan nasik lemak. Ipin dengan Zareef dah janji nak pakai baju kaler merah/pink kali ni. Si Zareef ni kalo makan, kussss semangat. I ingat dia ada bela jin la dalam badan.

Bila tengok Faresha gf Fairuz, tetiba I malu sendiri pasal dia sangat lembut. I pulak jenis kalo langkah longkang tanak guna titi. Ganas ganas... Mengunyah bijik mata... Tapi Faresha, kenapa U pakai baju kuning??? Arrrghhh.. Terus I tak selera nak makan tau?

Ni anak owner Laksamana Ikan Bakar - Umbai. Si Farah yang suka makan kerang bakar sorang-sorang tanak pelawa Acap, tapi Acap tak malu, ambik sendiri jerk kerang tu. Dah la orang lain minum sirap bandung, dia minum air teh bunga. Takper takper...


Nani jumpa udang terus jadik gembira sampai lupa bf dekat sebelah.

Kawan-kawan rapat Saz masa dia belajar kat Aussie dulu. Mereka sangat gembira cerita pasal dulu-dulu time rambut panjang macam rempit and main compare-compare perut saper paling buncit.

Ok. Dah siap makan, amek gambar ramai-ramai depan restoran. Gambar version full si Mamat tak update lagi dalam facebook... Tapi kenapa kalo orang Indon dia panggil restoran tu estoran eh? Tengok la couple gemuk 2 orang tu. Gembira sungguh lepas makan. Persoalannya sekarang, kenapa Zack Pet posing macam gadis ayu?

Ok. Lepas makan, I dengan Saz, Hadry + Linda, Gafur + Shikin singgah jalan-jalan ke Jonker Street yang tak ubah macam Uptown. Kat sini ramai orang Cina la. Ada jual tart nenas. Memula rasa macam nak beli, tapi takot dia bubuh lemak vavi ker? Nanti terkena H1N1 plak. Haha. tadek kena mengena langsung. Bodoh.

Pura-pura pilih bedak Mac tiruan. Lepas cuci-cuci mata and minum cendol yang sedap dekat jonker Street, kami balik hotel. Mata I dah koyak 14. tak larat dah nak bukak. Tapi Hadry dengan Saz boleh pergi layan bola dekat Equatorial. Pastu balik hotel ngamuk-ngamuk pasal Man U menang and menyesesal tertengok. Haha. Padan Muka.

Ok... Gud Bye Melaka. Bila nampak cermin besar dekat lift, terus menggelupur nak amek gambar. Tau la Hadry punyer baju Polo Ralp kaler pink tu baru beli. Dah la kereta pink, pakai pulak baju pink. Aawwwww.... Sweet...!!!


Anyway, thanx pada Farah pasal kasik kami makan sedap-sedap. Especially karipap sayur dengan sambal cicah kicap tu sangat best dan lazat. Jangan lupa kalo pergi Umbai, singgah ke Restoran Laksamana ok? Pastu kalau pergi sana, bagitau awak orang semua kawan Suraya. Terus dapat air twister Oren percuma. Ok. I tipu. Bye


-EnD-

11 comments:

• leesa • said...

walla~
giler mkan bsar la kak sue!
perghh!
masyuk2

hek2~
kt c2 mkn mmg besh p0ngg!
sumpa sdap~ yummy!

laen kli dtg uhh ag!
nk gak j0in!
hehehe :)

Sharika Lincoln said...

su satu jer aku nak tanya ko pregnant ker...? comel semcm jer?

Chooyaya! said...

safia : ok, next time kaksu roger2 safia okeh?

ika : comel ke gemuk? haha. tak pretnen lg ler... tadek rejki lagik.

Sharika Lincoln said...

hihihihi x der lah gemuk cuma perut tu cm berisi...hahahaha ni puasa ke x ni...

Chooyaya! said...

ha ah. tu namanya lemak terlebih. ka, ko update blog plz...

Chooyaya! said...

aku tak puasa. baru siap makan burger tadi ngan air teh bunga.

sharilfariz aka skaters said...

kak long!!! thank u letak name i first!! hnsh hnsh (bangge smpi kembang hidung sambil kembang bontot skali!!) hahahaha

anyway mimi one nation emcee tuh kawan i punyer adik..i rapat gak ngan dier..selalu laa lepak umah dier! (statement nih perlu bagitau saz..utk buat dier jeles!) hehe

Chooyaya! said...

babi la ko skaters... argh... plz plz jgn ckp kat laki i. nanti dia ajak raya umah u time mimie dtg.. haha

Sharika Lincoln said...

cik su....ops salah puan su aku bukan x nak update tp x der masa lagipon skg x der menda ah nak update....insyallah lepas raya ni ok coz mgu depan aku balik sabahhhhhhhhh....yahuuuuuuuuuu tahun ni aku menang....dapat balik kg aku....ko balik kg saz kan...

Sharika Lincoln said...
This comment has been removed by the author.
Chooyaya! said...

balik kampung saz? haha.. tak la.. :p