Friday, September 4, 2009

Kau Sehangat Api Purple

Tarikh : 20 Ogos 2009 (8.30 malam)
Tempat : Rahsia Restaurant, Jalan Damai, Kehel
Tujuan : Meraikan Ulang Tahun Farina Yang Ke 50 30

Ko nih Farina, Khamis malam Jumaat biasanya orang dok rumah bunuh setan baca yassin, dia plak pergi pilih tarikh tu untuk buat Majlis Harijadi dia. Ceh, banyak plak cakap I eh? Dah party dia, suka hati dia la.. Lagipun dah jatuh hari Khames, buat la hari Khames. Takkan nak buat awal pulak kan? Kan kan kan?

Nasib baik bukan malam puasa, kalo tak sah-sah la I tak boleh nak join. Rugi-rugi. Nak plak dapat makan free yang sedap and jumpa kawan-kawan lama yang baru. Mcm mana tu? Lama pasal padahal jumpa kurang dari 10 kali, tapi mereka sangat baik hati datang wedding I siap jadik maskot dekat banner. Baru plak, pasal baru kenal tahun lepas dekat Majlis Harijadi Farina jugak dekat Darby Park. So, meraikan perkenalan I dan kawan-kawan Farina yang ke setahun jugak la kiranya.

Nasib baik this time dia buat tema Purple. Dapat la I pakai baju yang meriah bewarna-warni seperti pelangi di tengah hari bewarna purple, walaupun ada kaler merah dengan oren sikit-sikit, I tak kira, I nak konsider baju tu kaler purple jugak. Tahun lepas theme 'Pyjama' ok? Susah hati dah Sazli bila dengar tema tu. Tapi dia tak tanya banyak pun, I pulak yang marah Sazli pasal kenapa tak tanya ada orang lelaki ke tak, hebat ker tak, seronok ker tak...

Yang paling tak adil. Farina ajak kami perempuan-perempuan sleep over kat situ pasal dia memang sewa Suite, tapi I jiwa kacau suruh Saz balik rumah cepat padahal dia cuma lepak dengan kawan-kawan dia dekat Hartamas. Sekarang I sedar I bersifat tidak adil. Haih!

Dah la, malas nak perkenalkan dah gadis disebelah I, paling popular selepas Intan. Saper lagi kalau bukan Nadia. Dia sekarang dah sombong busy sejak kerja dekat tempat baru. Taknak layan chat kat Gtalk I yang mereng tu lagi pon. Yang lelaki tu awak orang semua kenal kan? *Malu tetiba tanpa sebab.. Padahal tadek pun orang puji cakap laki I kacak. Haha

Owh, memperkenalkan yang menggeletis semacam ni. Farina Badli. Si besday girl. Sangat bubly, baik hati, kaya, manager, bijak, cantik, peramah dan sebagainya lah. Masih single. Dah Farina, 4 bakul aku puji ko nih. Belanja aku makan lekas!

Pasal nak memenuhkan meja and ada yang sampai lewat, kami terpaksa meneruskan acara, 'Aku pandang ko, Ko pandang aku'. Si Hardy la ni sampai lambat. Buat semua orang lapar jerk. Tapi pasal dia sikat rambut macam Korea and comel-comel ayam, I tak jadik marah.

Makan style ala-carte. Pilih la apa yang nak. I macam teringin nak makan salmon, tapi salmon tidak mengenyangkan. So wajib amek lembu steak. Pastu paksa Sazli amek ayam supaya I dapat kecek yang dia punyer. Tapi dia kasik rasa kuah ajer. Ok. I tipu. I sengaja cakap macam tu supaya nampak kasihan pada I.

Rib Eye Steak With Black Pepper Sauce. The steak is nice, cuma tak best bila waitress tu macam muncung jerk bila mintak sos cili. Eleh, kedekut sangat. Macam la sos cili tu dia yang punyer!

Chicken Roulade ni Saz yang order. Risau takot dia tak kenyang, terus offer I punyer steak. I tau I baik. Ok. I taktau. Ok ok.

Norwegian Salmon di order oleh orang depan I yang I tak kenal. Pastu I siku-siku Nadia suruh pau Salmon dia ni. Tapi Nadia segan. Cis! Haha

Smoked Salmon Salad ni taktau apa rasa, pasal tak rasa. Kalau rasa, mungkin tau dan boleh komen. Kalau tak tau, sila senyap.

Si Sue Osheen dengan Intan gelak-gelak malu bila kawan Farina baca doa yang panjang and dorang terpaksa amek napkin. Taktau nak tutup dada or nak tutup kepala.

Mana satu camera nak pandang I pon dah kompius. Lengan itu mungkin layak dibuat goreng berempah + kicap. Dah la idung sangat oily sampai boleh dibuat cermin. Sangat menggelikan.

Nampak tak ada 2 scene ngorat mengorat disini. Nadia dengan mamat kat depan tu, I plak dengan budak lelaki baju belang-belang. Yang perempuan cute rambut pendek tu mungkin mengorat abang cameraman. Padahal masa ni si Farina yang snap photo. Tapi I tak kira, I nak jugak cakap perempuan cute tu ngorat abang cameraman.

Ni kawan-kawan besday girl. Yang pakai baju belang-belang tu nama Shasha. Sama nama dengan anak buah I. Harap dia akan comel macam Shasha jugak bila dia besar nanti.

Dalam gelas tu ialah air tembikai. *Nampak sangat malu-malu nak kutuk diri sendiri. Padahal lengan ada sebesar kaki adik gajah. Haha.

Ok, sekarang kami mau pulang

Sila berjumpa lagi pada Birthday Party Farina pada tahun hadapan. Tolong jangan buat Tema Kuning yer Farina? Plzzzz...

Shasha gembira tanpa sebab walaupun ternyata yang dia pegang tu, semua hadiah Farina.

Pukul 11.00pm kami semua dah bersurai. Farina & kawan-kawan dia sambung aktiviti di tempat lain, I ngan Sazli balik terus pasal ada kerja lain nak buat kat rumah. Kain melambak-lambak tak lipat tu. Korang fikir apa? :p

Thanx Farina pasal invite me and Sazli. Best pasal masakan sedap. Semua pun pakai baju purple. Semua pun sporting, gambar pun cantik, kek pun sedap. Perfect!

Owh, anyway... Ni masa Farina punyer besday party dengan tema 'Pyjama'. Masa tu rambut I kuntot lagik. Makanan banyak giler, siap ada maknyah buat show. Sumpah mengejutkan tengok dia punyer badan dan logo. I terus takot kalau-kalau kena rogol ker.. Giler haper? Lelaki tu oi!




-EnD-

1 comment:

makcikcun said...

beb, aku mmg terharu ko buat blog and story about me at ur blog :)