Friday, September 11, 2009

Lagi Lagi Makan


Ok. Sekarang hari dah petang dan dah sesuai untuk bercerita pasal makan. Pagi-pagi kalau cerita pasal makan nampak tak thrill la pulak kan?

Iklan : Panas sungguh la cuaca harini. Dari opis nak ker Lavinas Ampang tu (I nak threading kening), I amek masa dekat sejam ok nak sampai? Kunon otai, ikut jalan Ampang, skali jem macam bahbee. Padan muka aku. Ikut pulak kat Embassy yang belakang GE Mall tu lagi la hazab. Dah la Intan manjang nyanyi lagu dangdut. Bikin I panas jerk. Panas + jem + baju merah + lapar = Pundek ayam.

Sekian edisi sumpah menyumpah untuk kali ni. Dah la baru first day puasa setelah 6 hari MC, tetiba ilang markah separuh pasal menyumpah2. Tapi I tell U what, jem memang boleh buat I muntah oren dan bertukar menjadik mengkarung hijau ok? Pastu jadik Incredible Hulk and yang pelik, kenapa Hulk tu mcm menipu eh? Kenapa badan dia membesar, baju dia semua koyak, tapi kenapa seluar dia jerk boleh stretch and tak koyak? Kan ke menipu tu? Korang semua dah kena tipu. Padan Muka termasukla aku

Dah, back to the topic. I tadi nak cerita pasal makan kan? Hehe. Termelalut lebih-lebih pulak. Ala, nkorang semua pun bukan la tak biasa kan? Ni ha… Hari Isnin haritu, I ngan Saz bukak puasa dekat tempat favorite - Pavilion KL. Wah, sesungguh sebut KL, macam la Pavilion ada kat Jengka. KL kan, macam biasa la, jem… So, masa kami sampai dekat Sakae Sushi, orang semua dah berbuka pun.

Kali ni I ngan Saz order nasik. Pasal memang kebuluran tahap Ultraman Tiga, eh bukan. Ultraman Taro atau Ultraman Nexus. Apa la orang Jepun nih, tak paham I, pesal la banyak sangat jenis Ultraman dia. Tapi yang paling hebat ialah, masa I skolah dulu, I memang suka tengok cerita Ultraman tau? Setiap Sabtu jam 11.30 pagi. Pas citer Ultraman, ada citer masak-masak kat TV3 – Kuali. Ingat tak?

Macam biasa la, menda-menda yang I order adalah yang sama jerk. Chicken Teriyaki Don, Tori Teriyaki Don, Salmon Sashimi, Kakiage dengan Hana Maki. Tiap kali datang Sakae Sushi, menda-menda nih ialah item wajib. Tapi terpulang pada tahap kerakusan la. Kalo dah lapar sangat, order mungkin jadik dabel.

Sian Sazli.. Order Ice Lemon Tea yang dalam tin pun lambat jugak sampai. Tu yang muka dia sikit lagi nak sama macam tapai ubi daun getah ni.

Tapi I muka tetap ceria. maklumlah, sebelum naik kereta tadi dah belasah minum air sarsi segelas besar Wah, dahi memang taknak kalah. Berkilat-kilat. Mengalahkan lampu apa jerk.

Tak sempat nak snap, dah masuk dalam mulut laki I. Dulu masa dia tak makan salmon sashimi ni, I enjoy jerk makan sorang-sorang. Skarang dia dah teror makan salmon, kami kena la bahagi 2. Amek ko sorang 2. Nasib dia tak kasik 5 slice. Kalo tak, sah-sah menggelupur berebut saper yang nak amek lebih.

Ni I punyer - Chicken Teriyaki Don (Tetap nak tulis, walaupun dah lebih 8 entry dok citer makanan yang sama dalam blog ni) Saz tak suka ni, dia cakap manis and serupa dengan Ayam Masak Kicap jerk. Buta kaler ker? Sah-sah la rasa teriyaki, ada ker dia cakap macam Ayam Masak Kicap.

Ni Saz punyer, Tori Teriyaki Don. Bezanya ialah, yang ni ada telur, pastu ayam dia tadek soy sos. I tak suka sangat. Tapi dalam tak suka tak suka pun, wajib sebok nak cedok ayam dia. Pastu yang ayam I, tutup dengan tangan, tak kasik laki I mengecek.

Hana Maki ni ada 3 ketul. Sazli makan 2. I makan 1. Takper (takper yang tak ikhlas), pasal dia yang bayar, maka tak boleh banyak komplen. Takper sayang... Takper...


Lepas makan, kami layan tengok cerita Final Destination 3. Eh ke 4 eh? Tak sure. Tapi macam biasa, I lebih banyak tengok gelap (Pasal tutup mata) dari tengok screen pasal extreme sangat la.. Jenis otak berterabur, muka hancur. Loya tekak haku! Uwwerkkk…!!

Lengang jerk Pavilion, pasal mungkin orang gi terawikh. Ada 2 manusia tu jerk yang sebok berjimba, siap tengok movie pas makan. Apa nak jadik la.. Haha

2 manusia tapi berdagu 4. Teror kan? Kata mak I, padan la I dengan Saz. Badan sama-sama gedeboh.

Last2 5 5 manusia ni mati. Buang karen I tengok jerk. Patut kasik la sorang idup.


P/s : Pernah sekali masa nak order, I tersebut dengan konfiden. ‘Give me kamiage’. Skali muka waiter tu cam berkerut-kerut. Ni suma Intan punyer pasal la. Pasal dia pandai-pandai cakap banyak-banyak kali menda yang sama sampai I tersasul masa order. Kakiage = Kamiage, Miso sup = Mitosomo. Kan ker mengarut tu? Kakiage jadik Kamiage ok lagi, yang Miso Sup boleh ajdik Mitosomo tu macam mana? Muahahahahha.. Bangang Intan!



-EnD-

2 comments:

Filla said...

baper kali ko nak hapdate satu hari? bagus2..terror ko laki bini mkn salmon mentah ek? aku laki bini penah try.. muke kewl jek.. skali telan dua2 tesedak nak temuntah..camno?..huahah..laki aku muka merah dan2 tu gak! dasar kampungan..
x kosa aku nak tgk final destination ni.. x suker arr unsur2 saspen nie..aku suke cite sedih2 jer... auwwwwwwwwwwwww...

Chooyaya! said...

filla ; ko kena try la...ada cara dia.. ko cicah la ngan kicap tu pastu campur dengan wasabe. baru la sedap.. pastu kalo ko dah suka, cant stop. mmg addicted. elleh, aku baru 2 entry satu hari. ko tu aku tgk, kekadang sampai 3. lagi teror! haha. dah dah, jgn tgk final destinantion. kalo ko nak tgk citer yang sedih2, ko tgk la sarjen hassan ker.. okeh?