Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Ya All....

Assalamualaikum... Sekarang ni memang I tengah counting time jerk... Kurang lagi setengah jam dah nak balik pasal my office half day harini. Best best. Dapat duit raya yang banyak dari boss jugak mungkin jadik double best.

Semalam pergi carik selipar jamban dengan Intan, Kak Tonah & Kaklong dekat Carrefour Wangsa Maju. Nasib tak ramai sangat orang. Yang spoil cuma pasal bengkak hati pasal Kaklong dengan Intan makan Burger King Double Cheese Mushroom dalam kereta masa otw nak balik ke office.

Pastu masa dalam kereta Kaklong siap tunjuk burger dia.. 'Ni dik, ko nampak tak cheese dia? Sedap ni, meleleh-leleh siot'. Haha. Siot jerk, pastu dia dengan Intan main teka-teka perisa sos. Bladihel. Bikin gua terliur jerk. Pastu terus tanam dalam hati, balik karang I nak makan Burger jugak-jugak!

Tapi keciwa pasal Sazli mintak buat Nasik Goreng Bodoh Tapi Berlagak atau Nasik Goreng Air Mata. Dah. Tiap-tiap hari makan pedas, esok lusa buasir keluar, pastu jalan kengkang-kengkang. Haha.

Sampai jerk office, melepek dekat kerusi sebelah my cubicle pasal terliur habes dengan burger kulat Intan. Tak tak, padahal I paksa Intan amek gambar I macam ni. Kunon penat la puasa. Tapi pasal jujur, I bagitau, yang ni I cuma pura-pura letih.

Sebenarnya I ceria. See see?

Intan poyo depan bilik CEO, boss dia. Boss dia dah start cuti, Intan pon merdeka. Cuma yang kesian, pasal dia bujang, tiada plan nak kawen dalam masa setahun dua dan jugak tidak mendapat duit raya dari bos. Sangat kasihan. Kau memang separa loser Intan. Dah la kau hitam

Tapi gembira jerk pasal tak perlu nak tunggu boss dia siap solat Asar baru dia boleh balik. Dah la tu, mak dia dah tinggalkan dia pasal dia lambat dan terpaksa call taxi nak balik rumah. Kereta dia sampai sekarang tak nampak bayang. Suruh bawak van venette bapak dia pergi kerja, tanak plak.

Bajet rock la? Wak lu!

Bawang busuk, bawang putih. Haha

Mesti nak sebok-sebok menggelupur kalau I nak snap gambar sendiri. Padan muka pasal muka ko keluar separuh and nampak cacat pasal dagu tak ada.

Astaghfirullah Intan... Haha. Harini dia siap suruh I hidu bau puding mangga + nata de coco yang dia beli ok? Siak siak.


Ni la selipar comel yang berharga RM10.00, sumpah ibu jari kaki I besar giler. Malu la.

Ok la, kepada semua yang baca blog I ni, tak kiralah dimana jua anda berada, yang I tau dia baca and kutuk, atau baca dan gelak sorang-sorang pastu panggil kawan pasal mari gelakkan yang entry I ni pilihan kelima yang rambut cacak-cacak and ada iras Mas AF2 tu ker, or yang silent reader ker, kawan-kawan wujud didepan mata dan sesiapa sahaja, I nak ucapkan...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN .... MAAF ZAHIR JERK LA.


Mungkin I ada terkasar bahasa ker, atau anda semua terasa, termenyampah, ter apa-apa pun, harap dapat maafkan I. Walaupun sekarang ni puasa lagi, I tak kira, I nak mintak maaf jugak pasal this is my last entry untuk tempoh seminggu ni.

I akan pulun cuti habes-habesan and akan masuk opis balik pada 28hb 9 nanti. Masa tu pun duit I dah tak da dan I harap Nuffnang I tak la setakat 0.25sen jerk. Filla dapat RM600, mana aci! Tahun ni I akan beraya di KL pada hari raya pertama and hari raya kedua subuh-subuh I dah siap, mungkin packing malam hari dan siap tarok beg dekat pintu awal-awal. Haha.

Pastu I balik Pahang and beraya dengan anak-anak buah kesayangan. Ayang, Sasha, Kaseh, Aiman and Along. Tunggu kepulangan makcik rimau korang ni. Cakap banyak or tak puji aku cantik, jangan harap nak dapat duit raya. Heh!


-EnD-

P/S : Intan, Kaksu nak mintak maaf sebab selalu kutuk Intan hitam, tapi Intan memang hitam, tapi lengan Intan cerah pulak, tu yang Kaksu pelik sikit. Tapi takpa, ni Kaksu nak mintak maaf la ni.. Kecoh jerk. Jadi, Intan selamat untuk seminggu. Minggu depan Kaksu tak janji la tak kutuk. Tengok la dulu macam mana, tapi ni Kaksu mintak maaf ikhlas ni. Nak duit raya tak? What? Nak? Jangan harap. Ok. Bye.



5 comments:

Anna Dayana said...

Saya maafkan awak kak suraya yang selalu buli saya dan paksa saya buat macam-macam tapi sumpah saya tak kecik hati langsung dan tak besar hati langsung atas tindakan awak.

saya akan merindui awak selalu...saya pun nak minta maaf gak kalau saya banyak sakitkan hati awak yang konunya suci bersih dan murni itu...gurau jer...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

SexyHippo said...

I tau sape yg panggil kawan2 dia tgk entri Pilihan Kelima dan cakap muka u macam Mas AF2. Dgr kate dia semakin hot dan cantik skrg. HAHAHA. Ok Mas, i pon nak ucapkan Selamat Hari Raye! Eh, salah org ke?

shooter said...

kalau dapat duit raya banyak2, buat peruntukan untuk kamera berkualiti tinggi sikit ya. aku rasa cam rabun je tengok gamba2 nih. tu tak kira lagi makanan2 yang sedap2 jadi kabur....eh...sorry2...taknak kutuk2 lagi...samat hari raya maaf zahir & batin. balek kampung kem salam mak ko ye. kalau2 die ingat lagi aku. cakap die yang ala-ala hitman datang kenduri hari tu.

Sharika Lincoln said...

Puan Suraya & En Sazli,

Selamat hari raya maaf zahir batin ...su salah dan silap , tekasar bahasa, tertinggi nada, terkasar sms ker harap dimaafkan ok....aku pon maafkan kau ok....x nak jemput aku beraya umah ko ker?

Chooyaya! said...

anna : intan, jadik ke nak pergi interview stewardess tu?

sexyhippo : ok la nad, i maafkan u la.. walaupun i lagi molek dari mas af. tu yg i tak puas hati tu. haha

pawie ; gambar blur2 tu trademark blog aku la.. dengki eh?

ika : jemput la datang rumah... ko pon dah lama tak jmpa aku kan?