Friday, October 2, 2009

The Ugly Truth & Carlos

Huish, dah petang baru dapat nak update blog. Sekarang ni I bizi dengan ladang 'Farmville' dekat Facebook. Ni semua kerja Yatie la, ajak I berkebun. Sudahnya I terjebak, pastu masa makan bubur claypot dekat Carrefour Wangsa Maju tadi, lidah I macam kebas-kebas sebab telan makanan panas-panas pasal nak cepat balik office bukak Facebook and kutip hasil, kalo lambat takut strawberry I mati. Begitu sekali..???

Malam Rabu lepas, tanpa any palan. My sayang ajak tengok movie. Show 9.20pm dekat KLCC, 8.30pm dekat Pavilion. Pasal nak balik rumah awal, so we decide nak tengok show awal dekat Pavilion jerk.

Korang tau la, KL kan? Walaupun petang tu orang kecoh-kecoh ada gempa bumi dekat Padang Indonesia, show tetap full. Sudahnya I duduk dekat row depannnnnnnnnnn skali.. Naik sakit leher mendongak keatas. Dah la dok sebelah perempuan gedik, ketawa macam babi hantu, peluk-peluk dan raba-raba dalam movie, gelak kuat-kuat, over reaction, macam sial perangai sampai mengganggu I nak tengok Dr. Colin yang kacak tu.

Yang paling annoying nak tau tak kenapa? Pasal dia PAKAI TUDUNG. Ok. Pakai tudung kawan-kawan. Dah. Malas nak bebel panjang-panjang pasal perempuan pakai tudung kat sini, pasal entry ni pasal movie. Tapi sekarang ni, orang pakai tudung banyak yang tercemar dengan perangai yang jauh tersasar dari yang sepatutnya bila pakai tudung. Ada yang peluk sakan dekat public, isap rokok dekat public, ketawa mengilai-ngilai and blogging guna bahasa kasar sampai I semput nak baca.

Ni yang buat I kekadang nak ter'judge' orang pakai tudung. Walaupun bukan semua macam tu, tapi bagi I kalau dah membawa imej yang macam tu, kan ker elok kalau jaga tingkah laku jugak, perbuatan (bukan sama ker?), ayat, percakapan etc. Especially yang memang bertudung sepanjang masa. Bukan yang on off macam I. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, pasal I sendirik pun pakai masa pergi office jerk maklumla kerja gomen, so nak cakap panjang-panjang macam tak adil, pasal I sendiri pun bukan bertudung sepanjang masa. Pffftttt...

Tapi, yang I cuba nak tekankan bukan pasal wanita bertudung atau tak, tapi how they carry themself in public with hijab. If dorang tu free-hair, orang tak pelik sangat.. Hurm..

Note : Bagi yang pakai tudung tu, jangan kecik ati eh? Bukan semua yang pakai tudung macam ni.. Cuma 1% dari 100% yang mencemarkan imej perempuan bertudung. Pakai tudung memang manis. I pon satu hari nanti nak tutup aurat terus. Nak jadik isteri solehah. Doakan yer?

Cukup Suraya, cukup! Bila kau membebel, kau seperti hilang punca.

So, sekarang back to the topic. Mari kiter saksikan review filem THE UGLY THRUTH dari yourstruely yang memang mencintai cerita-cereta yang ber genre begini. Pasti la I terpaling suka. Kelakar, menghiburkan dan tidak memeningkan kepala.

Cerita ni mengisahkan tentang seorang Penerbit Rancangan morning show sebuah stesyen TV bernama Abby Ritcher lakonan Katherine Heigl yang asyik bergaduh dengan seorang host morning show yang maron bernama Mike Chadway lakonan Gerard Butler, pasal berselisih pendapat pasal menda-menda cinta-cinta ni la. Pastu mamat tu pulak yang tolong si Abby ni mengorat sampai dapat Dr. Clolin lakonan ex-bf I, Eric Winter.

Malas nak cerita ending dia, tapi nkorang semua sure dapat agak kesudahan cerita ni macam mana. Sah-sah la poster kat depan tua tadek gambar Eric Winter kan? Sah-sah la mamat tu bukan hero. Takper, I suka 2nd man. Macam dalam cerita Star Wars, I suka Yoda. Dalam BSB dulu, I suka Howie D pasal semua orang dah suka Nick. Dalam KRU pulak I suka Edry, pasal semua pun dah suka Yusry. Eh tak tak. Yang tu I tipu.




Poster The Ugly Thruth yang I memang jatuh cinta semenjak zaman dahulu kala, masa I tak lahir lagi pun. Ok. Kau penipu. Itu lelaki kenapa pegang love dekat tempat sensored?


Mempersembahkan Dr. Colin lakonan Eric Winter yang hensem, perfect, kacak bergaya malahan doktor yang hebat dan sangat boleh membuatkan I jatuh cinta dengan watak ni. Nasib baik dia bukan hero, kalau tak esok I paksa Sazli tengok lagi filem ini. Haha. Nadia pon suka dia. So, bukan I seorang yang suka. Ada geng. Kacak tak, kacak tak?

Lepas tengok movie, Sazli ajak makan pasal dia lapar and I tau masa mamat sebelah dia makan hotdog tu, dia memang terliur habis and gelisah. Haha. Sian baby gemuk I tu. Masa turun escolator tetiba ada lelaki yang jambu habes lambai-lambai I. I amek masa 10 saat dok fikir, siapa la yang lambai-lambai I tu, Ya Allah.. Si Iq rupanya!

Iqram, sumpah muka ko sekarang jambu habes sampai terasa nak mintak sain. Dorang makan kat Michelangelo ker menda ntah. Kat situ banyak pasta jerk. So, kami decide nak pergi ke sini.

Open air restaurant, semestilah di Carlos. Korang sure dah dapat agak apa yang I makan kan? Bila I cakap kat Poja I nak makan kat Carlos, terus dia cakap, sah-sah perempuan ni nak makan Spicy Seafood Soup tu. Haha. Ko memang sahabat sejati. Ceh. Pasal tau I makan apa, terus Poja jadik sahabat sejati I.


Sian perempuan ni, habes menggelebeh semua baju. Terus menggelupr dapat makan kat sini pasal dah sebulan tak date dengan SSS (Spicy Seafoad Soup) tu.



Nasib baik kat dalam gambar tak nampak sangat baju dia crumple. Poja tuduh I pemalas iron baju, padahal memang baju tu pesen kedut-kedut. Orang sebok beli baju kat Forever 21, dia nak jugak satu baju.


Saz order Fettucini Cream Bacon. Sumpah sedap! Tapi bacon tu bukan vavi tau? Ni yang jenis halal punyer.

Nadia kosentret makan Mexican Beef Soup yang bila I rasa sikit, terasa rasa lembu dia sampai kat jantung.


Sila salahkan handphone camera Saz, dia yang buat gambar ni jadik blur macam ni. Asalnya dalam gambar ni ada gambar I, tapi pasal terlalu hudoh and nampak serabai lagi gumuk, so I potong. Muahahahaha. Ok la tu, nampak tangan gemuk I sikit-sikit tu pun kira aci aper?



-End-


Saya sayang suami saya - ceh, tetiba sayang.. macam ada makna jerk?

3 comments:

Liyana said...

citer nih mmg best giler nak mati sampai rasa nak geget2 telinga dr colin tuh sampai putus!!!jom tgk lagik kak sue!=P

Anonymous said...

Sis,tak baik cakap orang bertudung macamtu..

Chooyaya! said...

liyana : comel kan dr tu? liyana dah tengok ker? jom tgk lagi skali jom? hehe

tanpanama : tak semua wanita bertudung macam tu.. kebanyakkannya baik, yang saya jumpa tu 1% dari 100% kot? perempuan yang berlagak baik tp suka sumpah seranah orang tu mungkin dia senteng.

tanpanama 2 : awak, cuba baca elok2dan baca lagi sekali.. kan saya dah cakap, bukan semua macam tu. yang saya cerita tu, yg saya nampak masa tgk movie haritu. try baca yang bold, kaler purple dengan underline.. yeh yeh?