Monday, October 19, 2009

Bapak

Ditakdirkan Allah, I hilang ayah sebelum I berumahtangga. Tapi I bersyukur pada Allah kerana telah 'menghadiahkan' I seorang Ayah baru yang I rasa I sayang dia hampir sama macam I sayang arwah ayah I dulu semasa hayatnya...

Walaupun I admit, tiada siapa yang dapat menggantikan arwah ayah I pasal dia baik yang amat sangat, terpaling kelakar, helpfull, kacak bergaya dan super duper penyabar tahap gaban hijau, tapi sekurang-kurangnya I terasa macam ada ayah balik bila I menjadik isteri kepada suami I sekarang ni .ceh suraya, macam kau pernah kawin lapan kali bila guna ayat macam tu

Mesage dari I

Bapak, balik la Kedah hari Isnin, pasal Su ada belikan bapak buah delima. Dia tak besar macam buah delima yang beli dekat jalan TAR tapi Su beli dengan penuh kasih sayang. Kereta Su lampu rosak, kesian kat Su... Bapak tak kesian ker?

Bapak reply. Tu pun selepas 30 menet pasal I tau dia sangat lambat nak reply, apatah lagi kalau ayat tu panjang-panjang.

Tak bolih besok jiran d kampung buat kenduri. Thanks d atas ingatan . Kesian lah tapi bila kita repair tuan dia muncung panjang ha ha ha

(ok, memang spelling dia macam tu siap space sampai 6 kali pasal I tengok jarak satu perkataan dengan perkataan sangat jauh. Terus I gelak... Haha)

I reply balik

Bila bapak nak balik KL semula? Kenapa pagi tadi bapak tak jumpa Su dulu? Kenapa tak mangkitkan? Tak mau la kawan dengan bapak...

Pastu dia tak reply dah. Haha. Pasal I tau dia selalu kena sound dengan kawan dia bila dia asyik sebok reply sms time dia main golf. I pulak akan amik waktu untuk ber'sms' dengan dia bila dia main golf. I memang sengaja kacau dia dan bila dia tak reply, balik rumah nanti I protes2 manja and paksa dia drive I beli eskrem choc top Mc D walaupun dia pakai kain pelikat jerk.

Masa weekend lepas I balik Pahang. Bangun pagi, tengok kereta bapak dah tak ada. Dia main golf awal-awal pagi. So, I tak sempat nak jumpa dia.. Tu yang I mengada paksa dia balik kampung ke Kedah hari Isnin supaya dia sempat makan buah delima yang I beli dengan penuh kasih sayang tu pasal I tau bapak suka makan buah delima.

Bapak selalu baik hati baiki kereta I. Tukarkan tayar, baiki alignment, and ada la lagi yang dia buat 2 3 kali tapi I taktau apa yang pasti mahal. So, each time dia baiki kan. I perempuan yang tak reti berterima kasih ni, selalu akan tarik muka. Entah la. Dulu masa mula-mula kawen, I terasa macam I tak nak susahkan siapa. Bukan bapak mintak bayar balik pun, tapi taktau la kenapa. I tak suka... I rasa, arwah ayah jerk yang boleh buat semua tu. Tiada gantinya... :(

Tapi lama-lama bila memikirkan kebaikan yang dia dah buat untuk I, I terasa macam berlembut hati.. Terasa macam dulu, kejamnya I tarik muka bila bapak eksaited cerita dia repair kereta.

I adore my bapak. Dia outspoken I admit. Kekadang I kecik hati bila dia cakap I 'masam' walaupun I baru lepas mandi setiap kali I cium pipi dia bila I nak keluar berpoya-poya dengan Sazli. Kadang-kadang dia cakap I koman spanar bila tak pandai nak reverse kereta, I diet salah bila muka I keluar jerawat...

Dah la cakap hobi menanam sayur Farmville dekat FB tu membuang masa sampai I terasa tak nak surf internet depan dia.. Kecik hati I...

Tapi...

Bila bapak,
  • Berlari ketuk bilik I masa I terlupa nak buka puasa sampai semput-semput naik tangga sebut, 'Zah (MIL).... anak kita ada dalam bilik ni, dok mekap... Dia tak buka puasa lagi...

  • Masih jugak sudi baiki kereta I walaupun I muncung dan tak cakap terima kasih pada dia sebanyak 3 kali dia repair kereta I

  • Bapak korban tak beraya dengan mak dia tahun ni walaupun selama ni dia tak pernah absent beraya dengan Tok Che Amah. Mungkin dia nak I selesa...

  • Bapak cakap I lagi cantik dari Poja. I rasa bapak tipu. Tapi dia cakap sungguh2. Haha. tak baik tipu bapak.

  • Bila dia makan dengan berselera apa pun yang I masak walaupun ikan bilis goreng masak kicap. Pastu tiap kali I buat sambal air mata, dia cakap I nak bunuh dia. Tapi bila dia balik kampung, dia suruh mak call I tanya resepi nak buat sambal air mata. Rindu la tu..

  • Bila bapak offer diri nak jemput I yang sesat dekat Bukit Indah walaupun masa tu dah waktu tidur bapak..

  • Bapak sponsor tiket flight kami honeymoon and nak pergi Perth & Melbourne next year.

  • Bila bapak setia tiap-tiap hari tutupkan suiz ubat nyamuk dalam bilik, susunkan kasut I dalam kereta, lapkan kereta I tiap-tiap hari sebelum I pergi kerja, payungkan I dengan tangan dia bila hujan turun dengan tiba-tiba, urutkan kaki I bila I mengadu sakit kaki main futsal, beli mangga sampai 2 kilo pasal dia tau I suka makan mangga, bila bapak selalu rindu I tapi taknak mengaku...

Hurm... Tak ternilai kasih sayang bapak pada I... I sangat hargai... :)

Bapak, lekas balik KL.. Su rindu...



-EnD-


P/s: Mak Pahang lagi comel, tiap kali I sms dia, dia reply, tapi kosong jerk. Pasal dia tak pandai2 nak write sms walaupun dah 8 kali Ayang ajar. Hahahaha

15 comments:

Liyanaroxx said...

comelnya mertua kak sue...layan menantu mcm anak sendirik....you're so lucky sis!!=)

BULLET said...

SYAHDU BETOL LA CITER ORG JAWE NIH...CAM NAK BERGENANG AIR MATE JEK...ALA2 CITER PAPADOM JEK KAN...

Didi Nadhirah said...

wah syoknye baiknye ngan ayah mentua ...bile baca2 sy still igt ayah kak sue jugak...bestla rapat mcm ni

:: Miss Naddy :: said...

olololo....so suweetttt~~!!! hurm...untungnya dapat bapak loving mcm tu..hee wah selamat berhanimun...

hmm...bila la ade org nak tlg susun kasut2 i dalam kete tu..ngeeeeee

Asma said...

alololo kak su...comel & sweetnyer entry nih...kte plak yg berair mata bler baca :)

yatiyahya said...

pas ni i nk tulis pasal ibu mertua i plak lah...entry u memberi inspirasi...

Chooyaya! said...

liyana : alhamdulillah... :)

bullet : ha ah, sungguh2 kiter
nanges tgk cerita papadom tadi

didi : ayah kaksu dah tadek, tp alhamdulillah dapat bapa mertua macam ayah sendirik jugak

diha : hanimun tu dah lepas ler.. :p nanti suruh bf diha susnkan eh? :p

asma : kaksu pulak dah sebak2 ayam

yatie : ibu mertua awak tersangat baik yatie... untung awak :)

✖sLap mE pLz!™✖ said...

huhu.. xbc abeh pon..
so xtao nk ckp pe..
da nk sebak2 kuda da neh..
keras otot2 perut thn huhu..

Chooyaya! said...

mana aci tak abes baca tapi komen... :p

Ivy Metaga said...

bestnya...=),
sy singgah sini yer...nice blog..

fendytini said...

so sweet... k tini sama mcm sue jugakk takde ayah so sebulan sekali plg kurng mesti balik jengka jmpa diaorg.. pastu sibuk tanya bila abah tak balik2 rmh dh memalam sbb berforum dgn kawn2 markas.. i risau :D org lain dh biasa

Filla ~ Kasih Aleeya said...

bapak repair keta ko tak ckp tima kasih? fuh..nasib bukan aku jadik pak mentua ko...hahah...well, sgt lucky ko ada bapak baik hati... syahdu sungguh aku baca!!!!!

~yaya~ said...

aloo..comelnya bapak dan menantunya..u r so lucky =) anak bapak tak tergugat ke?hehehe..

Chooyaya! said...

yaya : anak dia bukan kaki jeles macam i... hehe. mungkin dia tak rasa tergugat kot.

armouris said...

info tentang khasiat delima kat sini - Delima Cerahkan Kulit.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...