Wednesday, October 14, 2009

Hujung Munggu Yung Punuh Gulur Vuvu

Hambek ko, sekor-sekor semua mulut muncung baca title entry kali ni. Sengaja bagi tajuk macam tu, supaya dalam pada membaca blog ni, boleh jugak membuat senaman mulut... Kira macam 2 in 1 la.. Sama macam hujung minggu I yang lepas.. Pergi wedding, skali dengan open house terus.

I rasa, hujung minggu ni la yang I terpaling penat.. Sampai melecet-lecet peha. Asyik bergesel jek. Maklumlah, perempuan gemuk, memang macam tu. Nak pulak makan terlebih banyak bulan-bulan Syawal macam ni. Sana open house, sini wedding, house-warming lagi.. Tu yang naik 2 kg tu (tapi dekat Saz I cakap I nak 6kg - sengaja jerk kasik nampak macam I la terpaling lebih makan dekat Ampang tu) Haha. twwiiiittt... Sayang kena tipu :p

Ok, sekarang mari kiter saksikan jadual I yang terlalu ketat ni melebihkan Ketua Puteri Umno Seputih yang I pun tak paham kenapa dia add I dalam FB tu.

Sabtu 10 Oktober 2009

Pukul doblas I dah gerak dari Ampang Ke Seksyen berapa ntah. Tapi Seksyen Belas-Belas la.. Pergi wedding kawan Saz, Wenny dengan suami dia yang I pun lupa jugak nama. Semua pon lupa. Lupa nama, lupa kat mana. Maklumlah dah tua nyanyuk ni, semua menda lupa kecuali hari gaji jerk yang I tak pernah lupa.

Duduk dekat wedding dia ada la dalam 3 jam kot? Kasik chance dekat Saz jumpa dan beramah mesra dengan kawan-kawan dia masa study dulu. Nasib la I ada kenal kawan-kawan dia. Kalau tak, musti I jadik kera sumbang. Tapi I kekadang perempuan muka tak malu, I buat-buat peramah jerk. Ada jerk terselit gambar I kat mana-mana. Haha.

Tak dapat I nak jumpa Perempuan Gemuk Yang Cantik tu. Si Wan Nadiah. Dia la, datang lambat. I dah gerak pergi open house Abang Usen, baru la dia kedek-kedek nak sampai. Takper Nad, ada rezeki wedding lain pulak kiter jumpa.

Allah humma barik lana.. Fima razak tana.. Wakina Azabannar! Amboi, merahnya baju Linda. Sakit mata I. Kalo ada lembu, sah-sah dia yang kena kejar dulu. I tak kena kejar pun, pasal I siap hi-five dengan lembu. Dia pon kompius pasal ingat geng dia. Sihat semacam jerk. Haha. Adam dengan Ida Marlina doa pandang camera. Mana aci. Pasal I dah siap buat muka serius.

Oowh.. Hehe.. Doa sambut pengantin eh? Ingat doa makan tadi... Kitorang ada macam rupa geng Panca Sitara tak sikit-sikit? Tapi nak bagitau, bawah pokok ni jerk la yang redup. Harini cuaca kat Shah Alam super duper hot!

Ok, dari kiri Seri, Lupa Nama, Nadia Sulong, wanita bf mat saleh pakai baju melayu kaler cream, Ida Marlina, Linda dan yours truely.. Takkan la tak kenal kot? Bersepah-sepah muka I kat blog ni. Haha. Masa ni I sebok-sebok nak amek gambar sekali. Pasal I taknak nampak pelik bila berdiri sorang-sorang bawah khemah semasa suami sudah bizi dengan teman-teman dihujung canopy.

Kami semua bernama pengantin. Yang sebelah I comel jerk tu nama dia Linda jugak. Tak paham kenapa semua orang pun nama Linda masa harini.

Lelaki berdua ni sepatutnya pakai baju kaler hijo, baru cukup korum macam traffic light

Penulis bersama pengantin. Cheewah, tetiba jerk penulis. Haha. Cantik baju dia.. Lagipun dia kurus, pakai apa pun cantik. Wenni, I jeles pasal wedding U ada bebudak skola joget2, walaupun I dengan Linda ada spot sorang budak perempuan tak pandai main caklempong tapi I tetap jeles. I kawen tadek pon joget-joget depan I macam ni tau?

Masa orang sebok-sebok amek gambar, I dengan Linda usha-usha la cupcake ni, cadang nak kidnap, tapi tak jadi pasal ada sorang Auntie memang dah lama memerhatikan I duduk himpit-himpit dekat area sini. Haha. Tapi sebelum balik, Auntie tu kasik jugak I satu pasal dia cakap, dia nampak dari tadi I dok pandang-pandang jerk cupcake ni. I memang ada habit sekarang ni kalau pergi wedding orang. Misi : Membawa balik satu cupcake kawen walaupun tak makan walau dengan apa cara sekalipun!

Linda & Acap. Acap sanggup tunggu sampai adik Linda pick her up at 5.00pm kot? Amboi Acap... Pantang ada gadis comel mintak tolong. Sanggup dia! Dengan Syarat : Yang cantik dan comel sahaja.

Ni kawan-kawan Saz masa kat Aussie. Nama apa, I kurang pasti. I memang ada masalah nak ingat nama orang pun. Haha. Yang I tau, kawan dia yang paling hujung tu cakap, karma pada Saz pasal dulu Saz selalu ejek dia gemuk, sekarang dah terbalik, mamat tu diet dan kacak hebat perut flat, Saz pulak dah mengembang.

Sweet couple. Linda & Hadry. Tak sabar okey nak tengok nkorang naik pelamin.. Hadry, thanx pasal bagi biskut cornflakes tu. Sedap sangat. Dah la U kretif giler, buat biskut semua pun tak sama size, ada tebal, ada pipih, adik gemuk, ada sontot. tapi yang pastinya, SEDAP!

Lepas balik dari rumah Wennie, kami gerak pulak ke Seksyen 9, rumah Abg Usen dekat Sri Permata Condo. Walaupun I dah kenyang air sirap pasal selamba beratur 3 kali untuk ambik 4 gelas air, minum sampai kembung sampai makan nasik pun tak larat, maka kat rumah Abg Usen I belasah makan mee sup dengan sambal nasik lemak and ayam goreng rempah.... Ok ok, sambal nasik lemak dengan 4 sudu nasik skali. Hihi..

Ni gambar ni I kidnap dari FB Abg Yut jerk. I memang tak sempat nak amek gambar masa kat rumah Abg Usen. I bizi makan jerk masa ni. Turut kelihatan dalam gambar yang malap ni ialah Yusri Hidayat dengan Mejot yang I dah tak jumpa 3 tahun kot?

Alololo... Shumilnya rambut Husna Batrisyia... Kenteng-kenteng macam papa dia jugak.. Husna makin besar makin comel la akak tengok. Eh silap, Auntie tengok.


Lepas balik dari rumah Abang Usen, kami terus ke Seksyen 17 rumah Zen Botak. Kejam la korang panggil dia dengan nama ni. I tak sampai hati. I nak panggil dia Zen jerk. Tapi kat sini I nak panggil dia Abang Zen, bukan pasal I gatal, tapi I hormat dia... Dah la baik hati bungkuskan kami nasik arab, kueh-mueh segala, siap kasik Tissue Ikea yang tak bukak lagik. Haha.

Open house kat rumah Abang Zen (Chewah!) besar jugak. Dengar kabar-kabar angin Datok Bandar pon ada datang. Patut la siap canopy bagai. Makanan bersepah-sepah yang sekarang I rasa menyesal giler tak makan Nasib Arab dengan segala mala makanan yang sedap-sedap tu. I cuma makan 2 cucuk satay ayam dengan2 ketul brownies Secret Recipe tu jerk.

Lepas maghrib, dia pasang bunga api KLCC. I yang terpaling excited, padahal cuma I sorang jerk perempuan dikalangan mereka yang mencucuh mercun tu. Nampak sangat I hebat dan berani... Haha. Poyo. Padahal I kurang kerja nak buat. Mengaku hebat pulak .

Ni la Zen dan isterinya Baya yang baik hati jugak hari-hari pun kasik I hadiah lembu dekat farmville. Dia sekarang tengah pregnant 5 bulan. I tengok badan dia kali ni berisi sikit... Tapi comel jerk, jalan kedek-kedek.


I dah cakap kat Saz, kalau dia nak tunggu jugak borak-borak dengan kawan-kawan dia sampai pukul 9.00pm, memang I tak sanggup dah. Pasal I memang panas, nak muntah, pening semua pun cukup. I meyalahkan rambut I pasal ianya tebal sampai haba terperangkap dalam dia. Nak pergi rumah Filla pun tak sempat. Dalam kereta jerk, I tidur sampai la kat Ampang.

Kata Saz, jem teruk, tapi I tak sedar apa dah. Sampai rumah, naik atas mandi cuci kepala siap, baru la terasa lega...

Sabtu 11 Oktober 2009

Rutin masih sama macam semalam. bangun pagi, jerang air, buat breakfast and iron baju. Tapi kali ni I iron 3 pasang baju I pasal setiap kali pakai pun, masih jugak ketat. Lantas menyalahkan fabrik baju tu konon-konon dia shrik padahal memang I sedia put on weight time raya season ni. Tapi macam biasa la perempuan kan. Deny.

Tengah hari I pergi ke Shah Alam lagi, Seksyen belas-belas jugak. Wedding kawan Saz nama Nizam, tapi I tak paham kenapa orang panggil dia Max. Jumpa separuh dari orang yang sama jugak macam semalam. Gambar tak ambik. Alasam : I panas & I gemuk

Lepas tu gerak ke KGSAAS Shah Alam. Rumah Farah. I datang nak visit baby dia nama Arief Iskandar. Dia lahir kurang beberapa hari sebelum raya, masa tu I bizi, tak sempat nak visit. Kebetulan ada kat Shah Alam ni, so I singgah kejap kat rumah dia.

Kat rumah Farah I makan Mee hoon goreng yang memang I adore cara pembuatanya. Klasik dan lazat, makan pula bersama cili potong. Pastu macam mana ntah I termakan nasik pasal tak tahan tengok godaan telur mata masak sambal tu. Perut I dah sendat sungguh sekarang!


Ni la baby Farah & Khairi. Arief Iskandar. Comel sangat. Kulit dia halus jek. Pastu baik sangat. Bila I dukung dia, pastu dia tidur... Senang Farah nak jaga baby baik macam ni... Bila Arief tidur, kami sambung la gosip-gosip cuma I paling takot kot-kot ada bola golf tersesat kena kepala I pasal belakang rumah Farah ni padang golf.

Destinasi terakhir kami ialah ke rumah Maksu Saz dekat Monteres. Nasib baik la semua tempat yang kami pergi 2 hari ni area-area Shah Alam jerk. So, sempat la nak catch up semua. Ok kawan-kawan, dekat rumah Maksu saya makan Sup daging dengan daging masak kicap yang bibik masak. Sangat sedap. I dah tau apa rahsia kelazatan dia, tapi pasal I dengki, I taknak kasik tau apa tips tu. Tunggu la sampai I try sendirik kat rumah, baru I share eh?

Balik dari rumah Maksu dah pukul 8.30pm, sampai rumah Ampang pukul 9.30pm. Masih sama macam semalam, sampai rumah salin baju dan terus tido... Pasal I dah mandi kat rumah Maksu so tak payah mandi lagi. Jaga-jaga MIL masuk bilik wish happy birthday. Pasal ngantuk, I bukak mata sipi-spi jerk...

Tapi pukul 2.30am I bangun, kejut suami paksa dia panggil I baby pastu suruh dia wish birthday I. Haha.

-EnD-

4 comments:

SexyHippo said...

Oit~!!!!!!!!!! Kate tak suke kaler kuningggggggg~!!!!

shooter said...

oi apsal gambar ko clear pulak ni? slalu blur....ko dah beli henpon baru ke? tak mungkin

Chooyaya! said...

sexyhippo : tu oren la.. bukan kuning... :p

pawie : tu kamera baru laki aku kasik sempena birthday... (tipu)

Teja Evalea said...

nanges nk abehkan bc entry neh huhu..