Friday, October 9, 2009

The Surrogates dan cerita makan di Sakae Sushi yang sama jerk...

Last week on Thursday, suami I macam ada mood melayan I untuk tengok movie... I pulak terasa macam nak redeem cupon dari GSC pasal this month kalau I tengok movie, I akan dapat free 1 teket pasal my birthday. Kira macam birthday treat dari GSC la..

Tapi Saz cakap nak tengok dekat KLCC pasal show pukul 8.30pm, kalo Pavilion show pukul 9.00pm. Bajet nak tengok awal pasal dapat balik awal. Kalo dapat balik awal, maka dapat tido awal, kalo dapat tido awal, hati pun gembira dan hidup tiada duka. Berbalik pada cerita cupon, pasal dah dia kata nak tengok kat KLCC, so I pon tinggalkan jerk la cupon GSC tu kat office.

Skali bila dia dah penat main basketball depan rumah dengan jaring khayalan yang cuma dia dengan bapak jerk yang bagi point, pastu I yang paling kalah, pastu I jerk yang paling pendek, pastu I jerk yang tak reti lompat and buat slamdunk wtf ker menda ntah. Pastu sakit hati lagi bila bapak dengan suami buat lakonan macam mana perempuan main netball, terus I masuk rumah, buat ice-blended mango 3 gelas. Orang ada 4. So, dorang 3 orang pandai-pandai la share air tu.

Saper suruh ejek2 I main netball, dah tu kalo I kunon-kunon gol pon dorang sepakat kata tak gol, pasal apa? Pasal I lompat macam retard adn tak kena dekat point khayalan tu. Fine. Haha. tetiba emos pasal sebenarnya tak best la main dengan lelaki. Dorang suka buli. Dah la I memang azali pendek dari suami. Dah tu, kalau Saz tinggi 5'11, bapak 6 kaki, I nak 5'11 jugak la? Dah macam pasangan giant.

Sooo... Berbalik kepada cerita tiket dan cupon yang tak penting tadi tu, cuma nak bagitau yang akhirnya kami tengok show pukul 9.00pm dekat Pavilion jugak. rasa rugi pulak tak bawak cupon tu balik..Tsssk...

Kenapa ntah sekarang KLCC tu macam tak cool. Pavilion jugak yang best. Padahal nak pergi sana lagi jauh dan kekadang jem. Mungkin pasal Saz boleh makan sushi sambil isap rokok kot? Alasan.


I kasik 3.586 bintang out of 5 bintang. Ok la cerita ni. Pasal manusia robot yang giler dramatik dan nampak macam real pastu kiter takyah keluar kerja, dok rumah sambung wayar kat kepala pastu biar robot yang buat kerja sampai robot-robot tu boleh make love jugak. Manusia macam tadek function lagi. Yang terpaling best, kiter boleh jadik siapa pon yang kiter nak. Sah-sah la robot semua pun cantik, rambut belah tengah siap rambut rebonding and perm, body solid molid and semua orang gemuk macam I pun pupus. kalau macam tu, Mungkin Jus Herba Mate5 dah tak laku lagi.


Kalau la benar robot macam ni wujud 10-20 tahun akan datang, I memang takot. Asal menda tu bukan manusia dan binatang yang bernyawa, I memang takot. Kadang-kadang I jugak takut kalau bear atau patung boleh berjalan dalam rumah. Tu pasal dari kecik I memang tak main la Barbie semua tu. I main masak-masak dalam tempurung jerk. I selalu fikir, macam mana kalau Bear/Barbie tu tetiba pandang U pastu mintak makan. Serraaammm....! Memang I lari tak cukup tanah.


Suami serius menunga soyu didalam piring kecik dengan muka tiada ekspresi dengan tajuk, 'Suami Tiada Ekspresi Muka I'


'Suami Muka Tiada Ekspresi II dan saksikan dagu 2 yang hebat itu' - Ok la, nkorang cuba teka kami light dinner kat mana? Saper dapat teka I kasik hadiah misteri.

Dah la, tak payah teka. Mana lagi kalau bukan Sakae Sushi. Menu pun sama jugak. Apa lagi kalau bukan hana maki, salmon sashimi, teriyaki ciken don dan kakiage. Sampai terasa nak cakap kat waiter, 'macam biasa yer?'. Ceh!

Tetiba ada star kat dada. Bajet cool la?

Kali ni dalam cinema, suasana ok. Semua orang pon behave dan tiada gangguan penglihatan dan bunyi-bunyian. Tu yang rasa movie ni enjoy jerk. Pergi la tengok kalau ada masa. Memang sekarang ni tak ada movie yang best-best la. Ada kawan cakap, Papadom not bad. Tengok la kalau suami (comel jerk panggil saz suami) ada masa nak melayan, minggu ni tengok Papadom pulak.

Sekian laporan dan ulasan filem terkini. Kiter kembali ke Angkasapuri.


-EnD-

7 comments:

BULLET said...

baik g tengok papdom. layan sampai mate ni bergenang air mate. bukan nangis la, tapi gelak yang teramat sgt. bile nak follow ni. tipu jek

Chooyaya! said...

pasal review page bullet la buat terasa mcm nak tgk cerita papedom ni jugak.. sorry eh? kenapa ntah my net conncetion ni... nak follow jerk, computer hang.. tapi kiter dah mmg save dalam favorite page bullet.. :)

Liyanaroxx said...

kak sue..kalo tetiba robot-robot tu tukau jadik ABANG KATAK...agak-agak kak sue mandi dalam sinki lagi tak?hahahahaha...ok,pasnih kak sue leh jadik pengacara rancangan FILEM MINGGU INI BERSAMA CHOOYAYA okeh...class ar review filem...trus rasa nak pi tgk!=p

Chooyaya! said...

tetiba i rasa gedik plak 2 2 gambar yg i taruk kt atas tadik. terteleng kiri terteleng kanan muka. mcm haper jerk... hahaha

liyana : kalau robot-robot tu jadik abang katak, ko ingat kaksu tak boleh bertukar menjadik resaksa gorgon la.. kaksu fire la semua katak tu sampai keluar darah alien kaler hijau. amacam?

Filla ~ Kasih Aleeya said...

aku ni mmg citer kalo robot2...wayar2...futuristik..bombastik..mmg aku tak suker! tp kalo ko ckp dia robot yg leh main.. yer yer..aku nak tgk!!! huahahaha...
eh tetiba tekak nak mkn sushi plak..ko arr ni!!!!

redghost said...

walaupun entri pasal review movie, berjaya ko selitkan unsur-unsur kemakanan.... teruskan usahamu. usaha tangga eskelator kejayaan

Chooyaya! said...

filla : ces, ko memang perempuan gatal.. asal ada main, musti nak tengok. errrr sama la macam aku. hehe

pawie : pawie, terima la eh? tu memang trademark aku. makan makan makan. okeh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...