Friday, October 23, 2009

Ibadah Korban & Akikah

Maksud Firman Allah SWT
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah”Al-Kauthar : 2

Maksud Hadis Rasulullah SAW
“Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu ia menyukai untuk membaktikannya (mengaqiqahinya),maka hendaklah ia melakukannya”


Assalamualaikum… (Tetiba kasik salam, padahal sebelum ni tak pulak)

Hari ni I nak cakap pasal ibadah akikah dan korban. I nak cakap pasal menda ni pasal baru kejap tadi I call Mak Pahang, dia cakap nanti Raya Haji dia nak balik Johor. Pasal dia nak buat korban dekat sana. Mak cakap, Usu Julie (My Auntie yang dekat Singapore) bagitau lembu yang dia nak buat korban tu dia dah tengok. Gemuk dan tembam sangat. Kulit dia hitam dan berkilat.

Pastu I pon tanya dekat mak soalan, bajet mak I ustazah yang grad dekat Al-Azhar.

The Conversation

Mak, apa beza akikah dengan korban yer mak?

Mak : Entah la dik… Mak taktau sangat.. Kang kalau mak jawab kang salah, dosa pulak mak. Dah la mak penat ni, anak ayam yang Abg Long kasik dari Endau tu kena hambat dengan kucing.. Bodoh la kucing tu, anak ayam pon nak makan… Buta ker apa ntah.. Menyusahkan mak pulak, dah la kat umah sebelah ni ada babi sesat. Aritu masa nak pergi terawikh masa bulan puasa mak jumpa dengan abang babi. Bila mak tak suluh, dia lari. Bila mak suluh, dia datang dekat mak. Mencicit mak lari. Pagi tu, Cik Pon (jiran sebelah rumah) nampak adik dia. Tu adik beradik babi la tu. Sorang abang, sorang adik.

Yer ker? Mana mak tau dorang adik beradik?

Mak : Ntah… Mak agak-agak jerk. Hahahahahha… Adoi…. Penat la mak, macam kurang kerja pulak nak pergi carik anak ayam ni. Tu yang mak malas nak membela binatang takot menda macam ni la jadik. Menyusahkan betul lah! Dari pagi mak carik tak jumpa. Makan pon tak lagi ni.

La…. Yang mak lepaskan menatang tu kenapa? Dah tau kecik lagi.

Mak : Tu la, anak ayam tu dah terpisah dah. Aritu elok dua beradik jalan sama-sama. Alih-alih dia dah tak kawan pulak. Tu yang sekor kehilir, sekor ke barat.

Gaduh pasal apa?

Mak : Entah, berebut Jantan kot? (diam dan berfikir sekejap) Yang ko tanya mak ni kenapa? Mana la mak tau…

Hahahahah. Mak tu la. Orang tanya pasal korban dengan kekah, mak cerita pasal ayam

Mak : Hahahah… Apa tadi ko tanya?

Beza akikah dengan korban la… Ishk.. Lain kali kalau I cakap, U focus tau? Focus focus! Hahahahaha

Mak : Hahahahha.. Jap jap… Adoi, semput semput…

Rolling eyes sambil gelak dalam hati

Mak : Dulu, masa mak dekat Mekah. Ustaz kat sana cakap, kalau korban tak boleh buat untuk orang yang dah meninggal. Boleh untuk orang hidup jerk. Tapi akikah kalau kiter nak buatkan untuk orang yang dah meninggal boleh. Ko dengan mak jerk yang tak buat akikah lagi dik. Dulu masa 3 tahun lepas masa buat kenduri tu dah buat dah untuk ayah, kaklong, de semua…

Ooooo.. Yang satu ekor boleh buat 7 bahagian tu eh mak?

Mak : Ha ah. Yang Kaklong cakap kena sembelih lembu besar pasal takot nanti tak muat nak naik ramai-ramai. Kalau lembu kecik, takot bersempit-sempit.

Yer la.. Yang Kaklong cakap dia cop nak naik paling depan. Dekat kepala. Pastu ayah dekat ekor tu… Hahahah… Boleh cop-cop ker mak? Macam tu kesian la kat ayah, duduk paling hujung. Dekat ekor. Boleh jatuh kalau himpit-himpit

Mak : Hahahahahahahahahha. Yang ko tanya-tanya mak ni kenapa? Tanya la ustaz ker, ustazah ker… Mak taktau sangat. Dah. Mak nak carik ayam. Klik.

Ceh! Siot jerk.. Tak sempat I nak kasik salam dia dah letak… Kesian kat mak. Mak dengan arwah ayah kalau dengan binatang macam tu la. Ayah dulu, ayam siap naik atas badan dia. Pastu jangan harap dapat sembelih. Asyik-asyik telepas jerk. Walaupun petang sebelum nak sembelih tu, kami dah kurung dalam reban. Pagi tu tengok, pintu yang dah kunci (dah kunci okey? Bukan sandal guna kayu) terbukak. Tau-tau dah siap beli ayam pencen kat kedai, ayam yang kena kurung tu muncul jerk… Ayah… Ayah… :)

Anyway ni sedikit info pasal Korban & Akikah

· Kaedah melaksanakan kedua-dua ibadah ini hampir sama dari segi hukum dan syarat-syaratnya walaupun terdapat beberapa perbezaan.

· Ibadah korban bertujuan untuk membersihkan diri mereka daripada melakukan dosa, manakala akikah adalah sebagai tanda menyambut kelahiran bayi.

Dah la, klik jerk kat sini. Korang baca sendirik http://aisaralex.blogspot.com/2007/12/korban-dan-akikah-bolehlah-disekalikan.html

Ishk, buruk benar rupa lembu ni... Lembu ker vavi ni? Dah macam rupa vavi pon ada. Suka jerk nak kasik I confuse la gugel ni.


Nampak tak yang kepala teleng-teleng macam gedik santai manja-manja ayam sebelah Sazli tu? Tu la Usu I. Usu Julie.. :) Yang manja-manja nak rapat-rapatkan muka dekat I tu, my mom. Dia kelakar sangat. I banyak jangkit dari dia la sifat-sifat humor tu.
Ha, pastu yang pengantin tu, nama dia Suraya. Dia tu senteng sikit.. Haha


-EnD-

5 comments:

Anna said...

hahahha...lawaks ar mak kaksu..
i kenal mak dia tau..memang kelakar orangnya dan sempoi.. tiba2 i terindu nak jumpa dia..i masih ingat lagi i tunjuk tarian kipas kat dia...lepastu dia cakap i ni gile...hahahhaha m

BULLET said...

kenape xleh korbankan ayam ke? kenape kene lembu?

Sebab lembu leh naik ramai2...ayam mane boleh...kang tegolek plak ayam tu ngan korang...tau x...

sekian, jangan biarkan anak anda makan bolagop

Cik Cookie said...

mak Cik Cookie pun dah ty pasal lembu nak korban.

FdausAmad said...

Salam,

Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.
rilek rilek.

Selambe..

:: Miss Naddy :: said...

hahhaha kak su mgaku senteng...hehehe kak su i terpikat sguh dgn lembu berwjah ala2 vavis itu....hahahaah kuit~~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...