Thursday, October 22, 2009

Papadom? Sumpah Best!

Dengar sini orang kampooooongggggggg...!!!

Ishk, menggeletis dah sangat I sekarang ni.. Terasa macam cibet betul punyer eksaited nak cerita dengan nkorang how wonderful and bestnyer cerita Papadom ni sampai I terasa macam kalau boleh nak tengok 3 kali and nak lekat poster di seluruh Malaysia besar-besar supaya semua orang tengok cerita ni. Memang I paksa U all tengok pasal I nak share the excitement. Tak kira... Nak jugak!

Pergi mems dengan orang yang cakap 'Eeeuw, im not gonna watch Malay movie at cinema or eeeeeuwwwwwwwwww malay film? No way!

Clap clap clap. I kasik standing ovation bila film ni tamat. Bukan I sorang guys, tapi whole cinema ok? Full house!

No wonder la Papadom ni jadik filem terbaik masa FFM yang lepas. Mula-mula I antara nak taknak jerk masa tengok review filem ni pasal sesungguhnya I terasa selepas Jasmin Ahmad meninggal dunia, dah tak ada lagi dah pembikin filem di Malaysia ni yang boleh dapat menandingi karya Allahyarham.

Afdlin Shauki memang brilliant. Sumpah I proud of him sebagai rakyat Malaysia yang muhibbah dan mencintai makanan jepun, eh tak tak.. Yang sekarang ni bersemangat Satu Malaysia pasal berjaya buat satu panggung gelak sepanjang filem ini ditayangkan and semua pun batuk-batuk pasal cover macho baru lepas nangis masa nak ending filem ni.

Ni la kasih sayang bapak kepada anak yang disampaikan dengan cara paling best, tak boring even I langsung tak menguap. Yer la, kadang-kadang I selamba jerk tido, makan cekodok dengan sungguh-sungguh, main guli siap skipping kalau filem tu bosan. Ok la. Memang I tipu. Tapi I terasa macam nak buat semua tu.

Afdlin, Liana Jasmay, Norkhiriah memang awesome! And I tak sangka Farid Kamil, Que Haidar and Scha Al Yahya pun boleh berlakon best giler, real and sangat menghiburkan. Dulu I rasa, kalau filem tu nak laku, pelakon dia mesti la penyanyi. Kalau tak, orang tak layan.

Melampau tak kalau I cakap, saper yang tengok filem ni ialah orang-orang yang bijak and siapa yang tengok filem razak baginda, yusof chong, momok the series, guli dan tapai seumpamanya hanya membuang duit? Kecuali kalau dalam filem tu kawan kiter berlakon lain cerita. Eh eh eh. I takot Poja dah taknak belanja I makan kat Chilis la. Haha

Norkhiriah ni memang berbakat la. Dah la comel giler, rasa nak lempang muka dia pasal comel sangat masa jadik hantu pocong yang ajar manusia mengucap. Sumpah kau comel!

Saadom. Cool. Dah la nama saadom, jual papadom pulak tu. Memang kena la. Dah la bulat montel rasa macam nak buat belon dekat perut dia. Eh gatal. Diam ah!

Kena jerk bila Afdlin berlakon dengan Liyana Jasmay. Dah la natural jerk dia berlakon. Konti tak lari. Tak payah nak berangan mekap tebal-tebal sampai masa tido pon pakai bulu mata pelsu. Memang potong stim lah kalau macam tu.


Kau punya pasal la Afdlin, habis filem ni I dengan Intan terus lapar nasik kandar. Papadom dia gemuk-gemuk macam tuan dia jugak.

Salah satu scene dalam Papadom. Dom & Mun. Mak ayah kepada Mia Sara. How Afdlin garap this film sampai langsung takde ruang untuk boring atau nak kencing atau lapar atau... Dah! Takde atau atau lagi!


Jadi.... Kepada sesiapa yang tak tengok filem Papadom ni lagik, mari la menyerbu beramai-ramai ke pawagam-pawagam berhampiran anda untuk menyaksikan filem ini dan I promise, kau takkan menyesal. Sungguh!

Hehe. Lepas habis tengok movie, I dengan Intan terus la makan. And guess what? Kami makan nasik kandar dengan Papadom!


Intan dalam aksi candid penipu. Padahal purposely pegang papadom ni and buat-buat pandang langit.

Ni la ketama kali dalam hidup I enjoy makan nasik kandar sampai tahap macam ni.. Semuanya kerana filem PAPADOM


-eNd-

11 comments:

Liyana said...

mmg best gelak tak hengat,bajet takde nak cover2 dah masa gelak tuh!!sampai sakit perut ar ketawanya...skali baru TERSEDAR yang masa tuh pi tgk wayang dgn BF...musti dia MENGUCAP panjang tgk perangai liyana masa tuh kak!=p

Ib Mohamed said...

i sumpah gak memg best! hehe... sirius... sye suruh semue org tgk, tp yg memg takkan tgk cite malay tu, just GTH! tak kesah pun... taknak sudah kan... hehe... janji yg pegi tgk tu mesti puas hati...

*shukor kate bangun...*

BULLET said...

memule sekali nak panggil chooyaya ni kak su...hahaha..bagi terase dah berusie skit...lalalalalala

kak su, mmg best la citer ni...sape xpegi mmg rugi beb.ape la sangat sepo inggit kalau nak dibandingkan dengan gelak ketawe dan pengajaran dalam citer ni kan...tol x? ( sile angguk sekarang kak su )...

kak su setuju x kalau bullet cakap part yang last sekali tu yang paling best? ala part yang liyana ngan que tu...( sile angguk sekali lagi )...

bagus2...

Chooyaya! said...

liyana : ha ah, kaksu pun bantai gelak macam haper jerk. cuma potong stimada family yg bawak anak umur 3 tahun, pastu jerit2 n lompat2 kt tangga. distracted.

ib : shukor... shukor.... i nak check qc u ni.. haha. dah la kompiden jerk. harun salim bacik mmg siot jerk. 'dah la tu, jgn beremosi sgt dgn tanah)

bullet : owh, ko mmg gatal eh bullet? bab2 stim jugak yang dia suka tengok. hahaha. tu mmg part siot la.. hahahahha

Cik Cookie said...

laparlaa plak

Filla said...

eii ni yg aku malu nieee... aku malu sbb mak aku dah gi tgk kat wayang... betapa advance nyer mak aku!!! aku ni citer papadom pon tatau.. papadom yg makan tu aku tau arr.. bebaru ni baru aku tau biler dah kecoh ckp papadom best!!! dah tu biler nak date ngn aku tgk papadom? leh kite mengumpat, begossip..huahahahahahaha... i like till i cry!!! hahahah

NOrmala Othman said...

1st time semalam i baca blog u..serious, terhibur gile baca ayat u..pasni confirm i tertunggu2 u punya post terbaru macam i tertunggu2 post terbaru Hanis Zalikha..best..best...anyway, lupe nak tulis, salam perkenalan choyaya..:)

i tak pandai berblog, cume pandai baca org punye je, itupun yg best2 jek..hehehhe

Chooyaya! said...

cookie : ceh, kalo baca blog i sure ingat makan eh?

filla : ko la, balik ampang tamao kasik aku.. jom2. sabtu nih kuar sama nak? makan2... anything u know where to find me. i cry no stop. haha


normala othman : terima kasih. bye. haha. terus bye pasal malu pulak cik mala ckp mcm tu.

LyndaHayat said...

aah..sue..mmg bes gile..aku sampai amik mc las friday..bwk anak2 aku skali g tgk..pasal anak aku yg girl nama mia..tu yg saje bwk dia..sampai aku hasut membe aku(lain opis)..mc skali..hahah..dia sggup amik mc walau da kul 3 ptg..smalam cikgu anak aku(adam) citer kat aku dia tanya nape adam x dtg skolah..adam jawab saya g tgk wayang cikgu..adoss!!

RIZZNA said...

Filem Papadom mmg best. Guess what bring me here?

CiM sdg dlm usaha menyiapkan tugasan mengenai filem yg mempunyai unsur2 kekeluargaa, perasaan, perhubungan, pertuturan & komunikasi. and I choose Papadom.

Mohon share info yeaaap

Chooyaya! said...

Cim : alamak. Takat review budus mcm ni kiter reti la. Haha.