Friday, October 9, 2009

Abang Katak

Macam ni la lebih kurang rupa Abang Katak dalam toilet I pagi tadi . belagak sungguh muka dia!

Katak is the most minatang yang I terpaling takot selain dari ular dan makhluk yang menggerutu atau yang berair dan licin dan menggelikan. Kalau lipas tu kurang la takot. Tapi Yatie paling takot lipas. Dia panggil lipas tu 'karim'. Memula dulu bila dia cakap, 'Su, rumah kiter banyak Karim la...' Sumpah I blur selama beberapa menet. Lepas dah lama-lama baru I paham Karim tu ialah lipas. Sian kat orang nama Karim.

Minggu lepas, time I dah separuh mandi, I nampak adik katak. Dia tecit jerk lagik. Walau dia tecit tapi dia tak comel pasal dia adalah katak. Tapi I dah menggelupur pasal I mandi macam zaman dulu-dulu. Cuci muka and gosok gigi bukan berdiri mengadap cermin, tapi I suka mencangkung. Bajet macam mandi tepi perigi guna timba la. Baru rasa cool dan segar.

Skali tu, I ternampak adik katak... Terus I lompat masuk dalam tong air besar tu. Pasal dalam toilet yang I guna tadek kolah. Sumpah I terkejut and tak sangka and I fikir balik, selama ni ntah-ntah masa I mencangkung berus gigi, katak tu ada kurang 1 inci jerk dari belakang I... Eeee... gelik...!!!

Masuk-masuk bilik, terus cakap kat Saz. Dia cakap, I punyer perasaan jerk pasal mana boleh katak tu masuk dalam bilik air. Pasal toilet ni kan kat tingkat 2. Dia tak larat nak panjat. Pastu I cakap kat dia, kalau lepas mandi, tutup la salur air tu... Nanti katak naik lagi... Lepas 2 3 hari, adik katak tak muncul. So, I beranggapan mungkin benar kata Sazli. Mungkin imagination I jerk kot adik katak tu..

Tetiba, pagi tadi masa nak mandi, I nampak abang katak pulak betul-betul dekat lubang salur air tu... Dia pandang I, I pandang dia. Pastu I amek air, I jirus katak tu kasik dia jatuh dalam lubang. Tapi dia bergerak sikit jerk and dia pegang dekat penutup salur air tu. Bila I jirus lagi, dia marah I. Dia kepakkan badan dia and buat-buat besarkan badan dia macam katak mengandung bajet I takot la... Elleh, hei si katak, tu jerk ke yang ko ada??

Cewah, bunyik macam belagak dan tak takot. Padahal I dah terlompat-lompak pasal geli buntot. Skali katak tu nak lompat dekat I. Dia marah la kot.. Langsung I buat-buat nak baling dengan botol shempu. Pastu dia kebelakang sikit.

Budoh la abang katak ni, I nak mandi pon tak senang... Pasal I geli dengan abang katak, dan jam dah pukul 6.40am serta tak ada masa nak kejut Sazli bangun atau dia malas nak layan I bergaduh dengan abang katak, maka I mandi jugak. Tapi betul-betul kat tepi pintu. I memang pandang jerk abang katak tu. Kalau dia gerak, sumpah I mandi dalam sinki. I tak peduli walau badan I besar anak gajah.

Akhirnya I selamat jugak mandi walau terasa tak puas. Ni semua abang katak punyer pasal. Bila Saz bangun nak guna toilet, dia tanya I, kenapa bancah sampai kat pintu, I cakap, memang I mandi dekat pintu pasal takot kat abang katak. Pastu dia gelak jerk. Cis! Langsung tak simpati kat I.

I memang saspek abang katak dengan adik katak tu. ialah minatang yang sama. Dia dah membesar. Kalau minggu depan dia ada lagik, mungkin dia akan jadik Mak Katak pulak. Sumpah kalau ada Mak Katak dalam toilet lagi minggu depan, I mandi dekat sinki. I tak kira! Dulik!


-EnD-

19 comments:

Liyanaroxx said...

KATAK???alamak...kita pun takut dgn katak...eh silap..bukan takut,geli jerk!! *padehal takut,tapi tetap takmo ngaku* =p

BULLET said...

ni same la dengan wife bullet. ngan katak mmg xleh. ape2 ntah. hampeh tol

yatiyahya said...

memula adik katak, pastuh abg katak ..last2 jadik mak katak...adakah sang katak membuat trasnformasi jantina?
sila namakan katak anda....

redghost said...

aku 1st aku 1st

*tak baca lagi entry tapi komen dulu ye*

Anna said...

kaksu dah kalah banyak dalam entry abang katak sebab kaksu dah cakap magic word kita iaitu "BET" banyak kali..bluerk

Chooyaya! said...

liyana : mana2 perempuan kompem takot dengan katak. takot/gelik sama jerk... eee.. bayangkan la katak tu lompat atas badan.

bullet : perempupuan setendet la takot katak. bullet takkan tak geli kot? berani ker pegang katak?

yatie : tu katak bapok. memang dia tukar jantina. haha.katak kiter dama salleh, tp bila jadik mak katak, nama dia jadik sally. ok tak? yatie yatie.. dalam toilet kiter ada sally.. best tak?

redghost : malangnya engkau yang keempat.. muahahahahha

anna : ala, kalau penulisan tak dikira la intan. kang nanti semua orang pon tak paham mcm mana nak baca

redghost said...

cis no.4 rupenye. time ko tak betol ar...

wei anna...kalo nak sembang masuk MIRC la

redghost said...

ala....ko confirm kan aku lambat.patot la no.4... ape ni kene approval2 pulak ni. ni yang gua panas ni

Chooyaya! said...

redghost : hahahaha.. ko lambat....

redghost lagik : terpaksa la pawie, blog aku nih dah ada yang membenci dan kasik komen2 yang buat aku kecik hati... kang jatuh la reputasi.. hehe

redghost said...

+membenci+
betol2...ko kene jaga reputasi ko. lagi pon rating ko skang makin jatuh semenjak ramai budak baru fresh2 masuk sini. hahahaah....kalau tak salah aku rating ko skang jatuh ke 250/263. (jangan kecik hati) hahahaha

Chooyaya! said...

aku tak kisah.. pasal aku dah kawen.. wek wek!

LyndaHayat said...

hahah..sue..blog ko amat menarik..cerita katak..pun bole..!! story tahun2 lepas pun ko bole citer lg...kalau aku kompom x hengat..

Filla ~ Kasih Aleeya said...

AKU TAKUT KARIMMMMMMMMMMMMMMM.. eh karim ke lipas??? hahaha...
tp letih ar gelak baca entry ko yg nie.. bengong... nak join mandi ngn ko kat singki boleh tak? mesti comel kan kita... hahahah

Chooyaya! said...

filla : Karim aku ok sikit... tapi katak, eeeuwwww... aku tak paham ada bangsa yg boleh makan katak. yucks! ko kalo nak join mandi ngan aku dlm sinki kena mengucap awal2, aku takot kiter sama2 kena hempap dgn konkrit pasal aku badak, mmg amat berat. ko keding takper la..

✖sLap mE pLz!™✖ said...

leman hensem b'bju hijau huhu..
leman=katak..

Chooyaya! said...

slap me plz : (tanak tanak) : ha, leman ada kat rumah awak tak? kalau ada. kemslm kt dia.

cookie devine said...

Puan Yaya,
kalau katak tuh Prince Charming mcmn?

Cik Su said...

mandi dalam sinki..hehehe..tak boleh blah

Lis Malisa said...

katak mmg terpaling takot didunia... 😵😵😵😵😵

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...