Wednesday, November 11, 2009

10 bintang untuk CUCI the musical

Sabtu haritu, hubby belanja I tengok Cuci The Musical dekat Istan Budaya. I mula-mula macam ragu-ragu nak pergi, pasal sumpah. Tiap kali I pergi Istana Budaya, I mesti tidur half way. Siap dengkur and bawak shawl awak-awal pasal memang I plan nak tidur. Ingat nak bawak bantal, tapi terasa melampau. Ok. Tak jadik.

I tidur bila tengok Ronggeng Rokiah, The Red Kebaya & jugak Lantai T-Pinkie. I sangat kasihan kepada mereka yang bersungguh-sungguh berlakon tetapi taktau kenapa, I memang tadek kekuatan untuk membuka mata langsung! Macam kena pukau. Eh. yer la. I rasa I kena pukau la.

Tapi.... Jeng jeng jeng!

Bila tengok Cuci The Musical, mata I sentiasaaaaaaaaaaa terbukak, gelak macam Istana Budaya tu I yang punyer excited nak tunggu dari satu babak ke satu babak. Kenapa? Pasal serious Awie, Ac, Hans & Afdlin semua best. Awie comel sangat selalu buat lawak ad-lib. AC memang pandai menari, Afdlin jangan tanya la, dia memang best dan Hans I memang kagum dengan semangat dia nak buat Cuci The Musical ni.

Semua orang pon kasik standing ovation bila show tamat. I tak sangka Vanida Imran pandai nyanyi dah la hot pakai liptik kaler merah sampai I silau. Adibah Nor pulak sangat kelakar bila pakai wig bajet nak jadik tina Turner tapi tetiba jadik Sahara Yaakob. Haha.

Dish dish. Nyesal tak tengok awal-awal supaya dapat promote teater musical ni pada orang lain dan kongsi excaited. Last week dah tamat dah pon. Tapi takper, I dengar cerita, panggung sentiasa full.

Kau orang punyer pasal sampai urat kentut I putus. Nice.

Tengok? Punyerla ramai umat manusia nak datang tengok. Rasa macam semangat 1 Malaysia pasal ada India dan Cina pun tengok teater musical ni. Pastu I terus nyanyi lagu Negaraku dekat sini. Ok. Tu I tipu.

Pasal Saz nak sangat tengok bro dia si Awie tu dekat-dekat depan mata, dia pon beli tiket yang RM153 seorang. Memula I rasa macam adoii.... Kenapa la tak beli yang RM60 jerk? Tapi bila puas hati, terus terasa worth it. Saz jangan cakap la, mata dia kejarrrrrrrrrr jerk mana Awie pergi. Ishk. Gay ker haper? Haha.

Walau I benci kuning, tapi pasal nak sama dengan uniform team Cuci. Terus I pakai. Saz dari jauh masa nak capture gambar cakap, 'U U.. Lekas berdiri sebelah Awie'. Ok sayang, Ok. Sumpah I malu pasal depan ni ada la dalam 20 orang nak tunggu turn amek gambar.

Teddy bear kesayangan yang bila kena gigit sikit act macam kena sepak. Penipu.


TQ sayang belanja I kali ni, lain kali I belanja U pulak, lepas tu U bayar balik okeh? Yang macam biasa I buat tu. Haha. Sian, walau badan besar, selalu kena buli dengan I, tapi kadang-kadang dia melawan balik, sekeh kepala I siap keluar api.

Congrats untuk team 'Cuci The Musical'. You guys memang hebat except I meluat tengok penari-penari lelaki yang pakai all pink and macam bapok retard. Tau la pandai menari, tapi dressing tu agak-agak la. Muntah aku!


-EnD-

5 comments:

Filla ~ Kasih Aleeya said...

walau badan besar, selalu kena buli dengan I, tapi kadang-kadang dia melawan balik, sekeh kepala I siap keluar api

hihhi... aku suker la statement ko nie... bestnyer aku bygkan sekeh sampai kuar api.. power giler!!!

Filla ~ Kasih Aleeya said...

eh lupe, psl theater ni..mmg mcm best!!! tp takder pon laki aku nak ajak aku??? menci dah ler tiket mahal... naper ko tak amik video dari start sampai abis..leh tnjuk kat aku.. takyah aku gi istana budaya...

Chooyaya! said...

filla : memang siot, dia suka sekeh aku pasal dia geram. dia ckp aku bodoh la kekadang. jahat kan?

filla lagi : ko jgn la tunggu pak radie ajak, lain kali ko ajak la dia,.... sah2 la dalam tu tak boleh amek gambar ker video ker, ada jerk mata-mata gelap standby. dasar taik idung masin!

miss hirose said...

hehehe..
lawak la ayat kak suraya ni..
btul2 best ek?
waaa nyesal xtgk..huhu

Chooyaya! said...

musti la best. tu la. lain kali pergi tengok ok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...