Thursday, November 26, 2009

Jalan-Jalan Ke Putrajaya

Masa weekend lepas, Mak datang KL. Dia datang dengan Aiman jerk. Pasal nak pergi kenduri jiran I masa kat Pahang yang dah pindah Kajang. Idris Asfari. Tapi I panggil dia Andong jerk.

Teringat jerk dulu masa kecik-kecik kitorang main doktor-doktor. Macam biasa la, I jadik doktor, dia jadik pesakit. Bila I ingat balik, terus I rasa gelik nak mampos pasal macam mana I boleh main pondok-pondok dengan budak lelaki pastu kadang-kadang kami mandi sama. Eeuuwww!

Dulu dia selalu cakap nak kawen dengan I. Tapi kalau I dah tadek siapa yang nak lah. Ceh! Sibet sungguh la Andong ni, cakap macam I tak laku sangat jerk. Nasib baik I dah kawen. Pheeew.. kalau tak I kena kawen dengan ustaz pucuk muda pulak tu

Tapi I rasa, isteri dia sekarang memang sesuai la dengan status dia sebagai seorang Ustaz. Hehe. I jenis loncat-loncat, tak sesuai dengan dia. Fine.

Padahal tadi nak cerita pasal pergi Putrajaya, tetiba tercerita pasal Andong pulak. Dah. Malas aku nak letak gambo ko kat sini pasal ko tak hensem. Eh tak tak. Pasal tadek chance nak ambik gambar sama pasal wife dia asyik jeling-jeling I. Penjeles!

Kenduri tu kat Kajang, so otw balik dari Kajang kami singgah la kat Putrajaya. Mak yang request nak datang sini pasal dia cakap, dah lama dia tak datang. Last dia pergi masa Arwah Ayah ada lagik, tak silap I masa tu Ayang darjah 4, sekarang dia dah Form 3. bayangkan la, punyerla dah lama dia tak datang.

Mak asal nampak bunga gemuk-gemuk jerk, terus jeles. Pastu marah-marah kenapa bunga dia tak gemok macam ni.

Ok. I nak dedahkan rahsia I. Nama bunga ni apa I tak sure, tapi yang pasti masa I umur 5 tahun dulu, I pernah kena masuk sepital pasal secara tak sengaja memasukkan bunga ni dalam lubang hidung masa kusyuk tengok orang main galah panjang sampai hidung tersumbat sampai hampir mati pasal tak boleh bernafas. Kretif kan? Kagum dengan diri sendiri.

I tanya mak, kenapa bawak kasut spare. Dia cakap, nanti masa nak pergi kenduri dia nak pakai kasut tinggi pasal dia kena jaga stendet sebagai Mak Janda. I taktau nak gelak atau apa. Haha. Tapi sekarang I gelak.

Ni Aiman anak De. Punca kepada sebab I call Filla pukul 7.00pm pasal nak tanya dia kat Alamanda ada KFC atau tak, pasal budak kecik ni 7 kali kot sebut nak makan KFC dekat I sampai I sendirik terliur. Cis!

Biarkan muka dia sekerat jerk. Saper suruh tak shave? Mencik!

Bestnyer masa mak datang. Hujung minggu pernuh dengan aktiviti. Hari ni mak datang lagik. Pasal nak raya dekat KL. Tak sabar nak datang rumah Kaklong kejap lagi. Pasal nak jumpa Mak!

-EnD-

3 comments:

mYpRecious said...

i gelak tak hengat bile bace yg u sumbat bunge 'oren' tu lam lubang hidung smpai nak mati tuh.. keh keh..

cam ne leh terpikir nak wat mc tu ek? kreatip dan inovatip gak u mase kecik ek.. huhu..

Sharika Lincoln said...

su aiman dah besao lah dulu ingat lagi time aku p rumah ko kt kg tu die kecik lagi kan pastu rapat giler dier ngan arwah bapa kno kan then time aiman nak berak kat toilet die bising2.....erm napa part nak berak jugak aku ingat.....

Chooyaya! said...

myprecious : tu la pasal. ntah la, kenapa i kretip sgt time tu. mujur tak mati jerk... hahahah

ika : ko bab2 tak senonoh jerk yg nak ingat eh? haha