Monday, November 2, 2009

Mengejar ayam kembali

Untuk kekawan semua yang telah mendoakan mak I sihat tu, terima kasih banyak-banyak. Mak sekarang sihat alhamdulillah dah kembali ceria bizi mengejar ayam-ayam dia macam biasa..

I sebagai anak yang dah ketiadaan ayah yang masih jugak belum ada rezeki untuk mengandung yang amat risau perkara 2 tahun lepas berlaku pada ayah, jadik pada mak pulak terus sedih giler, makan taknak, tidur kurang lena, memendam rasa risau tahap gaban memikirkan mak dan mulalah ikut perangai mak - merepek bukan-bukan.

Memang I admit I risau giler, nak pulak mak dah jahit kain batik lepas dia siap-siap. Kata dia, kasik pada orang yang mandikan jenazah dia. Siap lucut cincin semua, supaya senang orang nak mandikan mayat dia nanti. Fine mak. Fine.

I memang trauma. Trauma pada orang tua yang sakit hanya sebulan lepas tu terus jer meninggal. I takot tu... I taknak perkara tu terjadik pada I lagi. Tapi siapalah I yang nak melawan kehendak Allah. Semua orang akan mengalami nasib yang sama, cuma bezanya cepat atau lambat jerk.

Kadang-kadang I emos marah Kaklong. "Kak, ko best la kan, anak-anak ko dah besar, ko dah 40 tahun, baru ayah meninggal. Aku muda remaja, tak sempat kawen lagik ayah dah takder...". Ceh, sila beri penekanan pada ayat muda remaja. Huahuahua. I jeles pasal Kaklong lahir awal and dapat kasih sayang ayah sampai 40 tahun.

Pastu Kaklong cakap, I senteng. Ok kak. Aku senteng. Ok ok.

Sebenarnya, mak I dia alergic pada ubat tahan sakit yang dia makan. Nama ubat tu, Acugesic tablet 50mg (tramadol hci 50mg). Ubat ni doctor kasik pasal mak I sakit telinga. Ada jerawat ker haper ntah dalam telinga.

Yer la.. Dah la badan mak tetiba kurus lepas puasa, pastu makan ubat ni and terus melepek macam kain buruk, badan berpeluh-peluh. Semua menda masuk dalam perut dia akan keluar balik, muka pucat and just name it jerk semua perkara-perkara yang menampakkan manusia tu tengah sakit teruk waktu tu.

So sekarang, semua orang pergi gugel ubat ni. Fahamkan pasal ubat ni and makesure kalau ibu-bapa anda ke klinik/hospital dapat ubat tahan sakit yang macam ni, refer pada doktor dulu apa kesan sampingan kalau ambik ubat ni dan siapa yang tak boleh ambik ubat ni. Sakit jantung, alergic pada ubat, buah pinggang, sakit kepala yang teruk memang tidak boleh ambik ubat ni. Kalau tak nanti, kalau sistem badan dia tak dapat nak lawan kesan ubat ni, boleh mati yer? Bukan main-main. I cakap serius ni.

Kalau-kalau ada masa. Tepun mak ayah anda semua sekarang. Cakap kat mereka, anda amat merindui mereka kompen esok kau mintak duit kau akan dapat. Eh eh. Bukan. Cakap kat dorang, pergi buat pemeriksaan kesihatan kalau ada masa. Check apa yang patut. Bila dah tua ni, penyakit datang senyap-senyap jerk.

Haih.



Not sayang mak... :)

-EnD-

5 comments:

Lenny said...

sedih baca ur 2 last entry...alhamdulillah mak u dah ok.. syukurrrr.... btul kan. time derang ada nieh la.. kita ada kesempatan nak call, cakap rindu.. cakap kita sayang derang.. and what not..

i doakan ur mom sihat sentiasa yaa...

Chooyaya! said...

hi lenny... tq pasal doakan mak sihat eh? :)

Chooyaya! said...

hi lenny... tq pasal doakan mak sihat eh? :)

Chooyaya! said...

tapi apesal i click kt nama u, profile not available? :|

fara said...

Dengan perhatian & kaseh syg u bg...
Mesti mak u pulih sepenuhnye...
InsyaAllah...

:)