Thursday, December 24, 2009

Aktiviti Memasang Langsir

Poyo jerk, tadi baru jerk cakap see you on Monday, tetiba boleh pulak post entry satu lagi.

Ni gambar malam tadi ni dekat apartment. Balik kerja terus I shot kesana untuk memasang langsir. Siap pasang untuk hall dengan Master Bedroom jerk. Baru la I tau betapa susahnya nak pasang besi tu. Pasal langsir kami jenis railing. Dulu I ingat, masa zaman kecit-kecit, mak pasang langsir guna dawai jerk. Tak payah susah-susah nak kira kedut dia tu, belen ker tak. Haih!

Sayang dengan tekun memasang besi penyangkuk pada langsir. Masa ni keluar la vavi 2 3 ekor. Haha. Muka serius taknak kalah!

Ni langsir dalam bilik. Fabrik dia macam berat sikit, pastu keras. So langsir nampak kejong jerk. Macam kain tudung celop dalam tepung kanji. Kata Kaklong, nanti lama-lama dia nampak elok la.. (pujuk hati)

Astro pun baru petang semalam dorang pasang. Sambil layan pasang besi dekat langsir, I tengok tv. Terlupa giler nak tengok 'Cinta Balkis'. Bila alih siaran dah dekat-dekat last dah. Sakit jantung I tengok watak Mimie tu. Urrgh! Kalau aku jumpa, memang aku ludah! Haha. Emos.


Ok dah siap! Tadek apa pun lagi dekat rumah. Sofa pun tak sampai lagi.. Pastu day curtain pun tak sempat pasang. Dalam bilik lagi 2 pun tak sempat jugak. Rak tv tu mungkin akan menghuni dalam bilik jer nanti pasal bila dah pasang dan sampai dekat rumah, Sazli macam tak gembira. Gasak la sayang. Janji U happy... Aritu nak sangat yang simple.

Esok dah nak balik kampung. Officially kami pindah on 1st January. Meja makan, carpet, barang-barang dapur, comforter semua tak sempat nak beli lagi. Takpe. Nanti makan bersila jerk la. Baru cool dan semangat 1 Malaysia.

Tetiba makan bersila 1 Malaysia. Giler. Haha

-EnD-

4 comments:

-cHenta- said...

nice curtain sis....

Cik Nadia Bayu said...

kak sue. curtain daun2 itu from ikea kan?? aitu gi ikea nmpk curtain tu :). ohh aah cam same je curtain merah tu. tp kitenye kaler cm pink2 merah. kain die cm kain guni sket. huhu

Chooyaya! said...

chenta : ha ah, mmg nice. nak pasang tu sikit punyer seksa

nadia : ha ah, yang tu beli dkt ikea... nadia, mmg sama curtain kiter. merah dia mmg pink2 merah, pastu mmg macam guni. sejibik! dah tempah ker? kalo dah tempah kaksu ucapkan padan muka, pasal bila pasang, langsir tu kejong, keras giler, dahla susah nak pasang dan jugak, fabrik tu kalau tertarik sikit dia dah buruk. kena hati2 giler pasang. so padan muka pada nadia dan kaksu.. hehe

Miss Moon said...

ai like ur curtain la ...
cam celup kanji pun tak pa sebab warna dia sangat cantek