Monday, December 28, 2009

Afgan? Sam bunkface? Aqasha? Salman Khan? Just Name It..!!

Ni cerita last week, tapi sampai kesudah I tak update-update lagi. Walaupun cerita sudah agak basi, tapi I tak kira I nak jugak update. Lagipun I tak nak kecewakan Go. Dah la jarang-jarang sekali dapat jumpa dengan dia.

I harap Zack Pet yang berada nun jauh di Miri mahupun Zack Galak yang masih melekat di Perth yang selalu tak puas hati dengan I pasal asyik cerita pasal makan di blog ini jangan dengki pasal kali ni muka nkorang tadek. Wek wek! :p

Baiklah. Mari kita mulakan.

Ni semua ialah sebahagian dari kawan-kawan Sazli yang sama-sama belajar kat Perth dulu. Dorang semua sangat click dengan I sampai tahap kalau Saz nak duduk kerusi yang jauh atau selang 3 4 buah bila makan sama-sama pun I ok jerk. Pasal I ada mereka yang selalu buat muka redha bila I sakat-sakat terutamanya Acap.

I ikhlas dengki dengan Acap pasal hidung dia kecik, hidung I besar. Tapi I juga pelik bila hidung dia terlalu kecik. Fine. Mereka jugak ialah kembar kepada artis-artis yang I sebutkan dekat atas tadi.


Go - Ada iras penyanyi Afgan yang version tembam. Haha. I tak cakap eh? Ni Hadry yang cakap. I suka Go pasal dia paling suka gossip-gossip dengan I. Terasa macam berborak dengan perempuan. Best giler! Go pun tak lama lagi dah nak kawen dengan Gf dia. Nama Asma. Muka macam Fazura. Kerja Doktor. Mantap mantap.

Zareef ada iras-iras Sam Bunkface. Walaupun dia akan cakap pantat setiap kali budak-budak lain kata muka dia iras Sam tapi I tau dia suka. Pasal I tengok dia macam blushing jerk. Ececeh. Dah la peminat setia drama Nur Kasih. I tau la kenapa... Pasal... Dia suka tengok Thia! (Ok. I akan mati kalau Zareef baca ini)

Baju hitam tu nama dia Hadry, muka dia ada iras-iras Aqasha tapi juga masih version tembam. Sumpah Hadry memang terpaling comel bila dia tau semuaaaaaaaaaa drama melayu yang ditayangkan di tv termasuk cerita Cinta Balqis. I was like... OMG! Hadry! Macam mana U boleh follow semua cerita drama ni??? Watdefak!


Ok. Kalau tadi ada 2 orang version terlebih berat badan, sekarang I perkenalkan yang version kurus. Saper lagi kalau bukan Acap. Dia ni iras-oras Salman Khan version tak cukup vitamin. Haha. Anda teror jika dapat melihat lubang hidung dia.

Ajim ni fitnes instructor tau? Badan ketul-ketul. Suka jerk nak lawan perut siapa paling kempis dengan I. Dasar belagak! Haha

Nik pastinya manusia paling kecewa bila Man U kalah malam tu.. Tapi dia cool jerk walau telinga macam dah bernanah kena kutuk dengan kawan-kawan lain. Yang suami I jeling-jeling camera tu kenapa? Bajet hensem la??

Ini Fairuz. Ceh! Sangat tak adil bila obvious I takkan sakat-sakat dia dia alam nyata mahupun di dalam blog. Taktau kenapa, I rasa takot. Pasal dia selalu buat muka garang dengan I. Eh tak. Pasal dia baik dan tak pernah kutuk I. Ha...


Sebahagian dari makanan malam tu. SEBAHAGIAN ok? Yang lain mungkin dah selamat berada dalam perut masing-masing terutamanya Hadry.


Sangat lazat pisang goreng ini apatah lagi dibayar dengan duit singgit-singgit dari Go, belen duit raya yang dia tak guna. Haha. Kelakar sangat bila dia bawak keluar seikat duit singgit-singgit.

Wajib order! Chicken sandwich!



Ni semua masa I ikut Saz lepak dengan dorang dekat Rasta TTDI. Kenapa ntah suka benar mereka dengan tempat ni. Nasib sekarang dah ada DUKE. Tak la jauh sangat dari rumah I. I pulak akan mengekorrrrrrrrrrrr jerk mana Saz lepak kalau bersama dengan budak-budak ni.

Saz pon tak larat nak jawab kalau dia lepak dengan mereka tak bawak I. Mak long mana? Mak Su mana? Mok su mana? Kaklong mana???? Semua nama-nama tu, mereka yang pandai-pandai kasik dekat I. Tapi takper. I suka. Pasal I terasa cool macam eskrem Mat Cool.

-EnD-

2 comments:

galakzy said...

takde makne nye nk jeles... cheis... mkn tak ajak...

Chooyaya! said...

nak ajak macam mana... u manjang bizi jerk (padahal jauh nun sana kat perth).. 23 hb ni turun KL. gathering!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...