Wednesday, December 9, 2009

Day Go Out With Buah Hati

Ni gambar yang dah masam. Simpan dah seminggu. Tapi atas rasa kesian kat Mak pasal I asyik-asyik mintak nak amek gambar jerk dengan dia, lepas tu, dia sungguh-sungguh peluk pinggang I bajet nampak seluruh badan tapi sebenarnya muka jerk yang nampak, maka I buat entry ni khas untuk Mak.

Nanti kalau rumah kat kampung dah masuk internet dan dia baca semua entry berkasih-sayang I dengan dia ni, harap-harap dia akan kasik I duit lebih banyak lagi. Haha. Kidding. Tapi kidding jenis serius. Haha. Tak la.

I sayang Mak bukan pasal dia selalu kasik duit, tapi I sayang dia ikhlas. Wei giler ah statement, saper yang sayang Mak pasal nak bodek duit dia maka dia tergolong dalam orang cacat otak.

I tak eh? I tak. *Buat muka serius

Tapi Mak selalu gelak jerk kalau I dengan kakak-kakak cakap kena buat baik dengan Mak pasal dia ada banyak duit lebih. Haha. Nanti dia akan belanja makan selalu. Baik la Mak ni. Dah la selalu belikan I baju nampak ketiak, tapi dia warning, jangan pakai kalau balik kampung. Ok Boss!



I keluar awal sikit dari office masa lunch pasal Mak teringin makan kek ceklat sedap. Jadik, I bawak dia makan dekat Secret Recipe KLCC. Senang. Dekat dengan opis. Mak. Kenapa muka Mak dalam ni macam cikgu jer?



Mak makan ini. Tom Yam Noodle. Pastu bila I tanya sedap ker tak, dia pura-pura cakap sedap.

I makan Vietnamese Chicken Noodle yang kalau I makan, musti hirup kuah jerk. Pastu tinggalkan mee dia, pasni kalau order, cakap awal-awal, without kuah. Senang.


Choc Indulgence. Mak yang nak makan, tapi I yang lebey-lebey.


Pastu I layan mak nak beli baju la... Beli kasut la... Dan berangan company I sekarang, I yang punyer, tu pasal boleh bersuka-ria teman Mak jalan-jalan. Haha. Jangan contohi sikap I ini.

Rasa best sangat kalau Mak selalu turun KL. Lagi best kalau tengok Mak makan dengan berselera. I selalu paksa dia makan sampai dia cakap dia dah nak termuntah. Pasal kalau dia tak selera makan, I paling risau... Tapi kalau risau pun, I masih kuat makan. Itulah keistimewaan I. Terima Kasih

-EnD-

7 comments:

J u l i a 。.゜✿ said...

hehe ju selalu baca entries blog sue ni,
ada je yang yang buat ju ketawa.
entry kali ni ju tersengih
bila sue kata muka mak cam cikgu =)

pastu part baju nampak ketiak tapi kena warned jgn pakai kat kampung.

hikhik.. comel betul =)

Chooyaya! said...

yerker? tq jue.. kiter pulak teringin nak berhati bersih macam jue.. positif jerk... adore ok? macam mana nak dapat hati putih mcm jue :)

*bila tengok blog jue, suka senyum2bajet hati bersih dan terus nak jadi wanita sopan santun and tanak cakap kuat2 dan lompat2 lagi. tp kejap jerk la. paling lama 5 menet. haha

Didi Nadhirah said...

kak su mak kak su dh mcm cikgu besar yg g lunch...bersama stafnye hehehehe

Liyanaroxx said...

hallu aunty!!!ingat saya lagik x?kita jumpa masa kat jusco wangsa maju...=)

*kak sue cakap nnt nak masukkan tenet kat umah kampung kak sue kan?so musti mak kak sue baca comment liyana nih*

Chooyaya! said...

didi : mak ai, sportingnya guru besar ajak anak buah mengular... hahahhaha

liyana : ha ah, dia ingat la kat liyana. sihk, memalukan la insiden tu, kaksu serabai habes ok? jgn cerita kt orang kaksu ni gemuk tau? haha

Alejandra Amante said...

ai selalu follow entry u tau...muke mader saling tak tumpah cam muke sister u tu la...hihi :)

Chooyaya! said...

alejandra : eh eh, mana ada. i lg cun dari mak ok? haha. kidding :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...