Wednesday, December 9, 2009

Deco Deco Deco

Seminggu dua ni I dengan Sazli bizi sangat nak survey-survey barang dan beli barang-barang untuk pindah rumah. I admit, I kurang idea. Saz pulak idea dia sangat mahal. Tak sedar diri yang duhet tak berapa nak meriah. Haha.

So, selepas buat kira-kira, lepas tu tulis dalam notebook pepsi dan kira, dan tulis lagik, maka kami dah capai kata sepakat, nak beli apa yang perlu dulu.. So far yang kami dah beli ialah, TV, pastu Lemari Es, Dapur, Set Bilik Tidur dengan L-Shape Sofa.

Pastu bapak sponsor water heater maklumla I kan perempuan kampung tak sedar diri, mandi musti nak air panas and malam karang nak pergi buat langsir bilik and weekend pulak nak beli barang-barang lain dekat IKEA macam carpet, langsir hall, meja makan, partition, pasu, lampu, karpet gayung, baldi, tong sampah, sepender dan menda-menda lain kalau ada belen duit lagik.

Tadek maknanya nak beli yang mahal-mahal. Rezeki kami dapat beli barang elektrik dekat kedai Elektrik Ah Seng (ni I tipu nama kedai, pasal lupa) Water Front, Ampang. Kebetulan masa tu dia buat promotion. Harga runtuh. So, terus rembat barang elektrik yang kat atas tadi tu. Berangan nak beli dryer tapi nampaknya mungkin hanya tinggal harapan kerana tidak cukup bajet. Dia pulak buat promotion hari tu jerk, kalau tak beli nanti esok lusa harga dah lain. Cais!

Nasibbbbbbbbbb baik Saz sabar sikit and tak jadi beli dekat Harvey Norman, TV Plasma tu. Pasal kat kedai Ampang ni way way way better and murah and LCD Screen pulak tu. Cehcehceh, sekarang I dah pandai beza TV Plasma dengan LCD, Full HD ker tak, S type ker, C type ker tau? Jangan main belasah jerk. Pasal nanti takot tak value for money.

Orang yang tak senang macam I sikit-sikit kalo nak beli apapa musti, 'Sayang, izzit value for our money?' Tadek la main tunjuk and dapat jerk.. Takper... Pelan-pelan kayuh... Janji rumah ada menda basic cukup la... (Padahal I nak sangat-sangat cat dinding tau?)

Idea nak cat dinding bila tengok gambar ni la.. Sejuk jerk mata tengok bilik ni bila dinding kaler biru.. Tapi kena sabar dulu. Mana U nak? Cat dinding atau makan atas lantai? Wah... Kasik pilihan macam ni yang I tensi ni.

Masa kat kedai HomeLife. Saz tengah design L-Shape sofa kami nanti. Kat sini bagus, boleh design sendiri and buat custom tau? Ikut keluasan rumah dan konsep warna apa yang kiter nak. We decide nak go for Red+Black+White. Nasib baik rumah kecik, so guna L-Shape jerk dah cukup, kalo rumah besar kena beli one set sofa. Pastu hari-hari makan megi. Isnin megi kari, selasa megi tomyam, rabu asam laksa dan seterusnya sampai mabok megi dan mampos

Nanti lebih kurang bentuk dia akan jadik macam ni la.. Tapi warna yang berbeza. Semua idea Saz, duit Saz and kretiviti Saz. I cuma sleeping partner jerk. Haha. Eh tak tak. I ada la jugak contribute sikit. Nanti laki aku kongker tv sorang-sorang main PS dengan layan bola. Pastu I duduk dalam bilik main batu seremban. Mana aci.

Pastu kami naik tingkat atas tengok ada Set Bilik Tidur yang up sikit la dari Cavenzi. Ni kakak ni kelakar giler dowh. Baik hati jerk dengan redha terima Saz kasik deposit RM20.00. Haha. Pasal kami memang out of cash haritu. Shopping barang elektrik sampai duit cash habes. I ada RM12.00, Saz ada RM20.00. Pasal kedai elektrik tu cash and carry, tak boleh guna kad kredit.

Terima kasih kat kakak tu pasal sudi terima deposit RM20.00 tu. Haha. Dia cakap, ni la first time dalam sejarah dia bekerja orang kasik dia deposit RM20.00. I mintak kurang, dia kasik sampai RM100++, siap kasik bantak golek dengan bantal free and free delivery yang sepatutnya charge RM60 kalau Ampang area.

So, pada sesiapa yang sedang mencarik barang-barang rumah yang bukan hi-end, berjimat cermat tetapi design up sikit dari Cavenzi pergi la ke Wangsa Maju. Kedai ni betul-betul sebelah Pizza Hut, tingkat dua atas HomeLife.

I harap sangat by next week semua siap. Pening la fikir hal rumah tak setel-setel. Haih!

-EnD-

9 comments:

BULLET said...

kak su sile jangan tiru kaler tema umah bullet yang merah putih hitam tu ye...kitorg dah buat dulu...hahahahaha...pasal megi tu, megi kari mmg sedap la kak oi...tambah plak ngan cili padi skit...perghhhhhhhhhhhhh

Ieja RizaLiza said...

selamat berpindah rumah ... saya dh rasa penat lelah berpindah ni ... nanti kongsi pasal rumah baru ok !!

Filla said...

oit poms... aku mmg suker deco deco.. tp duit jek takder nak deco!! salunye kalo bincang laki bini mmg dpt sepakat ler..sbb idea aku ngn dia bih kureng..tp kadang aku nyampah gak idea kreatip stok aku x leh terima!! contoh.dia nak wall ala2 simen lantai yg tak siap tu.. ko leh terima??? hahaha.. tak dapek ler mak!!! aku doakan ko dapat 'menyiapkan' deco umah ko ngn aman damai tenteram cun melecun yer babe?!!!

Chooyaya! said...

bullet : yerker bullet guna tema tu? mana bukti? tepek gambar dulu baru kaksu percaya :p

ieja : ok, will do! tp pindah rumah yg sememangnya kosong takda apapa ni lg mudah dr rumah yg penuh dengan furniture kan?

filla : tq babe. ala, laki aku ngan laki ko kan sekapal. idea mmg banyak kalo manusia2 macam mereka tu. aku pulak, bila dgn laki aku terasa bodoh jerk pasal bila aku ckp, dia senyum jerk... mcm 'idea kau sgt tak best'. kecik ati aku tau? tp nasib baik, idea dia = duit dia. aku contribute yg bahagian takyah guna idea macam beli mesin basuh, dapur, peti ais... hahahah

Ale said...

Uish! kene senaraikan dalam list ai ni. Sebab tengah membizi mengdeko umah baru..ekeke..fining tau.. pelan2 kayuh..setuju! setuju!

Chooyaya! said...

alejandra : aik, awak pon nak pindah jugak ekr? jom share idea... nak naK?

Cik Nadia Bayu said...

kaksu, saye pon tengah pening ni nak mendeco kan umah. umah kosong sehelai sepinggang jek. duit pule sudah yillekkk. sobsob. kak su duk ampang gak eh? ampang kat ne?

Chooyaya! said...

nadia, email kaksu dekat suraya.s@felda.net.my kiter share idea.. ok ok?

Asni said...

Hampas betul servis bangla homelife wangsa maju....beli barang seminggu tunggu lori tak sampai sampai padaahal rmah i betui betui kat depan homelife tu je...penat aku time off. bangla jaafar senang senang cakap ada lori nanti i call u hantar .dia ingat senang senang aku nak duduk kat rumah menunggu lori...next time baik beli di maju home setapak..menyampah betul aku dengan bangla jaafar ni ...tak reti buat kerja balik ajelah bangla