Monday, December 7, 2009

Raya Haji Di Merbau Pulas

Masa lepas beraya dengan Mak Pahang, Kaklong sekeluarga dengan De sekeluarga dekat Bukit Antarabangsa rumah Kaklong, I terus gerak balik rumah Ampang and kami sekeluarga bertolak ke Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah. Kampung Bapak :)

I seronok sangat pasal I dapat salam dengan Siti Nurhaliza masa solat sunat Aidil-Adha dekat Bukit Antarabangsa dapat beraya pada hari raya pertama dengan keluarga sendiri, suami dan keluarga mertua.

Perjalanan memakan masa selama banyak jam kerana Bapak dan Mak seperti mempunyai habit mahu berenti di semua R&R. Contoh : Berenti buang air di R&R Rawang, pastu karang lagi 40 menet berenti nak beli air, pastu berenti lagi nak solat, pastu berenti lunch dan seterusnya sampai la sampai ke kampung. Haha.

Kami bertolak jam 11.00am, sampai di Merbau Pulas jam 6.30pm kalau tak silap I. Lepas sampai, I terus gerak pergi Kuala Ketil dengan Irah pasal nak pergi Econsave beli barang pasal malam tu nak buat BBQ. Semestilah I teror pasal cuma perap ayam selama 15 menet sebelum bakar.

Pastu kerana perasan pandai masak dan nak menunjuk terel dan skill memasak yang hebat-hebat ayam ni, sepanjang 3 hari disana, I yang kongker dapur. Pastu siap masak spagetti, sambal kicap air mata berdarah cicah dengan cendawan goreng tepung dan macam-macam lagi la masakan jawa yang I kasik depa makan. Irah sampai nangis2 pasal pedas. Haha.

I had a very gud time kat sana. Dah la beli kasut RM30 comel nak mampos siap beli satu free satu. Maka harus beli sampai 6 pasang. Kalo kat KL, mana ko nak dapat kasut kacak berharga RM30 nyah???? Hebat la Kuala Ketil. I suka. Bapak pesan, nanti kasut tu I tukar every R&R. Ok. Fine.

Masa kat Merbau Pulas, kazen2 Sazli bawak I tengok padi. Wah! Sumpah seronok pasal ni first time I masuk bendang, pegang pokok padi pastu lompat jakun-jakun pasal terasa excited giler babi. Selama ni aku pandang pokok kelapa sawit, kali ni pandang sawah saujana mata memandang, saper yang tak jakun?

Ni kazen Saz, nama dia Fizah, dengan Marsha anak Irah yang mulut sangat la petah padahal umur tak 2 tahun pun lagi. Penghibur hati I masa di Kedah. Fizah sampai sekarang tak puas hati dengan I pasal kalah masa main batu seremban. Kao fikir KakSu kodi?

Ni Irah. Pasal belakang rumah ada sawah padi, senang nak carik beras tu pasal badan tembam :p

2 budak gemuk berdagu empat kembali beraksi seperi aksi Mild Seven dengan pokok pain, tapi version kampung, maka mari terbang di sawah padi


Sebenarnya banyak aksi loncat-loncat kami, tapi cuma Pon jerk yang berjaya bagi aksi menarik, yang lain ada nampak pusat la, perut vibrate la. Langsung I segan nak masukkan kat sini. Nampak tak yang budak gemuk pakai baju hijau tu? Tu anak sedara Pon. Nakal dan kelakar sangat. Suka peluk I pastu paksa I masuk Bintang Kecil. Dah giler apa? Sah-sah la Maklong ko ni umur dah masuk 30.

Lepas balik kampung I cakap kat Saz, 'Sayang please... I dah tak boleh tengok muka U dengan misai-misai semua ni, jiwa I merana'.


Cantik kan? Nampak damai jerk....



Orang kata kalau ada buasir, petua dia bercangkung di bendang. Tu yang I buat tu. Haha


Serasa seperti minah rempit jerk yang ronda-ronda bawak motor seiringan dengan balak pastu bajet hebat bawak motor Modenas kaler merah.


Ni masa depan rumah Masi Nab dengan Paksu. Rumah Mak ayah Pon. Dulu depan rumah ni ada sawah bendang, sekarang dorang nak bangunkan kawasan ni untuk buat rumah teres ke menda ntah. Kalo dorang tipu I, I pun tipu la U all semua. Padan muka.

Paksu suka memancing. Umpan dia senang jerk. Bijik kelapa sawit. Aper la ikan kat kampung ni, tadek taste langsung. Kelapa sawit pon nak belasah jugak. Main taram jerk.

I seronokkkkkkkkkkkk sangat masa kat sana. Sazli pon I kurang layan. I lagi seronok berborak dengan Irah, Fizah, Pon dengan Apit. Semua tu kazen-kazen Saz yang muda-muda dari I. Dah la kat sini depa panggil I Maklong. Terasa tua giler. Tapi I orang tua yang tak sedar diri suka gelak kuat-kuat.

Memula sampai I buat la sopan. Jalan pon kepit-kepit jerk, gelak sikit tutup mulut. Lama-lama dah tak boleh jadik hipokrit, terus satu rumah tu suara I jerk yang dengar. Bila orang tanya Bapak, saper yang cakap kuat tu? Bapak pon cakap, 'Kalau suara deras macam tu, saper lagi... Menantu kita la..' Haha.

Looking forward nak datang lagi, next time dorang nak bawak I pergi pantai pastu sewa chalet ditengah laut. Best best!


-EnD-

4 comments:

BULLET said...

kak su ade buasir ke? ikan kampung mmg la camtu...cube bagi yang lain, sure dia xnak punye...kak su jangan plak memandai g bagi ikan tu umpan piza ke...tapi pemandangan tu mmg cantik la kak su...

Liyanaroxx said...

bestnya dapat pi sawah padi...aduhai....kalo ler saya ada kampung kak sue....=(

Rara said...

pmndgn kat sawah mg sgt mnarik kn.. :D

Didi Nadhirah said...

happy go lucky la seronon negok anyway budak baju hijau yg suh kak su masuk bintang kecil tu memang comel sungguh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...