I tak la memandang rendah pada orang-orang yang duduk rumah-rumah flat, low-cost apartment or else, tapi selalu sangat I tengok, mereka-mereka yang duduk dekat tempat-tempat macam ni, mentalitynya a bit low. Suka abuse. Dekat koridor-koridor dah penuh cop tapak kaki, dalam lift dah kena conteng, lantai kotor, pool kotor, sampah main campak jer dari atas rumah jer.
Semalam kepala I nyaris-nyaris bocor kena bekas telur yang badigol soot mana ntah main campak-campak jerk dari atas. Sibet sungguh! Pastu I tengok, management dekat sini tak tegas. Basikal yang kurang-kurang hensem tersidai ditepi koridor. Durh! Sumpah menyesakkan pemandangan mata.
Sayang sangat... Sayang pasal apartment ni baru, security guard pon siap pakai pakaian seragam, ada facilities tapi semua nak jahanamkan, dah la sewa mahal, range from RM1200 ke atas not include extra parking okeh?
Mereka tak sayang ker tempat tinggal mereka ni? Kenapa ada rasa macam nak rosakkan pemandangan dan rosakkan kemudahan itu sendiri? I yang miskin ni, terasa duit RM1200 keluar tiap-tiap bulan tu
I dapat tau, baru ada 90 keluarga jer yang tinggal disini out of 200++ unit apartment yang ada. Macam mana tu? Bayangkan kalau semua unit dah penuh? Apa akan jadik dengan tempat ni. Luckily, I tak plan lama nak stay here. Penat memang penat nak pindah randah. Saz pun dah cakap, later on kalau nak besarkan keluarga kami akan carik landed property.
Lagipun kat sini, I just sewa jerk.. So takper la.. I terima situasi yang berlaku ni pasal I bukan nak settle down dekat sini. So selalunya itulah yang I akan pujuk hati I whenever I sakit mata + sakit hati tengok keganasan dan penderaan fizikal yang dilakukan oleh penduduk disini terhadap tempat tinggal mereka sendiri. Sungguh pathetic dan tidak cool seperti eskrem Mat Cool.
Teringat masa duduk dekat Villa WangsaMas sehingga Jun lepas. I suka tempat tu walaupun guard kerek, sombong giler, kadang-kadang bau hanyir dan bajet bagus. Tak kisah la. Janji bersih. I tengok pon, tadek cop-cop tapak kaki or conteng-conteng dalam lift. Pool pun bersih giler. Ah! Bensi bensi bensi bila mengimbas kenangan lalu!
Tempat tinggal lama yang kacak dan bergaya. Tiap-tiap hari terasa seperti tinggal di Resort sahaja. Dekat sini mini market dia bersih. Tak letak pun sayur diluar premis.
Tempat tinggal sekarang yang sewa mahal tetapi penuh dengan manusia tidak bertanggungjawab. Mini market dia suka taruk sayur, penyapu dan rempah ratus diluar kedai. Sesak mata dowh!
Swimming pool lama pandangan dari koridor rumah.
Intan mengabdikan kenangan dirumah lama.
I dengan Sazli semasa shopping barang bertunang di Pavilion pada April lepas. Eh apa ni? Keluar tajuk kejap. Haha. I mestilah dengki pada Intan. Apa hal pulak gambar dia ada, gambar I takder???
Kesimpulannya - I bukan la tak bersyukur dengan tempat tinggal baru sekarang ni. Malahan berterima kasih sangat-sangat dekat Sazli pasal sangat bersungguh-sungguh nak mencantikkan rumah kami sekarang.
Lagipun tak adil la I nak bandingkan rumah lama (Condo) dengan rumah sekarang. Haha. Macam la I komplen kenapa naik kereta I, Wira Aeroback 1.3 dengan naik kereta bapak. Tapi apa yang I nak cakap, apa guna naik kereta import tetapi kotor. Lebih baik naik kereta tempatan yang absorber haus tetapi wongi dan bersih.
Kalau la penduduk tempat tinggal sekarang semuanya berfikiran sama dengan I. Haih....
-EnD-
P/s : Yup, U can say that.. And I totally agree. Just make the best of what U have k? The place might suck, so make your apartment as nice as u can make it - Message dari Nadia sebagai pembakar semangat..
4 comments:
Bukan apa kaksu ni memang cerewat dan selalu menjaga kebersihan. tapi kalau kerata kaksu, intan no comment.hahahahaha...cop2 sape naik keta kaksu sila buang habuk2 atau sampah sarap dekat tempat letak kaki tu sendiri ok(intan selalu kena buang tau) tapi orang lain takder pun kaksu suh buat macam tu.itu tidak adilllllllllll.
Pasal intan dengki, intan kalau makan selalu buang sampah dalam keta dia seperti plastik atau pamplet or kertas iklan dalam keta kaksu(jujur bagi tahu ni) tapi kaksu dapat kesan lalu dia membiarkan sampah itu sehingga memberi warning > intan buang sampah yang intan buat tu, ada dalam keta kaksu>hahahahaha..
damn it..< dapat lak dia kesan itu sampah aku>
Intan taknak cerita ker Intan suka latam-latam tilam kaksu, pastu tak reti nak kemas balik.. Haha...
Kereta Kaksu sekarang dah malas nak bersih-bersih macam dulu pasal Intan dengan Kaklong suka abuse. Buat sampah tak reti nak buang. Ceh!
aku penah dok apartment/condo yg ada sakai2 dok skali.. ko nak gi swimming dorang leh besidai tnggu aksi ko nak masuk swimming pool.. pastu ngn helmet motor skali..dia peeewiiittt2 ko.. skali tu je aku gi.. sorry ler nak pegi lagi.. ingat wat fashion show??? bangang!!! tp ko kene terima lah..kalo x leh terima.. ko kene bertapa dlm umah!! jgn keluar..sbb nanti hati kita gak yang sakit...
Uish, rempit ker? Euuwww. Aku tak suka okey? ni la yang aku cuba sampaikan ni. Nasib baik ko paham.
Post a Comment