Wednesday, December 23, 2009

Pizza Garang!

Apa la best sangat Jaya Jusco Setiawangsa sampai 2 hari berturut-turut I datang makan sini. Haih. Dah la I jugak yang kena drive, asyik-asyik I, asyik-asyik I. Dulu time Intan miskin hina tadek kereta, I consider la. Ni bila time dia dah 2 bulan ada kereta, I jugak jugak yang kena drive lagi. Hehe. Giler jahat I buli Intan lagi.

I memang kurang gemar bawak kereta. Kalau boleh nak jadik penumpang jerk. Maklumla, I kan belagak dan berangan macam tuan-tuan. Tapi kawan-kawan seronok bila naik kereta I. Pasal dorang cakap macam main game. I bukan peduli kalo ada bumper ker, lubang ker, I redah jerk. Haha. Habes terlambung-lambung orang dalam kereta. I ada penyakit malas nak tekan brake kereta. Tekan brake hanya bila perlu. Haha. Otai kan? Otai wak lu!

Hari ni Intan ajak makan pizza. Last skali kami makan pizza last month. Tu pon ambik set yang hina tu, yang pizza personal pastu macam hampeh pasal ayam tadek. Serbuk-serbuk ayam jerk ada. Dasar diskriminasi terhadap pizza murah. Ceh! Dah la penipu. Dalam gambar punyerla nampak meriah dan lazat, skali hasilnya, tengok jerk la kat bawah ni.


Jeng jeng jeng! This time kami makan pizza promotion yang ada cornflakes, pastu ada udang besar dengan cheesedale. Eh tak. Cheese mozarella ke menda ntah pastu siap ada deep dia. Not bad la. Nasib baik memang sedang elok ada 8pcs, pasal Intan dah cakap awal-awal kalo ada 9 pcs, yang belen 1, dia nak tapau bawak balik.


Ni Kaklong la punyer angkara. Penuh satu mangkok salad ni. Nasib baik meja hujung, tak la malu sangat. Haha.

Soup of the day- chicken soup ya all.. I suka sangat kalau bubuh tabasco sos dalam ni. Kasik kick sikit kalo berak. Biar sampai keluar buasir. Yeah!

Biasa sangat dah dengan 'muka cantik' Kaklong ni. Kalo rajin, tengok yang Label kat sidebar tepi ni. Ambik family. Check balik semua espresi muka Kaklong. Musti pesennnnnnn ni jerk semua. Sungguh-sungguh I senyum, dia boleh buat muka mintak dilempang. Haha

Blah la Intan. Asyik-asyik Kaksu jerk yang kena drive. Tomorrow your turn. Kaksu nak pergi makan jauh-jauh. Kalau boleh kat Alamanda terus. Boleh jumpa dengan Filla

Intan kesayangan ni... Kuat makan sungguh! Dah la 2 keping pizza besar dia makan, tak cukup dengan tu, habis kami punyer yang tak habis dia operasi jugak. Semua cheese-cheese dia makan. Yang kulit dia, dia tinggal. Dah jadik macam tikus makan pizza. Haha. Badan dia yang paling kecik, tapi makan kuss segamat!

Hasil kerja Intan. Nice.

Semalam I beli Big Apple. Bila makan ni, teringat dekat Sazli jerk... Masa adegan suap menyuap dulu tu.. Hihi. *malu la

Owh! Btw, Langsir yang ditempah di IKEA sudah siap. Malam ni nak operasi memasang langsir. Yeah! Tak sabar nak tunggu barang-barang lain sampai jugak la... Baru terasa macam kawen. Skarang ni terasa macam kawen-kawen ayam jerk la. Bila ada rumah sendiri boleh masakkan untuk suami, pastu pening kepala tiap-tiap petang pasal fikir nak makan apa malam tadi.

I nak request Sazli masakkan I la sempena masuk rumah baru nanti. Pandai ker dia eh? So far kalo dia masak daging burger sendirik, jarang la tak hanget. Biasanya satu rumah berasap. Hebat bukan?


-EnD-

6 comments:

Anna said...

Chak...biasalah saya lagi ler yang akan menjadi orang pertama yang akan mengomen entry ni..

sebenarnya masa kaksu g toilet tu intan dah cakap ngn kaklong, kalau pizza tu potong 9, balance yang lagi satu tu intan nak amik.pastu kaklong terperanjat dan cakap> ialah intan ko nak amik, amik lah, kak long memang makan satu atau 2 keping jer..> dengan muka bangga intan angguk tanda setuju..walaupun sorang dapat dua keping tapi intan terasa macam intan makan banyak keping kerana menghabiskan cheese2 yang kat tepi tu, intan amik kaksu punya sikit, kak tonah dan kaklong..hebatkan intan.

intan mmg suka makan cheeze. makan pizza mesti amik stuff crust.

mYpRecious said...

akak suke tau letak makanan yg sedap lagi hebat dan post entry dikala petang hari di mana ketika itu perut saya adelah meronta2 mintak diisi..

dah meleleh ayark liur ni.. uwaaa nak pizza.. suap sikit bolehkah? huhu

Chooyaya! said...

Intan : Intan jgn ckp banyak. esok lunch naik kereta intan eh? tadek osom-osom lagik.

myprecious : meh suap meh.. alolololo...

Filla ~ Kasih Aleeya said...

wah kak sueeeeee.. semenjak dah pandai buat shortcut link nie.. auwww..tetiba ada nama i... comel lah kaksue nie... pizza tu lagi comel....

Rara said...

salad tu npk sgt sdap la.. :)

Chooyaya! said...

kak filla : ha ah, teror kan i buat link. u musti jeles pasal blog u tadek tarikh lahir adik beradik u. haha

rara : sedap giler salad tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...