Wednesday, February 19, 2014

Panduan mengesan mercuri dalam produk kecantikan

Assalamualaikum.

Sekarang ni rata-rata orang dok cakap pasal bahayanya produk-produk kecantikan yang ada dekat pasaran. Sana sini orang cakap pasal ni. Pengguna gelabah, penjual pon sama gelabah. Yang mana kulit dah rosak tu memang nightmare la. Cantik sekejap, merana sepanjang zaman.

Salah satunya Collagen Plus Vit E. Collagen Plus Vit E ni ada kandungan mercury yang boleh menyebabkan kiter kena kanser kulit. So, I suggest, jangan terlalu ghairah (aww) nak muka cepat putih ker apa. If nak guna any products, yang paling penting kena make sure product tu mendapat pengesahan selamat digunakan oleh KKM. Yang mana kata dalam proses nak dapat ker, pastu kata selamat and claim their products menggunakan bahan semulajadi ker, molek la kalau fikir dua tiga kali. Cakap memang boleh cakap. I pon boleh cakap. Tapi proof kena ada. Kan?

Takot nanti muka cantik sekejap jer. Lepas tu jadik gelap/rosak dari sebelumnya bila dah berenti pakai and paling sedih, bila kena kanser kulit. Bahaya. Sekarang banyak giler produk kecantikan yang packing macam pasar malam, tajuk entah apa-apa. Description isi kandungan apa dia pon takder. Bogel macam tu jer. Biasanya set-set produk mcm ni ada pencuci, krim malam and krim siang. Pakai seminggu, terus muka nampak sangat kesan cantik gilos. Kemerah-merahan.

Seriously I pon pernah guna. Sekejap. Lepas tu sebab malas nak pakai krim malam. I berenti macam tu jer. Kahkkahkah. Bila berenti ni, kulit tak la nampak macam dulu tapi Alhamdulillah tadek pulak rosak ke apa. Maybe sebab pakai seminggu jer kot.

Anyway, ni I share macam mana cara kiter nak trace if product yang kiter guna tu mengandungi mercury yang I dapat dari blog Farra.N

  • Melekit-lekit. Sapu kat muka pun bkn main susah nak ratakan.  
  • Tidak Homogen. Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat. 
  • Kulit putih segera. Tagline kulit cerah dalam penggunaan seminggu. Nampak beno nipunya. Pakai banyak mercury memang la laju je kulit putih. Putih nye plak lain macam, bukan putih natural. Biar lambat putih asalkan selamat. (Macam Intan, dia pakai setahun Safia Rania baru nampak kulit cerah berseri. Cecece)
  • Takde langsung jerawat nak tumbuh. Jangan cepat happy bila ni terjadi. Sebenarnya kulit epidermis (lapisan kulit yg paling ats sekali) dah rosak. Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yang sangat la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv. Dan kenapa jerawat dah tak nak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun xsudi nak duduk tempat yg dah rosak. Nyamuk pun buat derk je. 
  • Bau logam. Merkuri ialah logam berat yang berbentuk cecair. So bau logam bau dia kuat menyengat, kalau wangi pun maybe dia dah di campur dengan parfume (pewangi). 
  • Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning. Krim siang kuning, krim malam putih. Tapi tak semua lah produk nak cakap ada merkuri, tapi wajib diragui. So Google sebelum nak try-try guna produk kosmetik. 
  • Berkilau blink2. Tekstur kosmetik yang ada mercury ni berkilau-kilau, kilat-kilat sikit. Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada tak kilat-kilat? Ingat! mercury adalah logam sebab tu dia berkilat.
  • Bila stop pakai, bintik-bintik tumbuh kat muka, gatal-gatal.Lama-lama kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.
  • Kulit sensitif dengan matahari. Kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar.

Cara mudah macam mana nak tau produk tu ada kandungan mercuri ialah:
  • Sapukan cincin emas (pastikan yang tulen) dengan krim yang kiter nak test tu. Gosok-gosok la cincin dengan krim tu.
  • Kalau produk tu bermercury, krim tu akan bertukar menjadi warna kelabu. Semakin gelap warna yang terhasil, semakin banyak mercury yang digunakan.

So nasihat I kepada sesiapa pon yang nak cuba any produk kecantikan pon, Google. Do some research. Tanya dekat seller tu, dah dapat pengesahan KKM ker, selamat ker, apa kandungan? Apa guarantee yang produk ni selamat? Kalau dia tak boleh bagi jawapan, jangan beli. Kalau dia kata selamat, tunjukkan buktinya. Kan?

Tak cantik sekelip mata takper. Janji selamat. Kan? Majulah Intan untuk negara! (Tetiba)

-EnD-


Salah satu produk yang ada kandungan mercury yang tinggi dalam dia. BAHAYA
Yang ni tak bahaya.

Takot tak?

Kesan jangka panjang penggunaan kosmetik yang ada mercury. Jadik macam ni. Takot tak???

28 comments:

Irfa said...

pnh pakai tp dua tiga kali je
sbb rasa cam berminyak
ada lg produk tu, igt nak bg kawan sbb dia pakai cam ok
tp kalau berbahaya, buang jelah kot

Nur Alya said...

Bagus entri Sue..
senang cerita,jangan percaya sgt dgn testimoni.
Klik link ni untuk cek produk tu register KKM atau tidak

http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/index.jsp?mod=search_product

Wawa said...

alamak..alamak...pakai krim ni skang...tp pakai sabun dgn krim siang je...krim malam melekek sgt tak sanggup nak pakai...huhu...

MUNIRAH ISMAIL said...

Mohon share juga yer

Chooyaya! said...

irfa : cuba buat mercuri test dulu. tengok mcm mana. if result sama mcm yg kaksu citer ni, maknanya mmg kena buang la.

Chooyaya! said...

Nur Alya : thanx for the info. lepas ni kalau beli, kena cek kat kkm dulu la.

Chooyaya! said...

wawa : krim malam la yg biasanya melekit semacam

Chooyaya! said...

munirah : boleeh... :)

Rochelle Skinexpert said...

DR Rochelle Skin Expert is the best skin care for all your skin problem, free of mercury and hydroquinon. It's very save to apply to your skin. Rejuvenating your skin face with DR Rochelle Skin Expert products.

Dr Rochelle Skin Expert package consists of facial cleanser, clarity toner, instantly perfect bb cream, and brightening repair. Hasil boleh nampak dalam masa 14 hari.

We are authorized dealer in Malaysia. For more info & order please send your inquiry to :
Adzwan
Telp/SMS : 0123796229 / 0129381556.
Pin BBM : 21950D17
http://www.drrochellemy.com/

Soda Hikari said...

salam.. mohon nak share entri kat fb sy yer.. sbb penerangannya bagus...

Chooyaya! said...

soda hikari : ok awak. no problem.

nurul husna said...

Ramai jgk kwn2 saya pakai sabun collagen ni utk cuci muka..sabun tu ada merkuri gak ke?

Nik Azuin said...

Klau test guna emas putih jd x?

rosra raf said...

Saya pun pernah guna produk tu. Bila berhenti mmg jerawat penuh di muka. Entry yang bagus. Mohon share ye

Dyyla Adila said...
This comment has been removed by the author.
Dyyla Adila said...
This comment has been removed by the author.
Aisyah Mohd Azman said...

hai sis nak tanya ade kelulusan kkm tapi produck tu jugak ade merkuri sebenarnya... so kalau dollys pinky ade tak :(

Nur Fannun said...

eii geli tgk gmbr kt bwh tu..takot...

Nur Arfah said...

Kbykn prdk local da bhn bhye.. ble da stop pkai prdk tu mke jd kusam giler n jrwt tumbuh ..better pkai prdk yg organic..

ladygago said...

salam.mohon share ye...good info

Nurul Najihah said...

Nak share dengan customer heheh, anyway im Mary Kay beauty consultant here! Our product is totally 100% natural ingredients, and are free from mercury and hydroquinon. Do ws me 011-12555266 for more info heheh. Thanks for your great sharing :)

Suha Wolf said...

Mesti cincin emas ke? Klu gelang?

Suha Wolf said...

Mesti cincin emas ke?klu gelang emas?

Suha Wolf said...

Mesti cincin emas ke? Klu gelang?

cokicoki lurve said...

yg mencari2 produk yg bole pulih kan skin semula dgn cara semulajadi , saya menjual produk purebysaffiyahosman
jom Pm / whatsup saya ,011-26468092, wechat id :eraain94, ig @eraain_collection_healthybeuty

Nadia Azmi said...

i mintak izin share ye, then I kredit blog awak ye....

Slin said...

Sy pun pernah jg gn produk collagen vit e. Xsampai seminggu mmg ketara muka putih, halus & bersih. Tp bl sy tau x approved by kkm, trus sy stop pakai. Jeragat kat muka timbul balik & lbh truk dr sblmnya. Kulit pun berminyak.. Dh 6 bulan ni sy pkai zarraz paramedical ok je.. Walaupun muka xputih sangat tp sy puas hati coz bebas merkuri/bahan terlarang. Jeragat pun makin hari makin pudar.

ain nadiah said...

I share ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...