Thursday, January 28, 2010

Hari Positif Sedunia

Assalamualaikum....

Harini ni ialah hari yang tidak begitu baik bagi saya. Bangun pagi yang agak lewat sampai terpaksa skip solat subuh dengan kepala yang mamai kerana overdose ambik ubat, bajet nak tidor sahaja dan melupakan semua perkara yang menyedihkan... Tetapi akal dan fikiran meronta-ronta mau berfikir sehingga mengganggu proses alam semulajadi badan sendiri atau dalam bahasa mudahnya tidur.

Saya sesorang yang sangat mudah diinfluence oleh banyak perkara. Baik, mahupun buruk. Saya suka dikelilingi oleh orang yang bersih hatinya dan positif supaya saya juga akan jadi seperti mereka. Kerana saya tahu kelemahan diri saya jika saya mendampingi orang-orang yang emotional dan cakap seperti manusia lain tiada perasaan, maka saya juga mudah untuk jadi seperti mereka.

Lebih teruk lagi, saya bimbang saya akan jadik seorang yang pendendam, tidak mampu untuk menjadi positif lagi dan paling teruk saya akan membuat sesuatu diluar jangkaan saya, bodoh dan akan merugikan diri saya sendiri. Itu saya paling takot. Tetapi dengan bantuan Ibu saya yang bersih hatinya, yang tidak pendendam, yang sentiasa positif dan berbaik sangka, hati saya damai semula.... Tapi tu la, sekejap jerk

Pagi ini, Allah temukan saya dengan seseorang yang asing, tetapi saya tau dia banyak memberi impak positif dalam diri saya dan menjadikan diri saya lebih tenang.

Kepada Syaitan, harap kau main jauh-jauh dan jangan ganggu saya dan suntik hati saya dengan perkara-perkara yang jahat, bodoh dan merugikan. Saya selalu dengar orang kata, 'Ikut Mati Hati, Ikut Rasa Binasa'. Tetapi kenapa yer? Selalunya keputusan yang saya selalu buat akhir-akhir ini sering mengikut hati. Saya sebolehnya berusaha untuk menjadi orang yang lebih tenang tetapi biasanya semua itu diragut dengan pantas bila saya rasa diri saya tidak dihargai.

Saya pemaaf... Saya manusia yang jenis harini bergaduh, sakit hati dan nak rite-off mereka yang menyakitkan hati saya itu semudah kicap manis ABC tetapi kerana kelembutan hati saya disebalik wajah jawa berlagak nak mampos ni akan mudah memaafkan dan melupakan semua yang terjadi begitu sahaja jika meraka datang kepada saya dengan rendah diri dan meminta maaf. Semuanya macam tak pernah ada apapa yang berlaku tetapi dengat syarat, saya nampak keikhlasan hati mereka.

Adakah mereka benar-benar ikhlas atau ada udang sebalik batu mahupun taugeh disebalik mee?

Tetapi Ya Allah, kenapa tidak kali ini? Kerana saya rasa saya tidak dihargai, tidak dibela dan diperbodohkan. Saya tidak mahu itu. Saya mahu pembelaan yang sewajarnya. Saya tiada sesiapa disini. Saya yang kamu nampak sentiasa gembira sebenarnya sama seperti orang yang tidak punyer sapa-sapa dan tidak lari dari perasaan sedih dan kecewa.

Tapi, bila saya baca ini saya jadi positif dengan tiba-tiba.

Ya Allah, Kau lembutkan lah hati aku, tunjukkan lah aku jalan yang benar dan kasihanilah aku. Aku sudah tidak mampu untuk mengharungi semua ini KESEORANGAN.


Bila baca ini, saya rasa saya dibantu dari segi emosi.

-EnD-

:) :) :) :) :) Senyum lapan juta kali kalau boleh

5 comments:

Ale said...

oh..banyakkan berzikir di hati, senyum, bersangka positif, buat sesuatu yg kita suka dan senyum, senyum dan senyum. Dan kerap berdoa mohon padaNYA. Mungkin itu rahsianya...Ingatan untuk saya gak tu..:)

Ieja RizaLiza said...

sue ... nape ni ?? sabar eh ... harap2 segala masalah sue akan cepat2 selesai .. sedih pulak baca entri mcm ni sebab selalunya entri hapy2 ... ;)

Filla said...

Jgn sodih2 yer kak sue..... adik filla x leh tgk orang sedih2..nanti adik nangis sama.... pegi Mc D makan prosperity burger double, pastu makan chocotop.. mesti ok.. ;)

delyla said...

ikut hati mati... ke ikut mati hati

haku lak yg musykil... hehe

Y.K.A said...

jgn sedih2 ye su... think positip..doa banyak2...insyaAllah sumenye ok...ade himah d sebalik kejadian..