Wednesday, January 13, 2010

Lelaki - Lelaki Seksi Di Dapur

Semalam update status di Facebook dan berbunyi seperti ini 'Malam ini suami mintak masak lemak kobes dan sardine air mata' Ok. Acap dan Fairuz reply dekat status bagitau nak datang makan malam dekat rumah.

I anggap itu gurauan dan cara nak membakar I sahaja. Kerana rumah masih tiada meja makan dan kalau datang makan maka harus bersila sahaja dan lapik dengan surat kabar. Sangat kasihan. Sehinggalah masa nak dekat-dekat sampai Max Value (tempat favorite beli kicap di Ampang), Fairuz suruh I beli sardin tin besar. Sekarang gurauan telah menjadik kenyataan. Padan muka.

I bagitau Saz, dia mintak I tambah menu. Terus dalam kepala fikir nak masak yang simple-simple jerk. Semalam sayur potong ada lebih untuk buat paprik. Yang penting misi utama ialah menonton cerita Cinta Balkis dulu, baru mandi walau ketiak berbau epal masam kerana gigih angkat barang dapur yang banyak guna bakul walau troli free bajet nak kuruskan badan secara tak sengaja dengan bawak barang berat.

Lepas tengok Cinta Balqis dan mandi dan solat dan masak nasik dan baru sahaja nak potong bawang, Acap dan Fairuz sampai. Terus I mintak Acap tolong I didapur. Acap pula selepas dipuji Sazli yang dia pandai masak, terus jadik rajin pastu ajar I macam mana nak masak sardine. Tssk tssk. Comel.


Calon Menantu pertama : Acap yang rasmi lesung batu yang baru dibeli ni. I mintak dia tumbuk cili, bawang, halia untuk buat bumbu nak masak sardine belagak. Kenapa belagak? Kerana didalamnya I letak cendawan butang, leek dan jugak tomato terus jadik murtad pasal asalnya I nak buat sardine air mata kampung jerk.

Calon Menantu kedua : Fairuz ringan tulang tolong basuh pinggan dan potong buah dengan comel pasal size tidak sekata. Pastu komplen suruh I beli kain alas kaki, tong sampah besar-besar padahal I baru duduk 2 hari dirumah ini. Fine.


Lauk pauk. Fairuz tanpa rasa bersalah bawak keluar dengan periuk periuk skali sayur yang I masak. Jangan buat macam ni kalau tetamu lain yang datang. Buat malu's jerk.


1. Sayur kobes masak lemak putih yang Acap tukang siang kobes mungkin ada yang besar dan ada yang kecik. Tapi takper.. Kerana beliau rajin dan kompiden I gembira sahaja.

2. Paprik daging + sotong 3 ekor + udang 2 ekor. Tssk Tskk.. Orang ada empat, udang hanya 2. Bila dah siap masak, baru teringat nak bubuh serai. Maka, serai yang telah dititik awal tadi hanyalah sia-sia.

3. Sardine Cap 3 Ayam yang I masak bersama mushroom and leek. Yang guna lesung batu baru yang bila I basuh lesung batu tu I nampak macam ada pasir yang mungkin pasir itu juga kami telah makan. Nasib tak mati.

4. Ikan kembung goreng 2 ekor yang putus ekornya. Yang ini Acap yang goreng. Just nice. Tak garing, tak mentah walau ikan sekor kuning, sekor pucat. I tak sangka Acap pandai goreng ikan pasal dulu I ada kawan lelaki yang pung-pang-pung-pang cakap pandai masak tapi bila I suruh goreng ikan, dia masukkan ikan dalam kuali dan tabur garam serta kunyit dalam minyak. Haha.

Ok. Sazli pula dengan tiada rasa bersalah hanya tengok tv dan Acap yang tolong serve. Haha.

Makan time! I paksa mereka habeskan semua lauk pasal kalau tinggal, tiada siapa yang boleh habeskan. Gembira kerana mereka makan banyak dan I perasan sendiri yang kalau lauk habes maka I masak sedap walau sebenarnya tiada komen. Haha.

Busuk + Gemuk


I gembira terima tetamu dirumah. Tapi segan pasal banyak yang tak ada lagi. Gembira mereka tidak main PS3 kerana menatang remote controller tu cuma ada 1 sahaja. Haha. Padan muka.

Acap & Fairuz, terima kasih pasal sudi datang dan tolong I masak. Kepada warga DanDan yang jauh dan tidak dapat makan bersama-sama dengan kami malam semalam diucapkan jangan jeles. Terutamanya yang berada di Perth, Singapore, Miri & Kemaman. Dah la Gathering 23 ni pon taknak datang. Haih!



-EnD-

10 comments:

Cik Cookie said...

lelaki di dapur sgt sexy n gojes.
nakal Cik Cookie

Miss Moon said...

wah rajin nya para jejaka sekalian ...mmg sesuai wat menantu ekekek

Cik Nadia Bayu said...

kaksu. bestnyekk masak2. eh kitchen sangat cantek! kitchen sy kecik cinonek jek.

Filla said...

betul laaa.. lelaki kalo memasak mmg sexyyyy nak mam... bile nak ajak ai dtg makan besila alas suwat kabo..rindu ler mkn camtu..

weiiiiii...pinggan makan kita yg lebar tu sama dowwwwwwwwwwwwwwwwww!!! konpem adiah kawin..hahaha..

Chooyaya! said...

cik cookie : memang sexy giler ah! tp sexy2 pon mana boleh lawan suami sendirik.. auuwwwww

miss moon : kalau ad ayg berkenan kasik tau tau? mereka tu single2 belaka

nadia : kitchen tu mcm pelik pasal sinki dia satu kt tepi dapur, satu lg kat depan dia tp terpisah dengan dinding. ala2 kunon wet & dry kitcehn la. waceh

filla : ko mana boleh bersila dah. tunggu umah aku ada meja la baru ajak ko. segan giler ni. segan smpi aku jadik gemuk. pinggan pon gemuk, yang kasik tu mmg mcm tau jerk yang kt rumah ni semua lebar2..

galakzy said...

makan tak ajak! lepas tu nk bakar line plak... pergghhh! bakar rumah kang! hahahahah!

A.L.I.N.A said...

awak..kite nih lalu je kt blog awk nih..kalo lesung batu tuh awak nk kasi ilang batu2 tuh kan...awak tumbuk hampas kelapa...tkpun tumbuk kertas pape janji kertas tuh basah..tumbuk lam lesung tuh..nnt die serap la batu2 halus tuh...pastuh basuh lesung tuh...ok..selamat mencuba...^_^

Chooyaya! said...

galakz : la... i selalu ajak... u jerk yang sombong tamau datang. mementang rumah i kecik... yer la... merajuk la ni...

mrs. eeziza ; jemput la lalu selalu,,, hihi... ok ok. kiter dah buat dah. baru kurang pasir dia.. tq awak for the tips! ^_^

galakzy said...

hahahaha! dh aku blk yg kena? siot betul... hahahhh!

Chooyaya! said...

galak : dah zack, ko jgn ckp banyak. sabtu nanti turun KL okey? kalo tak, u kawen i tanak datang (pasal i kawen pon u tak dtg kan kan?) ceh! tetiba emos