Weekend lepas I balik kampong I dekat Pahang. Dalam kereta I layan Sazli nyanyi lagu P.Ramlee. Dia boleh jerk layan nyanyi lagu tu sambil main gendang dekat stering. Tapi bila lepas Tol Chenor, I dah disconnect.
Dari hari Jumaat Sazli dah cakap, dia nak makan Siput Sedut. Mak cakap, mana la nak musim sekarang ni. Teringat I pernah jumpa siput sedut ni dekat area rumah Tok Che Amah, terus mintak bibik belikan 2 bungkus. Sekilo RM5.00. Cey! Siap kasik harga tu!
Senang jerk nak masak siput sedut ni. Yang penting, siput tu kena basuh bersih-bersih. Cuci dengan daun serai… Kasik wongi sikit. Jangan cuci dengan sabun, dikuatiri mabok pulak. Pastu potong sikit buntot siput tu untuk senang nak sedut.
Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Berasap Ala Cik Suraya
10 tangkai cili api. Kalo nak kena buasir, boleh bobuh lebih
Seinci kunyit hidup
2 ulas bawang merah
Santan dari 3 bijik kelapa kalau nak masak 1.5kg siput sedut
Serai dititik
Asam keping
Garam dan serbuk perasa secukupnya.
1. Tumbuk kunyit dulu, sampai la hancur. Kalau nak senang, tumbuk dengan garam. Pastu masukkan cili padi dan bawang
2. Perah santan, bubuh dalam periuk. Pastu masukkan la bahan-bahan yang ditumbuk tu. Sekali la lebur dengan siput sedut, serai dan sekeping asam keping. Rasakan la dengan ajinomoto. Dah siap!
Siput sedut masak lemak cili api berasap ala cik suraya. Cey! Ala cik suraya kunon. Padahal sikit pun tadek usaha I, ni semua bukan hasil penat lelah I. Kalo tukang timbok santan kira usaha tak? Kira aci tak macam tu?
Makan bersama dengan sambal tempoyak dan ayam goreng. Yang peha tu I cop awal-awal bubuh dalam pinggan. Kadang-kadang bubuh dalam plastik, sorok dalam almari supaya orang lain tak dapat. Haha. Busuk perangai. Sayur kacang buncis dengan sotong and sirap ais. Pergh!
Sazli suka jerk nak rebut-rebut paha ayam dengan I. Nampak tak pinggan yang belah sini yang ada 2 ketul ayam tu? Ha. Yang tu, I punyer.
Makan dekat luar rumah bertemankan pokok serai mak yang gemuk dan angin-angin sepoi, memang masyuk babe. Err.. kicap tu tadek yang botol lagi besar ker?
Orang makan, dia main buaian. Tu pasal keding jerk De ni.
Ok. Peace. I makan dulu eh? (Umi, ko selalu cakap, aku bubuh gambar cantik-cantik jerk dalam blog kan? Yang ni aku masukkan gambar busuk, ketiak bau longkang dengan senyuman mintak lempang harap kau tengok! Haha)
Sekarang, kiter makan desert. Wajib makan setiap kali balik kampong. Eskrem Cornetto Strawberry untuk I, eskrem coklat untuk baby gumuk.
Yummy! Ok, awak orang semua .. Mungkin ada yang terliur dengan eskrem nik an? Jangan tipu. Pastu sumpah-sumpah I cakap I punyer pasal nkorang dah terliur. Kan kan?
Owh.. Yang ni Mak Mertua belikan dari Dubai. Baklava. I suka sangat-sangat. Dekat KL menatang ni mahal ok? Tapi dekat Dubai, satu pinggan besar ni baru RM50.00. So, makan sampai kencing manis!
I admit, kalau balik kampong… Makan musti bertambah. Dulu, I suka makan sambal tempoyak + kicap + ayam goreng. Cukup. Tak payah lauk bagai. Tu pun dah selera sangat-sangat. Kadang-kadang goreng telur hancur bubuh kicap manis. Makan dengan nasik. See? Senang kan nak bela I? Semua taram!
-EnD-
2 comments:
lauk pauk tuh letak dlm dulang tuh.. klasik!! seingt ktini kt rmh kitaorg last hidang dlm dulang bila arwah abah ada dulu.. thn bila tuh.. hmm thn 95 kot masa form4.. uishh lama gilerr!!
ha ah kak tini... kalau kt kampung mmg macam ni... best kan?
Post a Comment