Saturday, February 27, 2010

Aktiviti Balik Kampung II - Ikan Patin Masak Tempoyak

Petang Sabtu, lepas kekenyangan makan siput sedut, I dengan mak semua pergi Pasar Malam. Wajib pergi kalau balik kampong. Ala, bukan beli apa pun, sajer cuci mata. Pastu carik Ikan patin dengan keropek lekor sontot.

Terserempak dengan kawan lama. Lilie Taib. Seronok sangat! Walau hanya ada masa 5 menet berborak, tapi segala malam jenis gossip dah keluar. Hehe.

Owh, kalau datang Pasar Malam ni, I suka sangat beli Coconut Shake. Sedap sangat! Dah la murah. Sehengget jerk 1. Walaupun van tauke ni agak buruk, tapi tak bermakna coconut shake dia tak sedap.

Sazli terkejut jumpa baju Paul Smith yang sebijik giler nampak original tapi harga Cuma RM10.00, tak sempat I nak amek gambar pasal taknak nampak sakai sangat bawak keluar henpon buruk untuk ambik gambar baju gantung RM10 sehelai.

Ye adik manis, mau beli apa?

Oooo… Tengah pilih Ikan patin eah?

Ikan Patin Pahang adalah spesis yang terbaik! Tengok gambar yang tak siap dimasak memang la kembang tekak kan? Tapi sapa sangka, Sazli yang menjuih bibir sambal dagu bila first time I introduce pada dia jadik addicted pada ikan ni selepas try kali pertama.

Ok. Budak gemuk baju merah yang tak mandi dari pagi pun nak masuk gambar jugak.


ee see. I jumpa buah kundang gergasi..!! Besar giler, sedap dan manis. Cuma harga agak mahal. Sebijik RM1.50 atau sekilo RM20.00, I beli 3 bijik jerk. Hehe. Sebijik untuk Sazli, sebijik untuk I and sebijik untuk I. Hehe

Ikan patin masak tempoyak yang dimasak oleh De. Dia isi asam belimbing dengan timun cina sekali dalam tu. Memang sedap! Resepi pon simple jerk. tumbuk kunyit, cili padi sampai lumat. Masukkan tempoyak. Renihkan dalam periuk, masukkan garam dan serbuk perasa. I suka kalau tambah timun cina atau batang keladi dalam ni. Sedap giler!

Pastu mak masak sambal tumis udang belagak + petai. Sedap! Ceh. Apa jerk yang tak sedap bagi I? Tu yang Ika cakap, payah I nak diet pasal hobi I kan makan?


Puas hati sangat dapat makan masakan Mak dengan De. Bukan selalu dapat kumpul sama-sama macam ni. I pulak, bila kat kampong otomatik jadik dewa punyer pemalas. Nak ambik bantal dalambilik dan kemas katil jugak malas. Pendek kata, serba serbi malas la!


Tengok ni si Sasha buat experiment. Dia masukkan menatang gel yang kembang dalam air untuk pokok bunga tu dalam susu dia. Macam-macam hal budak kecik ni. Kalau order susu musti cakap macam ni, ‘Ibu, nak susu, bantal dua, kartun… Pastu susu banyak!’ sambil silang kaki tengok tv cerita kartun. Haih!

Adoi.. Gemuk gemuk… Jeles sangat Ika dah kurus. I pulak makin lama makin tembam. I rasa, I nak berenti makan la.. lepas ni tadek dah entry makan-makan dari I. Bye

-EnD-

3 comments:

JaJa'Z said...

hi suraya...
i'm ur blog silent reader..hehhehe..sebenarnya baru je jumpa blog u ni...tengah2 nak explore...
kg kat pahang tu kat mana? i dok kat pahang gak...

Sharika Lincoln said...

uwah ika dah kurus??? Amin.....hehehhe mudah mudahan masin mulut ko....yg mmg sentiasa masin dan masam dan manis tu...sebab ko suka makan kan?? lah jgn ah berhenti makan su sat lagi x dpt aku nak menjamu mata...teruskan ok...x per kurus tu bila2 pon boleh...ok

Chooyaya! said...

jaja : i pahang kat jengka... u kt ner eh? boleh berkenalan? *geli geli

ika : yer la.. ko dah kurus dan aku sangat dengkik