Friday, February 12, 2010

Kampung Baru juga mampu menggemukkan badan

Hi U all… I mintak mahap kalau ada yang ternanti-nanti post terbaru pasal makan dari I. Walaupun ada kawan opis lelaki cakap, pesal la asyik cerita pasal makan jer? Tadek menda lain ker?’ I buat pekak jerk pasal dah makan tu ialah hobi paling tersuka, nak buat macam mana… nyeh nyeh.

Korang baca la kat shout out tepi tu, sungguh-sungguh jerk aku mengadu dah tak boleh nak update blog pasal ada masalah network, tapi haram sorang pon tak respond, siot jerk. Kecik ati I tau? Korang memang tak sayang. I ni walaupun berbadan besar, tapi hati selalu jerk kecik. Itulah keistimewaan I.

Ok la, tamao membebel banyak-banyak walau bercakap juga adalah salah satu hobi, pasal terlalu exsaited sampai ketar-ketar jubur nak share pasal makan yang sedap-sedap dekat nkorang sepanjang I absent from blogging (cey! Macam dah seminggu tak apdet blog ker haper ntah, padahal baru empat hari. Haha)

Masa luch time hari Rabu haritu, I dengan Intan & Kak Tonah pergi makan dekat Restoran Nasi Padang Kampung Baru. Kedai ni letaknya dekat Kampung Baru yang kat kawasan kona baring, berdekatan dengan Jalan Raja Alang ker menda ntah. I pon dah lupa. Tapi yang pasti, dekat dengan restoran tu ada kedai Bakso Indon kaler biru. Tak jauh dari Medan Ikan Bakar. Haih. Sungguh-sungguh jerk explen. Yang owner tu pon satu hal, lainkali tulis la besar sikit signboard dekat luar kedai, ni tak, buat yang kodi-kodi jerk. Tulisan pon macam malu-malu ayam.



Semenjak berkenalan dengan restoran ni, Inilah lauk wajib yang I ambik, yang kalau dekat office tanam dalam hati, nanti nak makan menda lain, tapi bila nampak, tetap akan ambik. Wajib ambik ialah = Ayam goreng dengan sambal pemalas ni. Pasal apa I cakap sambal pemalas, pasal orang ni kisar lada besar ni kasar-kasar macam I kisar lada time malas. Pastu haritu I ambik gulai urat lembu ni. Terambik yang besar, lepas tu,bila makan, terasa macam makan getah paip pon ada.


I dulu, waktu Yati belum transfer dekat JB lagi, selalu namakan restoran ni as Restoran View KLCC atau Restoran Stendet KLCC pasal harga lauk-lauk kat sini mahal sikit la, ayam masak sambal pemalas tu RM5.00, urat lembu tu sehelai jugak RM5.00, so mostly skali makan campur dengan air, musti lebih dari RM10.00. Tengok la signboard restoran ni, dah la kecik, hina pulak tu. Signboar hina tidak bermakna lauk murah. Ingat tu.



Kalau ada mood nak tambah berat badan secara suka-ria, I akan order air avocado ni. Kalau nenet Intan, kompiden cakap air avocoda. Haha. Comel jerk. Sedap giler air ni! Dia ada tambah coklat sikit and memang pure rasa juice avocoda dia. Ada jugak restoran nasi padang yang best dekat tempat lain seperti Restoran Wong Solo di Ampang. Kat situ, nasik dia macam sticky sikit. Tapi memang sedap!


Tengok Abang botak ni, dari tadi dok usha-usha I ker apa ntah (perasan), sampai I pon malu nak suap luas-luas. Cis! Tak puas makan siot kalo makan guna hujung jari jerk.


Intan suka sungguh makan begedik @ begedil. Muka kalo time makan, selagi tak cukup garang memang tak sah


Sungguh-sungguh makan nampak cik adik?


Last but not least, pembancuh air dekat sini. Muka pure Indon dari Kalimantan.



Sekian, jangan pergi kemana-mana. Saya akan bersama anda sebentar lagi. Banyak-lagi makanan-makanan hebat untuk dikosing bersama, sementara itu, kiter dengar dulu pesanan penaja. Penaja??? Penaja Wak lu..!!

-EnD-

4 comments:

LiyanaAqilah said...

sbb jgk kt situ kn. ;)
i loikeee!

LiyanaAqilah said...

sbb jgk kt situ kn. ;)
i loikeee!

Liyanaroxx said...

kita tau!! kita tau kedai nih katne...kalo dtg cni mata trus terpandang otomatik kat BELUT GORENG pastuh trus rasa nak nyorok blkg mak kita sbb geli geleman tgk belut tuh...padahal belut tuh dah mati pun sbb dah selamat digoreng...haishhhh~!! tapi ayam dia mmg sedap kan kak sue?

Chooyaya! said...

liyana aqilah : ha ah, sedap.... semalam pon kaksu makan lagi kt situ. tp tu la, harga tak consisten

liyanaroxx: belut tu kaksu pon tak berani nak try... uwek! ayam kampung dfia mmg sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...