Monday, February 22, 2010

Mee Soba Yang Lazat Kerana Free. Nyeh Nyeh

On the way balik dari Kedah on Tuesday, kerana behave dalam kereta dan kurang buat bising, bapak bawak kami lunch dekat Rawang. Dia cakap, dia nak bawak kami makan soba mee yang paling sedap di KL. Ada pulak upah kalau berperangai baik eh?

Kami lunch dekat Templer Park Golf Club. Dengan pakaian tak senonoh serta T-shirt round neck dan tidak tuck-in, tak sangka dapat jugak masuk restoran dia. Hasil dari buat muka kompiden. Bapak banyak ajar I supaya kena pandai buat muka kompiden 2 3 hari ni. Ternyata menjadik. Hehe.


Sazli makan Fish & Chip. Memang feveret dia. Makan kat restoran jepun pun order ni, makan kat the best steak house pon order ni jugak. I rasa next time I kena ada stock fish and chip segera dalam ice-box. Senang nak kasik dia makan.


Bapak order soba mee.. Sampai berpeluh-peluh dia makan. Kami pilih dekat open air pasal mereka ini nak menghisap rokok. Padahal rokok membahayakan kesihatan, tapi nak hisap jugak. Degil.


Green tea untuk bapak.


I order Teriyaki Chicken Don dan Agedashi Tofu yang not bad. Tekak I kan dah ala-ala mengada. Tetap rasa Ozeki punyer Teriyaki Chicken paling sedap. Tapi dah makan free ni, jangan nak komplen lebih-lebih. Nanti ada yang makan bola golf secara percuma jerk. Sazli bab mengacau makanan I number satu!


Bapak, U should change your phone. Sekarang handphone macam tu dah tak zaman. Hehe. Nak mengata bapak, padahal I pon sama.


Cantik kan view kat sini? I paling kesian tengok minah-minah jepun yang sanggup berpanas main golf di tengah hari rembang. Bila I cakap, ‘kurang kerja pergi main golf tengah-tengah panas macam ni, kalo Su, baik tidur kat rumah’. Pastu bapak cakap ‘ Golf ni ibarat cantik dihati kekasih. Tak kisah la panas macam mana, kerana minat, apa pun sanggup’.


Tapi I masih terasa itu macam ‘kurang faedah’. Dah la panas, hitam pulak tu. Haih!

Anyway, thanx bapak! Lain kali belanja lagi. Tapi biar Su pilih nak makan kat mana. Eh eh?

-End-

1 comment:

Filla said...

ko ni expert betul makan soba2 nie... aku tak reti lah food jepun2 nieh.. nanti kalo ditakdirkan kita keluar makan sama-sama kita gi makan jepun eh? ko orderkan utk aku.. aku x reti...