Semalam I cuti pasal Hari Wilayah, tak boleh jadik ni. Musti goda suami untuk cuti sama supaya boleh beli carpet. I cadang nak tidur sampai pukul doblas tengahari pasal malam tu, I ikut Sazli tengok bola dekat Rasta. By 3.30am baru sampai rumah. Ngantuk tahap isketrampet! Dah set dalam kepala, esok bangun pukul doblas, esok bangun pukul doblas.
Skaaali......
Ada orang renovate rumah,. Giler vavi bunyik bising. Terus I terjaga suruh Sazli komplen dekat Management. Tapi tiada apapa tindakan kerana dorang cakap, semalam bukan public holiday. Fine fine! Lebih baik mandi dan bersiap beli carpet.
Saz dah geli-geli buntot nak jugak beli carpet pasal sofa baru sampai hari Jumaat. Dia terasa dunia dia kelam ker haper ntah bila carpet merah tiada di depan mata. Hanya carpet hitam jerk yang ada. Tapi tak aci. Karpet hitam tu untuk meja makan yang entah la taktau bila nak beli.
Dari rumah, terus menuju ke SSF Damansara. Hari semalam sangat hot baby! Sampai kereta Sazli over heat sebagai tanpa lekas la beli kereta baru. Hehe. Sekarang, mari saksikan carpet-carpet yang kacak bergaya yang I rasa, SSF memang menawarkan carpet yang sesuai untuk rumah-rumah berkonsep modern dan urban. Kot?
.jpg)
.jpg)
Yang ni pon cantik. I suka kaler hitam putih tu. Juga carpet alas kaki. Harga RM58.00. I mintak nak beli 3 nak tarok dekat depan pintu ketiga-tiga bilik. Lepas tu Sazli tanya I, dekat dapur dengan toilet tanak jugak ker carpet tu? Jadi, I tau memang I tak dapat punyer la. Fine fine.
.jpg)
Yang ni lampu, bukan carpet. So, next!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
So, end up Saz ambik carpet kaler merah jenis shaggy. Yang macam iklan shempo Herbal Essential yang rambut dia ala-ala rasta bila pakai shempo tu, terus rambut jadik lurus. Tau? Carpet tu berukuran 8 x 5.5 kaki. Tadek patern. Kosong, merah dan garang.
Bila nak bayar, amoi tu suruh cukupkan RM1200.00 supaya boleh spin ala-ala macam roda impian. Cuba nasib jerk, mana tau sekali putar dapat RM100 ker? Nak putar menda ni, kalau pembelian RM200 entitle untuk sekali putar. So, I dapat 6 kali putar. 3 kali I putar semua RM10.00, Saz putar dapat RM30, RM10, RM10. Total dapat RM100.00, dia kasik dalam bentuk voucher. Bagus sangat dah.
Kata Saz, I mulut macam itik, tu pasal tak dapat yang RM100. Siot jerk.
Dah alang-alang tu, Saz pon sign up jadik member SSF, bayar RM50.00 and dapat collect point yang I redeem terus sebanyak RM200.00, so total kami dapat RM300.00. Terus I ambik carpet merah yang kat atas tadi and bantal putih 3 bijik. Sebijik RM50.00, ada belen lagi RM30.00 I ambik bunga ros tiga batang. Cukup!
Gambar carpet dan living hall nanti la I update eh? Tetiba I jadik segan. Hehe.
-EnD-
2 comments:
cantik giler karpet2 ni.. gebu jer nampak..mesti kalau tido sedap ni.. tapikan intan rasa karpet tu macam bulu BOYOT..
woh woh. karpet pepel itu sgt perawan. eh. menawan. tapi kecitttt bangat plak. kak su, pinjam doraemon sat.
Post a Comment