Friday, February 12, 2010

Tukang Kebun & Cleaner

Haritu masa I teman Intan pergi klinik pasal dia kena kurap gatal-gatal pasal allergic guna product body shop, I nampak sorang Pakcik ni tengah syok gembur tanah bawak pokok redup. Tenang jerk hati I tengok. I pun taktau kenapa, I memang suka giler menyapu daun dekat tanah. Kalau nampak orang bandaraya sapu daun sebenarnya I teringin sangat nak tolong.

Lagi-lagi pulak kalau waktu redup… Syoknyer…..!! I rasa, tu pasal I terperangkap dekat Farmville. Taktau la apa kena mengena Farmville dengan sapu daun dekat tanah. I main cakap jerk.


Ni pakcik tu, best jerk tengok dia… Macam tukang kebun I dalam Farmville. Tapi dia pakai topi macam dalam Barn Buddy jerk? I cakap kat Intan, kau diberi pilihan nak jadik tukang kebun atau cleaner, I nak jadik tukang kebun. Cool jerk pakai topi macam ni. Cey!


Intan pulak nak jadik cleaner pasal boleh tolak mesin pengilat lantai ni. Dari dulu dia teringin nak tolak mesin ni. Tapi orang selalu ramai dekat hall, so dia malu. Intan, kalau Intan nak tolong Makcik cleaner ni buat, tunggu sampai Kaksu tadek eh? Jangan nak malukan aku.

-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...