Saturday, March 6, 2010

Dating, Chili's, Niyang Rapik, Valentine's Day. 4 In 1

Dah lama jugak tak dating dengan Sazli. Bila ada chance macam ni, I ajak dia tengok movie marathon. Ala, marathon la sangat. Tengok 2 movie jerk pon. Hehe. Tapi sebelum tengok movie, perut musti kena isi dulu… So…. Kitorang makan dekat Chilis One Utama.

Kalau datang sini, WAJIB makan Molten Chocolate Cake yang sangat tempting, sexy dan menggoda ini…

Tengok la, apa jerk yang tinggal. Ni pon pasal perut dah kenyang. Kalau lapar ni, mungkin pinggan jadik kaler putih balik. Hehe

Sedapnya triple play! Selamba jerk makan kuantiti nisbah 1:3 dengan Sazli. Hehe.

Terima kasih sayang pasal bawak I jalan-jalan dari petang sampai ke malam sampai ke pagi. Puas hati sangat-sangat. Sebelum ni sebok hal rumah, tadek masa nak jalan-jalan, bila sekali-sekala buat macam ni terasa macam pakwe-makwe jerk lagi. Geli geli.

Muka mustilah gembira bila dah kenyang… Next! Mari tengok wayang!

Kali ni kitorang tengok cerita Niyang Rapik. I rekemen cerita ni pada sesiapa yang suka nak tengok cerita seram. Bagi pendapat I, cerita ni lagi bagus dari cerita Congkak. Ada la yang tak logiknya pasal cerita ni tapi at least tadek la Ustaz boleh belah tanah pastu hantu masuk dalam rekahan tanah. Kan Kan?

Lepas tu, kitorang gerak Wangsa Maju pasal Sazli teringin nak makan Char Keow Teow and terus Ke KLCC tengok Valentine’s Day. Ramai pelakon-pelakon hebat dalam ni. Tapi I paling suka Taylor Lautner pasal bila tengok dia, terasa macam tengok cerita Twilight.


Cerita ni lebih kurang macam cerita CINTA la.. Tapi dalam CINTA ada 4 kisah jerk, ni ada lapan kot? Tak kisah la, janji Patrick Dempsey tetap menjadik pujaan hati walau curang dengan isteri dalam cerita ni.

Ishk Ishk. Sekarang ni ramai betul orang yang tak jujur dalam perkahwinan. Takot I tengok. Harap-harap tak la jadik pada I eh? Amin…..

Sampai rumah dah pukul 1.30am, selamba jerk bermalas-malasan mandi and tidur lambat, padahal esok ada game netball dekat Titiwangsa. Takper-takper. Athlete memang macam ni. Tidur tak cukup tetap jugak bertenaga pasal tenaga bertukar kepada bentuk lemak. Tu pasal I gemuk. Ceh! Alasan! Hehe

-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...