Sunday, March 7, 2010

Tarikh : 27/2/2010 (Sabtu)
Tempat : Stadium Mini Titiwangsa KL
Acara : Bola Jaring MAKSWIP


Saper kata blog ini hanya untuk makan-makan sahaja? Ada jugak tau untuk acara-acara lain. Tapi pasal acara makan yang paling kerap dan jugak tidak mahu membiarkan blog ini bersawang, so I terpaksa la jugak masukkan pasal makan-makan.

Lagipun kalau tak makan, anda boleh mati. Jadi kalau taknak mati silalah makan. Kalau tak makan, badan tak larat, kalau tak larat mcm mana nak berkhidmat pada nusa dan bangsa? Cakap cakap!

Last week on Saturday, I ada game netball. Untuk MAKSWIP KL. I pon tak sure apa MAKSWIP ni tapi I rasa game untuk Syarikat GLC sekitar KL. Team I dapat number 3 bersama dengan DBKL.

Pheeew nasib baik takyah lawan DBKL. Sumpah I gerun tengok GK dia pasal tadek tetek, jalan ganas, muka garang giler. Walaupun masa I lagi banyak jaga scoreboard dari main, I tak kira, I nak bangga jugak.

Hehe. See? I pemain simpanan jerk. I jaga scoreboard. Kekadang gaduh dengan anak ref umur 6 tahun pasal berebut marker hitam nak tulis mata dekat board. Pastu dia tanya I, umur I berapa (pasal tak puas hati I tanak mengalah ngan budak kecik) Mampos arr..!! Main gaduh kasik tau mak… Mana aci…!

Yesss…!! Akhirnya selepas sekian lama menjaga scoreboard, semi final masa lawan MSN punyer team, dapat jugak la I main untuk second half itu pun pasal team dah nak kalah, kalau tak, jangan harap

Yang pakai baju merah belakang I tu Ummi nama dia. Walaupun I kosong tadek orang jaga, dia tetap takkan pass bola kat I. Apa maknanya tu? Haha. Tapi aku tak kecik hati pon. Wek wek :p

Ok. Masa untuk mengambil hadiah. Tetap gembira walau hanya pemain simpanan dan pemain first seven masih duduk di tempat penonton tapi tak kira, nak jugak semangat beratur ambik hadiah. Cakap la apa sajer, tak malu ker… Over ker… Apa ker… I tak kisah… Hehe

Pipel pipel! We won! Menang tempat ketiga bersama DBKL out of over 20 team adalah sangat membanggakan apatah lagi hanya kalah satu game dari 6 game. Lekas cakap hebat. Ini paksaan!

Kejap-kejap. Tak habis lagi…

Musti selit jugak pasal makan! Haha. Masa break, I makan dekat Rasa Sayang Jalan Yap Kwang Seng dengan Anna Baizura. I order Banana Split yang lazat except for pisang dia rasa kelat.

Anna order mee goreng yang tukang masak dia mungkin dah nak kawen pasal masin nak mampos. Love to chat with Anna! Dia pon senteng jugak sama macam I. I rasa mungkin faktor size badan yang hampir sama buat I click dengan dia kot?


-EnD-

4 comments:

chah said...

ahaks..sue kenal anna ek?kem slm kt dia..ala,korg ni bukan gemuk la..montok je..sexy tuuuuu

Chooyaya! said...

kenal ngan dia... selalu masuk sukan dgn dia.. chah kenal la kan? satu opis ngan rafiq kan?

Chooyaya! said...

kenal ngan dia... selalu masuk sukan dgn dia.. chah kenal la kan? satu opis ngan rafiq kan?

chah said...

aah..anna satu opis ngan rafiq cuma unit lain.kitorg mmg kenal anna,siap pg lg wedding dia&syafiq....first time kenal anna masa teman rafiq main bowling prodata.