Friday, April 30, 2010

Futsal + Football & Telur

Jumaat malam, macam biasa kitorang main futsal. Kali ni change venue dari Sport Barn PJ ker Sport Planet Sunway. Walaupun bertukar tempat, I masih jugak banyak menyepak angin dari meyepak bola. I memang hebat. Walaupun sepak angin, tetapi muka tetap ketat dan kompiden hebat. Hehe.

Kali ni kitorang main 2 jam pipel. Cirit kuning wa cakap lu! Go datang bawak Gf dia Cik Asma. Tapi pasal dia sakit kaki, dia tak dapat nak join. Takper Asma, next time eh? Ni first time I jumpa dia, biasa dia baca blog dan cakap I kelakar, bila jumpa depan-depan, dia cakap karekter I sama jerk macam dalam blog. :D

I paksa Wana timang I pasal malam ni dia tak join futsal. Dia bizi nak marinate ayam-ayam untuk BBQ esok malam. Si Mira dengan Hana masih jugak datang sebagai penonton sahaja. Alasan period pain sangat lame girl.

Ok next, on Saturday, I tengok WakDan game bola dengan team apa pon I dah tak ingat. tapi yang pasti seri 0-0 dengan team yang nampak sangat jarang main pasal tadek jersey. Kesian jerk semua pakai T-shirt. Lepas tu paling hebat, keeper dia tak pakai glove. Tapi tu la, lawan dengan team tak pakai jersey pun WakDan seri jugak. Seri tau? Tadek jaringan pon.


I beri sokongan jerit-jerit sampai terkeluar anak tekak dan merempuh lecak padang sampai air becak kena sampai ke peha kerana kadar tujahan pada air sangat tinggi dan menghasilkan percikan yang kuat akibat dari berat badan unggul. Heh!

Ok. Kumpul la ramai-ramai depan gol eh korang? Tengok keeper, selamba badak tak pakai glove. Hebat tu!

Dah apa kerja si Zaha ni nak main laga-laga bontot?

Katek senak telor. Haha.

Si Ami sungguh-sungguh gelecek bola, tapi yang lain macam relex jer. Seperti syok sendiri sahaja.

Last sekali, lepas game Saz kena mandi campuran tepung+telur+serbuk kunyit dan pewarna hijau... Ni acara rasmi kalau birthday siapa-siapa kena time ada game. Tak kisah la advance ker, belated ker, memang kena..


Lepas game, tunggu bebudak lelaki mandi-mandi mekap pakai bedak bagai, terus kami menuju ke Tasik Shah Alam, BBQ kat sana. Tunggu update dari I, same time, same station, tomorrow only on TV5. Kiter kembali ke Angkasapuri bersama Hasbola Awang. Chuut Chutt...!!


-EnD-

4 comments:

Anonymous said...

hi kak sue.. im your silent reader.. tiap2 pg mengelupur check blog akak.. pasal mmg seyes best.. akk ne klakar gile hahhaa.... truskn usaha.. nnt leh masuk raja lawak..hehehe

Ibu Ilyanie(s) said...

tak penah main futsal. best ek? nak sepak bola pun kita tak pandai... blh ke main futsal camtu? hehehehehe...

Chooyaya! said...

anon : ala... taknak kenalkan diri ker?

p.hannan : yg main sekali dengan kaksu tu pon, semua first time. tp muka kompiden, tu yg nampak hebat tu

Kech Hidayah said...

Kak Su!! kita kenal Asma' Nur..hehehe..classmate masa sekolah tgktn 4/5 dulu...mana gambar asma?kita tau pon dari FB kak su tengok Go datang wedding kak su...hehe.