Wednesday, April 7, 2010

Haritu I ingat I sepak bola, tapi I sepak angin rupanya...


Memula, posing dulu...

Jumaat lepas, I join WAGS WakDan main futsal dekat Sport Barn PJ. Game start pukul semilan malam. Ramai yang datang main, I berasa gembira, mereka juga semunya gembira. Ceh. Tetiba ayat macam karangan budak darjah dua.

Ni aktiviti sukan pertama yang WAGS adakan. Biasanya kami isteri/girlfriend cuma duduk tepi padang dan sokong suami/bf lawan bola dari luar jerk. Sebenarnya sokong tu memang jarang-jarang sangat la, biasa lebih kepada aktiviti makan-makan, gosip atau menyanyi dan menghafal nama nabi.

Tapi kali ni mereka pulak datang sokong. Sokong atas nama sebenr yer? Bukan berborak sesama sendiri. Tapi sokongan mereka lebih kepada gelak-gelak dan menepuk dahi kerana kami lebih banyak menyepak angin dari menyepak bola. Haha.

Game jadik tambah meriah dan seronok pasal Zareef bawak kawan-kawan perempuan dia yang kami tak kenal, so nampak la macam ada la fight sikit, except for ada sorang tu besar giler badan dia, lepas tu main rempuh dan suka langgar tetek, eh tak...badan orang. So boleh bayangkan tak kami yang main setahun sekali ni, lawan dengan bebudak yang memang turun main tiap-tiap minggu.

Tu yang jadik main taktau mana position dan jugak paling best taktau main team mana, main sepak jerk bola dekat saper-saper janji dapat chance sepak bola. Haha. Sepak bola punyer la lajak bukan main jauh, skali bola pergi toing toing toing beberapa inci jerk. Hahahaha


Masih mengekalkan jawatan sebagai Team Manager untuk WAGS. I present to U, the most hot guy in town with white pedro, Fairuz aka Haji Boss.


Ajim, motif buat muka sexy pandang lampu yang kurang menjadi?

Sazli pon ada datang memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi pada I.

Sian Yash, sampai pengsan dia.. Tengok, punyerlah kuat team lawan kami, Hehe. Nampak hebat jerk bercerita, padahal Yash jenis kompiden terlebih, dah tau nak main futsal, biarkan perut kelaparan, dah pitam. Fairuz jadik hero dengan selamba angkat Yash sorang-sorang. Nasib baik la Yash, kalo I ker, Ema ker, Wana ker, mungkin tukang dukung cirit hijau.

Gelak obvious kepada mengetawakan kami. Siot. Haha

Half of us... Muka sorang-sorang dah macam udang kena bakar

Muka gembira pasal tak payah pakai blusher dah. Sedia menawan kemerah-merahan. Auuwww...

Shoo.. Jangan kasik tau sama orang I telah kentot yer?

Lepas game, kami lepak minum dekat Rasta TTDI layan makan dimsum barang 4 pinggan. Lemak baru nak cair dah tambah balik. Poja suppose join, tapi di ada date dengan mak dia pulak. So, join minum jer

We had so much fun malam tu... Aktiviti futsal ni akan dijadikan sebagai aktiviti minggun kami. So, sesaper yang baca blog I ni dan terasa berminat nak lawan futsal dengn kami, sila hubungi I eh eh?

-EnD-

1 comment:

Filla said...

nak joinnnnnnnnnnnnnnn.. leh tak??? windu windu winduuu futsal...