Wednesday, April 14, 2010

Maknyah Terlampau

Dah. I malas nak cakap banyak, sekarang pon dah dekat pukul 1am, jadi marilah kiter semua bersama2 menyaksikan gambar behind the stage masa nak buat performance last week. Ni pon I pilih-pilih gambar, pasal sangat kasihan untuk melihat diri sendiri seleps di make-up.

Kak Nira memang guna kaler lipstik yang pinkkkkk nak mampos, mata mekap merah+hitam yang kalau ko pakai mekap macam ni pergi pasar malam, mungkin ko kena baling dengan selipar oleh Maknyah pasal dah caras dorang.

Kata Kak Nira, memang dancer kena pakai warna-warna taknak kalah macam ni supaya bila spot light menghala pada kami, tadek la nampak pucat lesi.. Berseri-seri la sikit... Berseri? Haha. Apa kata anda tentukan sendiri.


Kalau anda rasa ini tidk cukup menyeramkan....


Anda patut lihat yang ini. Tak cukup dengan lipstik warna mintak lempang, pakai pulak dengn selendang kuning bunuh diri. Wah! Terhebat la maknyah!


Second costume sebelum dipakaikan dengan rambut Sahara Yaacob.

Btw, I sangat kecewa dengan video clip kami menari pasal person in-charge yang suppose merakamkan dari mula tarian sampai akhir lagi seronok ambil gambar orang makan dari diri kami sendiri. So, dari full version, dapat la dalam suku bahagian. Tu pun time salah pusing, menari syok sendiri yang dia capture. Time tengah hebat menari penuh dengan lenggang lenggok semua tadek. Frust frust!

-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...