Thursday, May 6, 2010

Double Trouble 2010

Sabtu lepas I ikut Sazli pergi Konsert Double Trouble 2010 dekat Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena. Kitorang pergi 9 orang. I, Saz, Rish, Fruz, Wan, Kasturi, Go, Kid dengan Acap. Masa dah dekat habis konsert, jumpa dengan Kale+Bro dengan Nik jugak.

Sazli orangnya super punctual, so dalam pukul 6.00pm I dah ada dekat Bukit Kiara. Walaupun datang awal, tapi parking dah dekat tepi jalan. Punyer la banyak kereta...!! Masa jalan kaki nak menuju ke stadium, I nampak semua orang pakai baju hitam, kebetulan I pon pakai baju hitam jugak, dengan skinny jeans, terus perasan rempit. Yang paling best pasal I jugak pakai kasut futsal. Haha.

Nasib baik I tak jadik pakai dress ala-ala ballerina tu. Kalau tak, cacat la aku sorang-sorang di kumpulan Rokers Malaysia.

Macam-macam jenis dressing ada. I truely rasa macam rock kapak 80-an bila ada one group yang pakai skinny jeans corak harimau bintang, dengan T-shirt ketat siap rambut afro rantai hippies. Giler ah! Tak sangka dekat Malaysia rupanya wujud group-group macam ni. Yea Yeah..!!


After konsert, Fruz dah tanggal baju. Saz pon. Panas. I pon ingat nak tanggal baju, tapi malu pulak pasal perut boroi sikit. Hehe

Dalam stadium ramai giler orang! Dalam paper I baca, ada 20k orang. Wah..!! Giler ramai...!! Search dengan Wings pon perfome mantap giler! Masa drum battle tu, fuh! Bulu roma I stim, tak turun-turun dah!

Thanx pada Sazli pasal sponsor tiket. RM75.00/seorang.


Pasal Konsert hebat, gambar lebih kurang sama mesti letak dua. Kata Double?

After 17 years, ternyata Wings dengan Search masih lagi bertaring. I enjoy menyanyi lagu-lagu yang I tau jerk. Yang taktau, duduk senyap-senyap sambil kipas guna kertas iklan dalam beg Acap.


-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...