Wednesday, May 5, 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh

Sesambil taip entry ni pon, tis tis tis air liur I menitis... *Lekas tadah dengan tangan pastu lap dekat kerusi. Hehe.

Masa on the way nak balik ke Jengka last week, Mak call.. Dia kata, dia teringin nak makan ikan patin masak tempoyak yang dekat tepi sungai Temerloh tu. Ceh Mak ni. Nak Ikan patin dekat specific place jerk, siap kasik tau lagi kedai mana..

So, I dengan Saz pon pergi sana. Masa kitorang sampai tukang kedai tengah masak. Bila I tanya dalam berapa lama nak siap, dia buat muka kerek. Sabar sabar... Nasib baik ko masak sedap, jadi kebelagakan ketara adalah diterima. Kalau tak, mungkin ko kenyang makan senduk.

Ini yang I beli. Ikan patin kepala dalam 5 ketul (pasal kat rumah ada ramai, kang kalo beli seketul dua, semua terasa sebak-sebak nak nanges), sambal belacan, sambal tempe goreng berapi, ulam-ulaman kampung dengan jeruk petai. Memang sedap giler bab la! Kencing pon bau harum jerk...

Dalam pinggan I. Masa ni masih dalam program atkins diet. Tapi kerana ikan patin masak tempoyak Temerloh, I tewas! Ikan tu, I suka part yang lemak-lemak bawah perut jerk... Bila makan, terasa macam makan sumi jeli perisa tempoyak. pastu ulam fav I ialah pucuk ketereh/gajus dengan brendi rebus and sambal tempe. Lepas makan, buasir terus keluar pasal pedas nak mampos. Ok tak. tu I tipu. Eh tak. Betul. Eh bukan.

Kicap manis cap kipas udang memang wajib. Pastu mak buat air sirap and dia ada sebotol pati tebu yang kami ambik dekat tepi rumah, pastu hantar kedai kasik gelek keluar jus. Sazli makan dengan bersungguh-sungguh yo!


Malam, lepas maghrib Kaklong sekeluarga pon sampai. So kitorang plan nak main badminton dekat Balora Mastika. Sewa murah giler, sejam RM8. Mungkin kalau dekat KL, pengusaha boleh bengkrap.

Tunggu turn nak main, pasal court lain tak ada net. Net tu pon, kami bawak sendiri dari rumah. De menang semua game, pastu poyo. Bukan dia yang teror pon. Main 1 team dengan Kaklong, kalau partner dia Sasha pon lawan dengan I dengan Ayang, team mereka boleh menang.

Owh ini aksi biasa. Setakat ambik bola sambil baring, terbang dan kencing dalam seluar pasal ketawa ialah biasa.

Double peace! Eh eh, Sasha kat belakang tu macam Ju On jerk aku tengok. Hish!

Sebelum balik, singgah dulu makan nasik lemak lazat dekat depan tasik. Sedap giler! I nak makan 2 pinggan, tetapi malu.


Kesimpulannya, kerana I makan banyak dekat kampung tetapi I bersukan, maka I masih lagi berada dalam daerah cara hidup yang sihat. bahaya woo balik kampung selalu.. Boleh gemok! tapi yang I paling suka dekat kampung ialah, semua orang tak sebok nak mandi, sekali sehari jerk. tu pon mandi pasal diri sendiri tak boleh blah bau hawhaw rambut sendiri pasal ada bau macam cempedak masam ker menda entah.



-EnD-

6 comments:

Liyana said...

kak sue..kat R&R Temerloh pun ada gak ikan patin yg sedap tau!!!trus terliur tgk gambar tuh....huwaaa~!!

Chooyaya! said...

dekat situ ada jugak... tp mmg tak blh lawan dekat tepi sungai... sedap siot!

Didi Nadhirah said...

lemak patin suka jugak....

said...

kak sue....tak mo kasi resepi ker masakan yg pernah kak sue masak...

ehhehehe

mek nab said...

kak su ni duk jengka brape eh?

Chooyaya! said...

didi : ikan patin kaksu suka makan kalo masak tempoyak jerk..

yanie : senang jerk resepi... tumbuk cili padi, kunyit... pastu masukkan dlm periuk.. dengan ikan, air n trmpoyak, garam dan aji. siap

meknad : jengka satu...